Monthly Archives: Ogos 2011

Peluang terakhir Ramadan, natijahnya dan Hari Raya

Masa begitu cepat berlalu, kita sedang berada di penghujung Ramadan. Tinggal lagi 4 hari sebelum Ramadan menutup tirainya. Amatlah mulia sesiapa yang mendapat keuntungan bulan ini. Sebaliknya, amatlah malang sesiapa yang mendapat kerugiaan dalam bulan ini. Nabi sifatkan Ramadan sebagai:
غنم يغنمه المؤمن
Ertinya : “Keuntungan yang diperolehi oleh mukmin”.

Dalam tempoh 4 hari berbaki ini, seorang mukmin mestilah bertungkus lumus merebut dan mengejar peluang bonus-bonus fadilat Ramadan. Antaranya sudah tentu ialah Teruskan membaca