Monthly Archives: Disember 2008

Muhadarah al-Buti

Tertarik dengan perbincangan berkenaan dawabit al-taysir, saya telah melontarkan satu soalan kepada Dr. Muhammad Tawfiq Ramadan al-Buti tentang masalah ini pada hari Selasa 23/12/2008 baru-baru ini. Beliau mengatakan perlu diadakan satu muhadarah khusus berkenaan soalan saya, dan alhamdulillah terjayanya muhadarah khusus bertajuk ”al-Ijtihad al-Muasir fi al-Fiqh al-Islami bayna al-Taysir dan al-Tamyi’” pada hari Jumaat 26hb 12 2008 jam 3.30 ptg. Mungkin saya boleh nyatakan maksud tajuk ini dalam bahasa melayu iaitu ”Ijtihad Semasa dalam Fiqh Islam antara Prinsip Memudahkan dan Mempermudah-mudahkan”. Kebetulan apabila saya membuka blog sahabat saya (http://abuumair1.wordpress.com/2008/12/22/taisir-vs-tasahul/), beliau turut membahaskan permasalahan taysir dan tasahul. Terima kasih kepada Abu Umair kerana tulisan yang ringkas dan padat. Teruskan membaca

Iddah wanita kematian suami

Soalan :
Bolehkah ustaz jelaskan hukum berkenaan tempoh masa iddah bagi wanita yang telah putus haid yang kematian suaminya. Ada orang kata hukum dia bukan empat bulan sepuluh hari. Benarkah? Atau ada pendapat lain berkenaan hal ini?
.
Jawapan :
Allah Taala telah menjelaskan dalam al-Qur’an berkenaan iddah dengan terang Teruskan membaca

urusan daging akikah

Semenjak dua menjak ini ramai bertanya pada saya berkenaan ibadat akikah. Soalan paling popular ialah berkaitan adakah daging akikah boleh diagihkan mentah, bukan dimasak sepertimana biasa dilakukan oleh kita selama ini? Isu kedua ialah berkenaan pemberian daging akikah kepada orang kafir. Harus ke atau haram? Teruskan membaca