Monthly Archives: Ogos 2017

Bersabar dalam mencari ilmu

<Kesabaran Baqi bin Mikhlad menuntut ilmu>

Baqi bin Mikhlad berasal dari Andalus dan sangat ingin bertemu dengan Imam Ahmad yg berada di Baghdad. Ketika Baqi berada di Mekah beliau telah bermusafir ke Baghdad namun tatkala menghampiri Baghdad, beliau mendapat tahu Imam Ahmad dihalang oleh pemerintah dari mengajar hadis. Baqi berkata:

فاغتممت غما شديدا
Aku merasa sangat dukacita

Kemudian beliau memasuki bandar Baghdad dan menyewa sebuah bilik di funduq (hotel/rumah tumpangan)

Kemudian beliau pergi ke sebuah masjid dan menghadiri sebuah halaqah ilmu. Beliau mendapati ada seorang guru yang sedang mengajar tentang ilmu rijal (perawi-perawi hadis).

Beliau diberitahui: Inilah Yahya bin Ma’in. Sehingga beliau diberi ruang untuk bertanya:

يا أبا زكريا – رحمك الله- رجل غريب ناء عن وطنه، يحب السؤال فلا تستجفني

Wahai Abu Zakaria -rahimakallah- aku seorang yang asing jauh dari negerinya suka bertanya maka janganlah mengasariku.

Lalu beliau bertanya beberapa orang yang pernah ditemui. Kata Baqi tengang jawapan:

فبعضا ركى وبعضا جرح

Sebahagian dipuji dan sebahagian dikritik.
Lalu beliau bertanya tentang Hisham bin Ammar, maka Yahya menjawab:

Abu al-Walid, orang kuat solat di Damshiq, thiqah (boleh dipercayai), dan lebih daripada itu, kalau lah ada sombong dibawah selendangnya atau dia berpegang dengan kesombongan,nescaya tidak memudaratkannya sesuatu kerana kebaikan dan kelebihannya.

Lalu orang ramai bersuara: “Cukuplah bertanya rahimakallah kerana orang lain juga ada soalan mereka”

Kemudian Baqi bertanyakan mengenai Imam Ahmad, lantas Yahya melihatnya kepelikan seraya berkata: Seumpama kami menceritakan tentang Ahmad ? Itulah imam orang-orang Islam dan org yang terbaik.

Kemudian Baqi meminta ditunjukkan rumah Ahmad dan sesampainya di sana beliau terus mengetuk pintu rumah Ahmad

Baqi berkata;

يا ألبا عبد الله رجل غريب نائي الدار هذا أول دخولي هذا وأنا طالب حديث ومقيد سنة ولم تكن رحلتي إلا إليك

Wahai Abu Abdillah aku ialah seorang yang asing jauh dari negeriku dan ini kali pertama aku le negeri ini. Aku seorg pelajar ilmu hadis dan berpegang kepada sunnah. Aku tidak bermusafir kecuali hanya kepadamu!

Lalu Imam Ahmad berkata: Masukkan al-Ustuwan (tempat Imam Ahmad) dan jangan sampai ada orang lain melihatmu

Lalu Imam Ahmad bertanya: Di manakah negerimu? Jawab Baqi: al-Maghrib al-Aqsa (Sebelah barat yg jauh)

Imam Ahmad bertanya: Adakah afrika? Jawab Baqi:

أبعد من إفريقية أجور من بلدي البحر إلي إفريقية بلدي الأندلس

Lebih jauh dr Afrika di mana aku merentasi lautan dari negeriku ke Afrika dan negeriku ialah Andalus

Lalu Imam Ahmad berkata:

إن موضعك لبعيد وما كان شيء إحب إلي من أن أحسن عون مثلك غير أني ممتحن بما لعله قد بلغك

Sesungguhnya tempat kamu sgt jauh dan tiadalah sesuatu yg aku lebih sukai daripada memperelokkan bantuan orang sepertimu cuma aku diuji dan mungkin kamu mengetahuinya (dilarang mengajar hadis oleh pemerintah)

Jawab Baqi: Ya telah sampai hal itu kepadku. Ini adalah kali pertama aku sampai di sini dan aku tidak dikenali orang. Jika kamu izinkan aku datang menemui setiap hari seperti seorang peminta sedekah dan aku berkata di depan pintu rumahmu seperti seorang peminta sedekah lalu kamu keluar dan tidak mengajar kepada aku melainkan satu sahaja hadis setiap hari maka sesungguhnya ia sudah cukup

Lalu Imam Ahmad bersetuju dan meletakkan syarat agar aku tidak menzahirkan diri di khalayak dan juga di kalangan muhaddithin.
Baqi bin Mikhlad menjawab:
لك شرطك
Aku mengikut syaratmu
Lantas Baqi mengambil sebatang tongkat dan melilit kepalanya dengan kain yang kotor. Apabila datang ke pintu rumah Imam Ahmad, beliau akan menjerit:
الأجر رحمك الله
Mohon upah, semoga Allah merahmatimu

Cara meminta bantuan ketika itu ialah dengan perkataan tersebut.
Lantas Imam Ahmad apabila Baqi masuk ke rumah, Imam Ahmad akan menutup pintu semula.

Lalu Imam Ahmad akan membacakan dua tiga hadis atau lebih banyak untuk Baqi. Baqi melazimi Imam Ahmad sehingga pemerintah yang mengenakan sekatan kepada Ahmad telah meninggal dunia dan dilantik selepasnya orang yang berpegang kepada mazhab sunnah.

Imam Ahmad makin menyerlah dan terkenal sehingga ramai merantau kepadanya.

Kata Baqi:

فكان يعرف لي حق صبري فكنت إذا أتيت حلقته فسح لي ويقص علي أصحاب الحديث قصتي معه

Beliau (Ahmad) mengetahui kebenaran sabarku. Maka apabila aku menghadiri halaqahnya, aku akan diberi ruang. Beliau menceritakan kisahku bersamanya kepada penuntut ilmu hadis.

Sumber: Siyar A’lām al-Nubalā’.

Advertisements