Category Archives: Fawaid ilmiyyah

Ilmu mantiq haram?

Pernah dihebohkan baru-baru ini mengatakan bahawa manhaj salaf sebenarnya mengharamkan ilmu mantiq. Dalam blog ini saya ingin berkongsi kata-kata al-Akhdari dalam kitabnya al-Sullam al-Muraunaq tentang hukum belajar ilmu mantiq:

والخلف في جواز الاشتغال **** بها على ثلاثة أقوال

فابن الصلاح والنواوي حرما**** وقال قوم ينبغي أن يعلما

والقولة المشهورة الصحيحه**** جوازه لكامل القريحة

ممارس السنة والكتاب**** ليهتدي بها إلى الصواب

Maksudnya: “Dan khilaf mengenai keharusan mempelajarinya (mantiq)terbahagi kepada tiga pendapat. Ibn Solah dan Nawawi mengharamkannya, manakala sebahagian mengatakan patut dipelajari. Dan pendapat yang masyhur dan sahih ialah ia harus bagi orang yang sempurna akalnya, mengkaji al-Sunnah dan Kitab untuk mencari pentunjuk dengan menggunakannya(ilmu mantiq) kepada kebenaran”.

Semoga semua mengambil manfaat

Advertisements

Fatwa Saudi mengenai isu hari raya jatuh hari Jumaat


Banyak persoalan mengenai isu hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka berhimpun dua perayaan (Hari Raya Aidilfitri/Adha dan Hari Jumaat iaitu raya mingguan). Persoalannya adakah wajib solat Jumaat bagi sesiapa yang telah mengerjakan solat hari Raya, atau adakah memadai solat Hari Raya dan hanya wajib zohor menggantikan jumaat hari tersebut. Adakah perlu di azankan zohor di masjid atau tidak?…. Justeru, Teruskan membaca

Majlis Fatwa Eropah tentang tawarruq

Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang diketuai Dr. Yusof al-Qaradawi, baru-baru ini membincangkan topik tawarruq yang diamalkan di institusi kewangan Islam hari ini. Beberapa Majmak Fiqhiyyah telah mengeluarkan banyak resolusi penting tentang isu tawarruq. Terbaru, resolusi Majmak al-Fiqh al-Islami Antarabangsa yang bernaung di bawah OIC dalam persidangan ke 19 di Sharjah (Emirates) bermula 1 hingga 5 Jamadil Awal 1430H, bersamaan 26-30 April 2009 telah menjadikan asas Teruskan membaca

Tentang Tawarruq

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين وعلى آله وصحبه أجمعين

قرار رقم 179 (5/19)

بشأن

التورق : حقيقته ، أنواعه ( الفقهي المعروف والمصرفي المنظم )

إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته التاسعة عشرة في إمارة الشارقة ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 1 إلى 5 جمادى الأولى 1430هـ ، الموافق 26–30نيسان ( إبريل ) 2009م ،

بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع التورق : حقيقته ، Teruskan membaca

Buat sikit..Pahala banyak..

Kehebatan ikhlas..
Satu lagi kisah menarik yang amat sesuai dijadikan pedoman dalam hal peri penting ketulusan hati dan keikhlasannya. Kisah seorang lelaki (satu riwayat menyebut seorang wanita pelacur Bani Israel). Tatkala dia bermusafir dalam satu perjalanan jauh Teruskan membaca

Pelik tapi benar…..

Satu kisah yang menarik direkodkan oleh al-Bukhari dalam kitab sahihnya. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda menceritakan kisah seorang lelaki dari kalangan bani Israel yang meminta dari seorang kenalannya juga dari bangsa bani Israel agar memberinya hutang sebanyak 1000 dinar. Lantas si pemberi hutang berkata Teruskan membaca