Lupa makanan kerana zuq belajar!

Ibn Abi Hatim rahimahullah menceritakan: Kami dahulu berada di Mesir selama 7 bulan, kami tidak pernah makan makanan bersup/berkuah, krn setiap hari siang dibahagikan untuk majlis majlis ilmu bersama guru-guru, manakala waktu malam sibuk dengan menyalin dan menyemak. Ibn Hatim menceritakan lg: Pada suatu hari aku dan seorang sahabat pergi menemui seorang syaikh/guru. Lantas orang ramai memberitahu bhw beliau sedang sakit. Tiba-tiba dalam perjalanan kami ternampak ikan (segar) yang sangat menarik lantas kami membelinya. Sebaik kami tiba di rumah, waktu majlis ilmu bermula, maka kami tidak sempat memasaknya. Kami terus ke majlis tersebut. Kami belajar sehinggalah berlalu 3 hari dan ikan tersebut hampir membusuk, lantas kami memakannya dlm keadaan mentah kerana kami tiada waktu lapang untuk menyerahkan kepada seseorang memanggangnya. Kemudian Ibn Abi Hatim berkata: “Ilmu tidak akan dicapai dengan kerehatan jasad”

Sumber: Siyar A’lam al-Nubala’

Kisah Imam Malik bersama Sandal

Suatu hari, Imam Malik rahimahullah didatangi Sandal. Sandal ialah laqab (gelaran) kepada Umar bin Qays yang mana riwayatnya tidak dipakai dalam ilmu sanad. Sandal bertanya kepada Imam Malik satu soalan, lalu beliau menjawab soalan tersebut. Tiba-tiba Sandal berkata:

أنت من الناس، أحياناً تخطئ وأحياناً لا تصيب،

Ertinya: Kamu dari kalangan manusia, kadang kala kamu tersilap dan kadang kala kamu tidak betul

صدقت هكذا الناس

Ertinya: “Kamu benar, beginilah manusia”.

Kemudian orang ramai berkata kepada Imam Malik:

لم تدر ما قال لك؟

Ertinya: Kamu tidak tahukah apa yang dia katakan kepadamu?

Jawab Imam Malik:

عهدت العلماء لا يتكلمون بمثل هذا، وإنما أجيبه على جواب الناس[

Ertinya: Aku mengenali para ulama, mereka tidak akan bercakap seperti ini, dan aku hanya menjawabnya atas jawapan manusia

Kisah ini mengajar kita bagaimana sikap seorang ulama yang murabbi apabila berhadapan dengan situasi orang-orang yang jahil dan tidak beradab. Seorang ulama akan bercakap dengan emosi yang baik dan tenang walaupun dilemparkan tuduhan dan kata-kata yang kesat.

Akhlak inilah yang diajar dalam al-Quran:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.

Sebab itu Imam Malik berkata:

ما جالست سفيها قط

“Aku tidak pernah sesekali duduk bersama orang bodoh”

Mengapa?

Arguing with a fool proves there are two!!

 

Ubat malas

Kemuliaan ilmu

al-Allamah al-Hafiz Amru bin al-Harith merupakan seorang tokoh yang alim.

Diceritakan bila beliau keluar dari rumahnya, dia melihat orang sedang beratur ingin bertanyakan beliau tentang Quran, Hadis, Fiqh, Syair, Bahasa Arab dan ilmu Hisab. Sebab itu beliau pernah berkata:

الشرف شرفان: شرف العلم وشرف السلطان، وشرف العلم أشرفهما

Ertinya: Kemuliaan ada dua bentuk kemuliaan, iaitu kemuliaan ilmu dan kemuliaan kuasa. Dan kemuliaan ilmu yang paling mulia antara kedua-duanya.

Kata-kata beliau ini menafsirkan lagi apa yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Zumar:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ

Ertinya: Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.

Justeru, dalam kehidupan di dunia ini, jangan berputus asa mencari ilmu, sekalipun kita diuji ketika menuntut ilmu. Ingatlah mulianya seseorang dengan ilmunya, bukan dunianya.

Kesungguhan Nabi Tika Sepuluh Terakhir Ramadhan

Dalam Sahih al-Bukhari, ada bab khusus iaitu:

باب العمل في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya: Bab Amalan pada 10 terakhir daripada bulan Ramadhan.

Beliau membawakan satu hadis yang dilaporkan oleh Aishah r.a, yang berkata:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله

Ertinya: Nabi SAW apabila masuk 10 (terakhir Ramadhan) baginda mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.

3 perkara yang dinyatakan dalam hadis ini iaitu:

  1. Mengikat kain – yang disebut al-Khattabi bahawa menunjukkan keseriusan Nabi dalam beribadat
  2. Ihya’ malam – iaitu menghidupkannya dengan amal ketaatan
  3. Mengejutkan keluarganya iaitu isteri baginda untuk turut sama beribada

Jika Nabi saw seorang yang maksum bersungguh-sungguh, maka bagaimanakah kita sebagai umat baginda saw. Marilah kita berusaha mencontohi baginda Nabi saw.

Hidup suatu perjalanan

Amal kebaikan manusia berbeza

Pernah suatu ketika, Abdullah al-Umari, seorang ahli ibadat menulis surat kepada Imam Malik menyarannya supaya menyendiri beramal ibadat. Lalu Imam Malik membalas surat tersebut:

“Sesungguhnya Allah membahagikan amalan manusia seperti membahagikan rezeki. Boleh jadi seseorang dibuka baginya amalan solat namun tidak dibuka baginya amalan puasa, dan boleh jadi seseorang dbuka baginya amalan sedekah namun tidak dibuka amalan puasa, dan boleh jadi seseorang dibuka baginya amalan jihad. Maka menyebarkan ilmu ialah seafdal-afdal amalan kebaikan, Dan aku redha dengan amalan yang dibuka bagiku padanya. Aku tidak merasakan apa yang aku amalkan sekarang kurang daripada apa yang kamu amalkan, dan aku berharap kita berdua berada atas kebaikan dan kebajikan”.

Surat ini mengajarkan kepada kita bahawa, amalan kebajikan dan kebaikan seseorang tidak sama. Ada sesetengah orang, diberi petunjuk untuk melakukan banyak solat sunat, tapi sedikit puasanya. kemungkinan ada seseorang yang banyak berpuasa, tetapi sedikit sedekahnya.

Semoga Allah mengurniakan amal yang ikhlas

Perosak hati: ikut nafsu

Seorang ulama yang digelas al-Imam al-Kabir, Zahidulasri, Abu Sulaiman al-Darani pernah berkata:

أفضل الأعمال خلاف هوى النفس

Ertinya: Sebaik-baik amalan ialah menyanggahi hawa nafsu.

Kenapa beliau mengucapkan sebegitu? Kerana beliau tahu, nafsu adalah perosak hati manusa.

Sebab itu Allah Taala berfirman:

فَأَمَّا مَنْ طَغَى * وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا * فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى * وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى * فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

Ertinya: Ädapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tingga’Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal

Maka, jika seseorang manusia mula-mula cenderung melakukan maksiat, tiba-tiba mengingat kedudukan Allah SWT  sebagai Rabbnya di dunia dan kedudukan dirinya di hadapan Alla SWT di akhirat, lalu dia meninggalkan maksiat tersebut, maka baginya ganjaran syurga Allah SWT.

Justeru, lawanlah hawa nafsu kerana ia sebaik-baik amalmu.

 

s

ٍSentiasa tafakkur: amalan salaf

Jika kita melihat para al-salafussoleh, mereka sentiasa berfikir setiap kejadian alam. Tidak kira kejadian besar atau kecil. Mereka sering bertafakkur tentang kebesaran ciptaan Allah SWT, tentang kebinasaan dunia, huru-hara Akhirat dan segala perkara yang menyuci dan memurnikan hati.

Allah SWT berfirman Teruskan membaca

Kisah pengembala biri-biri

Dalam Siyar A’lam al-Nubala’, al-Zahabi rahimahullah menukilkan riwayat, bahawa Abdullah bin Dinar menceritakan: “Aku pernah keluar bersama Ibn Umar menuju Mekah. Lalu kami berehat di tengah jalan dan tiba-tiba terserempak seorang pengembala biri-biri menuruni bukit. Ibn Umar bertanya Teruskan membaca