Monthly Archives: Oktober 2008

akikah dewasa

SOALAN :
Ustaz , nak tanya sket.
1. Boleh ke tak aqiqah untuk orang dewasa Teruskan membaca

Sunah Tahnik

Anak adalah anugerah Allah s.w.t. yang berharga di dunia ini. Ramai kalangan pasangan yang berkahwin menanti saat berbahagia seperti ini iaitu saat kehamilan isteri dan kelahiran anaknya. Apabila si anak telah lahir, Islam menggariskan pelbagai perkara sunnah yang mana ibu bapa dituntut melakukannya. Selain daripada melakukan ibadat akikah, mencukur rambut bayi kemudian bersedekah mengeluarkan emas atau nilainya dengan kadar timbangan rambut tersebut, azan di telinga bayi, memberi nama yang baik, terdapat satu amalan yang juga disunatkan yang ingin saya kongsi bersama dalam ruangan kali ini. Amalan tersebut ialah amalan tahnik. Apakah dia tahnik? Mungkin jarang orang mengetahui maksud tahnik dan bagaimana hendak melakukan tahnik. Teruskan membaca

Zakat kepada bukan Islam

Akhir-akhir ini banyak orang memperkatakan berkenaan isu memberi zakat kepada orang bukan Islam. Saya amat tertarik dengan artikel sahabat saya, Sheikh Abu Umair al-Madani dalam blognya yang menjelaskan hukum berkenaan isu ini secara ringkas dan padat disertakan dengan hujah dan dalil-dalil.
Untuk menyokong artikel berkenaan Teruskan membaca

Islam penyelamat ekonomi

Boleh dikatakan semua kesatuan ulama sedunia dan pertubuhan persidangan Islam menyeru agar diadakan satu persidangan antarabangsa khusus bagi membincangkan sudut pandang Syariah Islam dalam menangani krisis kewangan antarabangsa. Mereka menegaskan bahawa ekonomi Islam apabila diaplikasikan, ia mampu menghalang ekonomi terjebak dalam krisis seperti ini. Hal ini kerana sistem ekonomi Islam mengharamkan riba dan spekulasi yang menjadi aktiviti harian bank-bank dunia hari ini.

Dr. Ali al-Qurah Daghi, ketua Lajnah Isu-isu dan Minoriti Islam, Kesatuan Ulama Islam Sedunia menegaskan Teruskan membaca

Lelaki bersalaman dengan wanita?

Lelaki bersalaman dengan wanita?

Baru-baru ini seluruh umat Islam di dunia menyambut hari raya idulfitri. Pasti ramai yang pulang ke kampung halaman, bertemu sanak saudara dan kaum keluarga. Di samping itu, mereka turut melakukan amalan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi antara satu sama lain. Sedar atau pun tidak, kaum keluarga yang sudah lama tidak bersua muka dapat bertemu pada hari raya. Dari satu sudut ia akan merapatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim. Namun masih ramai masyarakat yang tidak mengetahui beberapa hukum penting berkenaan pantang larang Islam. Walaupun kita digalakkan merapakan hubungan antara kaum kerabat terdekat, hubungan tersebut ada batasannya. Salah satunya ialah hukum bersalaman antara wanita dan lelaki ajnabi. Ramai kalangan masyarakat tidak menyedari perbuatan bersalam-salam antara sepupu lelaki dan wanita atau antara seorang wanita dengan bapa saudara suaminya atau sebaliknya adalah termasuk dalam hukum bersalaman wanita dengan lelaki ajnabi.

Sebenarnya, seorang lelaki itu boleh bersalaman dengan wanita mahramnya Teruskan membaca