Category Archives: Isu Semasa

Presiden baru Mesir diumumkan

البشير » الأخبار » رسميًا.. محمد مرسي رئيسًا لمصر

أعلنت اللجنة العليا لانتخابات الرئاسة المصرية، اليوم الأحد،  فوز مرشح الإخوان المسلمين الدكتور محمد مرسي بانتخابات الرئاسة المصرية على منافسه الفريق أحمد شفيق الذي كان رئيسًا لآخر حكومات الرئيس المخلوع حسني مبارك.
وقال المستشار فاروق سلطان رئيس اللجنة في مؤتمر صحفي عقده عصر اليوم بالهيئة العامة للاستعلامات: “إنَّ الدكتور محمد مرسي حصل على إجمالي أصوات بلغ 13 مليونًا و230 ألفًا و131 صوتًا بنسبة 73ر51 %، فيما حصل منافسه الفريق شفيق 12 مليونًا 347 ألفًا و380 صوتًا بنسبة 27ر48 %”.

وأوضح سلطان أنَّ عدد الطعون التي تلقتها بلغت 456 طعنًا من المرشحين، قبلت اللجنة منها 36 طعنًا، مشيرًا إلى أنَّ اللجنة استمعت لدفاع المرشحين لمدة 5 ساعات.

وأشار إلى أنَّ الطعون التي قدَّمها المرشحون  في جولة الإعادة استبعدت 37 ألف ناخب للاشتباه في وظيفتهم أو حدوث الوفاة، ومنها استبعاد 2154 بطاقة مُسَوّدة لصالح مرشح بعينه.

واعتبر سلطان أنَّ أهم الطعون تلخص في اتهام بتسويد البطاقات لصالح مرشح بعينه، ومنع المسيحيين من الإدلاء بصوتهم في المنيا، ولو ثبت أحدهما لكان كفيلاً بإبطال الانتخابات، إلا أنَّ التحريات لم تثبت إلا واقعة تسويد البطاقات فستبعدت اللجنة بذلك 2154 ناخبًا في اللجان التي ثبت فيها وصل هذه البطاقات. أمَّا ما يخص الطعن الثاني فلم تثبت أي تحريات وقوعها وهي منع المسيحيين من التصويت.

وكان أعضاء اللجنة العليا قد وصلوا إلى مقرّ اللجنة في وقت سابق تحت حراسة مشددة وحالة من الترقب والاستنفار الأمني التي عمَّت جميع أنحاء مصر.

كما تحوَّلت المنطقة المحيطة بمقر اللجنة العليا للانتخابات إلى ثكنة عسكرية، فقد أحاط بها المئات من جنود الشرطة العسكرية والأمن المركزي، ومنعوا دخول أو خروج أي شخص للمربع المحيط بمقر اللجنة.

وكان من المقرر الإعلان عن النتيجة الخميس الماضي لكن تَمَّ تأجيلها بسبب فحص كل الطعون التي قدَّمها كل المرشحين.

Advertisements

Terlajak perahu boleh diundur….terlajak kata….

Rentetan daripada isu perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, banyak sekali komentar-komentar pro and contra mengenai kewajaran Bersih. Ada antara yang berhujah menerima atau menolak kewajaran perhimpunan dengan bahasa ilmiah yang sangat baik, Dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa-bahasa yang kesat lagi menyakitkan telinga masing-masing.

Namun paling mengejutkan ialah apa yang dipaparkan dalam akhbar hari ini apabila muncul kembali peluru berbahaya boleh menembusi diri sendiri iaitu peluru takfir atau tuduh kafir kepada seseorang.

Perkelahian atau pebezaan pendapat adalah menjadi lumrah kehidupan, apatah lagi perbezaan fahaman politik. Malangnya, perbalahan dalam politik apabila melibat mereka yang jahil mengenai agama, khususnya dalam hal akidah akan menjerumuskan mereka sendiri ke dalam dosa dan lebih parah boleh menghampirkan mereka kepada kufur, nauzubillah..

Isu takfir atau menuduh seseorang kafir tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Nabi saw telah bersabda:

أيما رجل قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما إن كان كما قال ، وإلا رجعت عليه

Ertinya: “Mana-mana orang yang berkata kepada saudaranya wahai si kafir, maka sesungguhnya tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang sekiranya betul apa yang dikatakan, namun sekiranya tidak betul, ia akan kembali kepada dirinya sendiri (si penuduh)”.

Hadis ini jelas memberi amaran yang sangat keras betapa tindakan menuduh seseorang sebagai kafir mengundang bahaya kepada iman seseorang.

Inilah bahayanya lidah yang tidak bertulang, sangat pantas melontarkan kata-kata. Orang-orang tua berpesan, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Maka buruklah padah kepada mereka yang suka menggunakan kata-kata kesat untuk menuduh seseorang.

Secara umumnya, selain mengkafirkan seseorang yang sudah pasti besar bahayanya, begitu juga isu menuduh dan melabel golongan yang tidak sependirian atau sefahaman dengan tuduhan-tuduhan liar. Tuduhan sebagai sesat, pembawa bid’ah, khawarij dan sebagainya makin menjadi-menjadi. Daripada tuduhan seperti ini lah yang akhirnya membawa kepada tuduhan yang lebih besar iaitu kafir atau murtad dan sebagainya.

Justeru, umat Islam mestilah berhati-hati dalam berinteraksi dengan perselisihan pandangan. Ingatlah, bahawa perselisihan tidak menafikan perpaduan umat.

Wallahualam…

May 8, 2012

Selsema H1N1 ke B4B1?

Kuarantinkan mereka yang kena selsema babi ?

Nak kata apa? H1N1 ke B4B1? Hehehe..itulah gurauan rakan-rakan kami. Maksud B4B1 itu BABI…sebabnya punca virus H1N1 ialah babi. Kalau tak silap, Teruskan membaca

Hadanah: Siapa berhak?

Baru-baru ini saya ada terbaca keratan New Strait Times tentang isu kes Patnamathan atau Mohd Riduan Abdullah, sungguh tidak disangka artikel tersebut ditulis oleh seorang ahli akademik pengajian Islam. Artikel tersebut menggelarkan Mohd Rizduan sebagai ‘bad muslim’ atau muslim jahat. Kerana apa ye? Kerana Mohd Ridzuan ingin menukarkan anak-anaknya kepada agama Islam. Seolah-olahnya tindakan Mohd Riduan tu salah…ermmm.. Teruskan membaca

Kewangan Islam mampu takluk dunia

KUALA LUMPUR 10 April – Kewangan Islam mampu menembusi pasaran negara-negara bukan Islam kerana Teruskan membaca

Resolusi majlis keselamatan

Majlis Keselamatan Bersetuju Menghentikan Serangan Terhadap Gaza

Hari ini, Jumaat 9 Januari 2009, Majlis Keselamatan Antarabangsa bersetuju dengan resolusi menghentikan segera serangan rejim Israel dan supaya tentera mereka berundur dari Genting Gaza. Resolusi berkenaan dikeluarkan selepas 13 hari serangan Israel ke atas Gaza yang menyebabkan ratusan mangsa terbunuh serta cedera.
Semua anggota Majlis bersetuju kecuali Amerika Syarikat yang diwakili oleh Condoleezza Rice mengambil sikap berkecuali berkenaan resolusi berkenaan. Ia diputuskan selepas beberapa persidangan antara menteri-menteri luar Negara Arab untuk mengeluarkan resolusi tersebut.

Israel terroris sebenar

Serangan ganas zionis ke atas Gaza telah masuk minggu kedua. Seperti yang dilaporkan semalam, sabtu 3/1/09 angka kematian umat Islam Palestin mencecah 434 orang. Angka umat Islam yang cedera meningkat seramai 2280 orang. Dalam serangan semalam, seramai 10 orang terkorban. Antaranya ialah 3 orang kanak-kanak yang merupakan satu keluarga. Di tambah lagi dengan kematian 2 orang kanak-kanak lain, seorang lelaki dan seorang wanita. Teruskan membaca