Dalam Sahih al-Bukhari, ada bab khusus iaitu:
باب العمل في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya: Bab Amalan pada 10 terakhir daripada bulan Ramadhan.
Beliau membawakan satu hadis yang dilaporkan oleh Aishah r.a, yang berkata:
كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله
Ertinya: Nabi SAW apabila masuk 10 (terakhir Ramadhan) baginda mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.
3 perkara yang dinyatakan dalam hadis ini iaitu:
- Mengikat kain – yang disebut al-Khattabi bahawa menunjukkan keseriusan Nabi dalam beribadat
- Ihya’ malam – iaitu menghidupkannya dengan amal ketaatan
- Mengejutkan keluarganya iaitu isteri baginda untuk turut sama beribada
Jika Nabi saw seorang yang maksum bersungguh-sungguh, maka bagaimanakah kita sebagai umat baginda saw. Marilah kita berusaha mencontohi baginda Nabi saw.