Aspek Shariah dan Tabi’ie Perbankan Islam

Sejak perbankan Islam mendapat sambutan dan permintaan semakin meningkat, banyak artikel, buku dan jurnal akademik ditulis mengenainya. Muncul pioneer-pioneer hebat seperti Umar Chapra, Siddiqi dan lain-lain yang menjadi pencetus dan pemula kepada penulisan-penulisan tersebut. Hari ini kita lihat, terdapat lambakan penulisan berkaitan sistem kewangan Islam dan perbankan Islam sama ada dalam bahasa Arab, English, Melayu dan malahan bahasa-bahasa lain.

Perbincangan tulisan mereka biasanya berbeza mengikut kecenderungan kepakaran masing-masing. Sebab itu dikatakan, Islamic finance sebenarnya satu disiplin ilmu yang sangat umum dan luas atau disifatkan sebagai “generic discipline”. Pembelajaran mengenai kewangan Islam mencakupi Shari’ah, accounting, legal, corporate finance, banking dan lain-lain. Ini bermakna setiap orang yang ingin memahami kewangan Islam, paling kurang dia mesti mengetahui sedikit selok belok ilmu yang ada sangkut paut dengan Islam dan juga finance. Contohnya, jika seseorang yang berlatar belakang Shari’ah, dia juga wajar mempunyai sedikit pengetahuan (jika tidak semuanya) mengenai hal-hal berkaitan accounting, legal, banking, risk management dan seumpamanya.

Cuma, ada segelintir pihak yang kurang senang dengan istilah Islamic finance. Mereka beranggapan kenapa perlu diattachkan kalimah “Islamic” kepada finance? Sama juga attach kalimah “Islamic” kepada accounting, economics dan lain-lain. Sedangkan dalam displin ilmu yang lain tiada pula. Contohnya, kita tidak mendengar istilah “Islamic biology”. Jadi, apa bezanya?

Mungkin ini boleh menjadi jawapannya iaitu sepertimana yang diketahui biology adalah ilmu sains yang membincangkan hal ehwal “physical matters” seperti tubuh badan manusia, haiwan dan sebagainya. Manakala ekonomi dan kewangan termasuk dalam gugusan sosial sains. Sosial sains hanya melihat kepada “human behavior” atau tingkah laku manusia. Kajian dilakukan untuk memahami tindak tanduk manusia. Jadi, inilah yang membezakan antara sosial sains dengan sains.

Bahkan, dalam sains biasanya result adalah tetap sama berasaskan kepada eksperimen. Sebagai contoh acid+alkali = salt / H2o, walaupun apa jua jenis acid diambil atau apa jua jenis alkali yang diambil. Jadi, resultnya tetap sama. Similarly, dalam teori of gravity iaitu semua objek disekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi atau (tarikan graviti). Ini fakta yang diterima sebagai law in nature/law of God in nature. Dengan kata lain sunnatullah atau hukum tabi’ie.

Berbeza pula dengan sosial sains. Katakan dalam ilmu ekonomi atau finance yang biasanya membicarakan urusan human behavior dalam “making decision” untuk menghasilkan profit. Dari segi nature, manusia mempunyai akal, maka bagaimana untuk menentukan sesuatu itu sebagai baik atau buruk? Manusia mampu menggunakan akal, namun dalam Islam adakah akal sahaja memadai? Contohnya dalam banking, manusia memikirkan mengenai asset-liability management, risk management dan marketing research. Inilah yang dinamakan hukum tabi’ie dalam banking. Namun adakah hukum tabi’e ini diterima sebulat-bulatnya atau perlu kepada guidanece of Shari’ah. Di sinilah perlunya kita memahamai falsafah Islam dalam banking atau finance.

Perkataan Islam bermaksud sejahtera (peace) sebagai way of life atau din. Dalam memahami apakah maksud agama Islam terdapat pelbagai approach. Antaranya ialah ada yang mengaitkan perkataan “Din” yang juga dari kalimah “dayn” (hutang/debt). Ini kerana Allah telah menganugerahkan kepada manusia life and sustenance (rezeki), maka manusia seolah-olah indebted (berhutang) kepada Allah. Bagaimana membayar hutang tersebut? Bayarannya ialah dengan cara “submitting his desires to the Will of God”. Dengan cara menyerahkan segala kehendaknya kepada kehendak Allah maka ini dinamakan Islam. Mengikut the Will of God inilah dikatakan Shari’ah.

Figure 1: The coverage of Shariah

Shariah adakah konsep yang sangat luas mencakupi kepercayaan, akhlak dan juga hubungan manusia dengan tuhan dan makhluk lain. Oleh itu, Islam menuntut seseorang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah, arahan Allah dan perintahNya dalam setiap aspek kehidupan. Bahkan dalam al-Quran (al-A’raf: 172), dengan jelas sekali Allah Taala merakamkan pengiktirafan dan perjanjian kita di alam roh dengan Allah Taala. Ini disebut sebagai primodial covenant.

Isu di sini, bagaimana kita hendak melaksanakan “submit” menyerahkan urusan ini kepada kehendak Allah? Adakah ia mudah atau sukar? Sebagai contoh dalam banking apakah aspek Shariah paling penting? Sudah tentu larangan Riba. Namun aspek ini mungkin kadang-kala bertentangan dengan tabi’i bank perlu kepada riba. Maka di sinilah Islam memainkan peranan atau priority diberikan kepada Shariah. Namun begitu, di sana ada aspek tabi’ie yang tidak bertentangan dengan Shariah.

Figure 2: Shar’i and Tabi’i aspects in Banking Bussiness

Justeru, dalam banking, aspek tab’i tidak boleh dinafikan. Ini kerana ia termasuk dalam ilmu walaupun tidak diambil dari sumber al-Quran dan Sunnah. Cuma sebahagain aspek tabi’i tersebut mungkin perlu ditapis dengan filter Shariah, manakala sebahagaian pula diterima dalam Shari’ah kerana Shariah tidak menolak hukum nature.

2 responses to “Aspek Shariah dan Tabi’ie Perbankan Islam

  1. Bukan Shariah tapi Syari’ah

  2. penerangan yg cukup baik..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s