Category Archives: Coretan Penulis

Hukum mangsa beragama Islam tragedi MH 370

Selepas Sidang Akhbar yang disiarkan secara langsung pada 24 Mac 2014 mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, ramai yang menafsirkan bahawa pesawat telah terhempas dan kesemua telah meninggal dunia. Padahal kenyataan akhbar hanya menggunakan istilah

Teruskan membaca

Advertisements

Jerebu: ujian dari Allah, harapan kepada Allah dan kembali kepada Allah.

Mukaddimah: Jerebu satu ujian
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum: 41]

Minggu ini seluruh Negara mengalami situasi ancaman jerebu sehingga tahap yang boleh menjejaskan kesihatan orang awam. Bacaan IPU atau indeks pencemaran udara menunjukkan beberapa tempat di seluruh Negara mengalami tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan merbahaya. Teruskan membaca

Peluang terakhir Ramadan, natijahnya dan Hari Raya

Masa begitu cepat berlalu, kita sedang berada di penghujung Ramadan. Tinggal lagi 4 hari sebelum Ramadan menutup tirainya. Amatlah mulia sesiapa yang mendapat keuntungan bulan ini. Sebaliknya, amatlah malang sesiapa yang mendapat kerugiaan dalam bulan ini. Nabi sifatkan Ramadan sebagai:
غنم يغنمه المؤمن
Ertinya : “Keuntungan yang diperolehi oleh mukmin”.

Dalam tempoh 4 hari berbaki ini, seorang mukmin mestilah bertungkus lumus merebut dan mengejar peluang bonus-bonus fadilat Ramadan. Antaranya sudah tentu ialah Teruskan membaca

Nasihat pulang ke kampung dan bermusafir

Sempena musim perayaan ini, pasti ramai bersedia untuk bermusafir pulang ke kampung. Suka saya kongsi bersama semua para pembaca bagaimana petunjuk Nabi s.a.w. apabila baginda ingin bermusafir, baginda akan Teruskan membaca

Pilihlah, diri anda golongan mana?

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari kedua Ramadan, sudah lama saya tidak cuba menggagahkan jari untuk mengisi blog ini. tiba bulan Ramadan, mari lah sama-sama bermuhasabah sejauh mana kita dengan Ramadan. Adakah kita gembira menunggu Ramadan atau kita merasa benci? Teruskan membaca

Benar dan Amanah dalam perniagaan

Amat sukar pada zaman ini untuk mencari orang yang bercakap BENAR dan AMANAH. Zaman makin canggih, dunia makin mencabar, pelbagai teknologi moden dan baru muncul dan berkembang. Adanya internet yang membolehkan manusia mengetahui hal dunia hanya dengan satu klik pada tetikus PCnya sahaja. Dengan kemudahan internet, manusia mampu menjalankan aktiviti jual beli walaupun penjual dan pembeli berada dalam jarak yang jauh. Namun, hati-hatilah kerana bila menggunakan internet apabila membuat sebarang transaksi kerana anda mungkin tertipu.

Kebetulan malam ni, saya menyampaikan kuliah Fiqh Muamalat di surau berhampiran rumah kediaman di sini. Hadis yang dibaca pada malam ni ialah riwayat Hakim bin Hizam yang menyentuh soal benar dan jelas dalam aktiviti jual beli. Nabi s.a.w melarang penipuan dan penyembunyian dalam aktiviti jual beli. Benarlah sabda Nabi s.a.w. :
البيعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما
Maksudnya : “Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar selagi mereka berdua belum berpisah (dari majlis akad), Jika kedua-duanya berkata benar dan menerangkan (hal-hal berkaitan barangan dan harga), pasti akan diberkati pada aktiviti jualbeli mereka. Jika sekiranya kedua-duanya menipu dan menyembunyikan, pasti akan dihapuskan keberkatan jualbeli mereka”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadis ini benar-benar menjelaskan kepada kita, amalan berkata benar dan amanah dalam jual beli membawa keberkatan kepada penjual dan pembeli. Inilah yang perlu dijadikan amalan hidup setiap para peniaga Islam. Sebagai seorang penggiat ekonomi muslim, wajib ia bersifat amanah dan benar. Apakah berkat? Berkat ialah terhasilnya pertambahan kebaikan. Itulah keberkatan. Itulah yang harus menjadi matlamat yang dicari oleh kita orang Islam.

Sama-sama kita ambil iktibar dari coretan ringkas ini. Wallahu’alam bissowab

Ubat kepada malas menurut Islam

Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] Teruskan membaca