Solusi pelaburan halal dalam Islam di Malaysia

Malaysia merupakan antara negara yang dianggap sebagai leading dalam industri kewangan Islam sama ada dalam perbankan, takaful, pasaran modal dan pasaran saham. Islam sebagai agama yang komprehensif sudah tentu mempunyai jalan penyelesaian bagi sesiapa yang mencari solusi untuk mengelak dari problem atau dilema pelaburan dalam dunia hari ini.
Sekiranya seseorang pelabur meminta nasihat dari anada mengenai bagaimana untuk membuka portfolio sekuriti Islam dalam pasaran saham Malaysia, maka jawapan anda mestilah meyakinkan mereka.
Di Malaysia, terdapat senarai sekuriti patuh Shariah yang mana aktiviti mereka menepati kriteria Shariah yang diasaskan oleh Shariah Advisory Council (SAC) Suruhanjaya Sekuriti. Biasanya, senarai ini diupdate 2 kali setahun dan dipaparkan pada hari Jumaat terakhir bulan Mei dan November.
Bagaimana pula kriteria Shariah yang diamalkan dalam menilai syarikat-syarikat tersebut?
Jika anda merujuk kepada laman web Suruhanjaya sekuriti, mereka menjelaskan secara terperinci mengenai kriteria tersebut. Secara ringkasnya, kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Keterlibatan atau tidak terlibat sesebuah syarikat dalam elemen haram seperti riba, judi, non-halal product, insurans konvensional, hiburan tidak halal, perdagangan saham dalam sekuriti tak patut dan lain-lain aktiviti haram menurut Shariah.

Kedua: Level atau tahap sumbangan income faedah (interest income) yang diterima oleh Syarikat daripada deposit tetap konvensional atau lain-lain instrumen berasaskan interest.

Ketiga: Dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patut Shariah

Keempat: Bagi saham syarikat bercampur, dua kriteria tambahan ialah:
– Persepsi public atau imej Syarikat mestilah baik
– Core activities mesti penting dan diianggap maslahah kepada ummah dan negara. Non-permissible element sangat kecil dan dianggap umum balwa dan uruf.

Walaubagaimanapun, di sana ada benchmark bagi mengukur atau menentukan tahap yang dibenarkan (tolerable level of mixed contributions). Benchmark ini difatwakan berasaskan ijtihad oleh SAC. Sekiranya contribution daripada aktiviti haram melebihi benchmark, maka sekuriti syarikat berkenaan dianggap tidak patuh Shariah.
Benchmark tersebut adalah:
– 5% benchmark; digunakan untuk menilai level sumbangan daripada aktivit yang CLEARLY PROHIBITED seperti riba, judi, arak dan babi.
– 10% benchmark; digunakan untuk menilai level sumbangan daripada aktiviti yang terlibat dengan elemen umum balwa. Seperti interest income dari deposit tetap bank konvensional dan aktiviti tembakau.
– 20% benchmark; menilai lvel bayaran sewa (rental payment) daripada aktiviti tidak patuh Shariah seperti bayaran sewa dari premis yang digunakan untuk judi atau penjualan arak.
– 25% benchmark; untuk menilai level dari aktiviti secara umumnya harus dan ada maslahah, namun ada elemen lain yang boleh menjejaskan status Shariah seperti. HOTEL dan RESORT

Untuk keterangan lanjut, lawatilah lamanweb Suruhanjaya sekuriti

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s