Ikhlas, bukan benda mudah!

 

Baru-baru ini saya terbaca posting seseorang dalam FB tentang bacaan Qurannya pada bulan Ramadhan sudah masuk Juz-5, walaupun baru sehari berpuasa. Alhamdulillah, tahniah kepada pemilik FB berkenaan. Namun saya rasa, alangkah baik sekiranya beliau menyembunyikan amalan tersebut. Kerana itu lebih selamat dan lebih baik. Ikhlas adalah soal hati, hati pula sering berbolak balik. Kita menjaga hati untuk ikhlas, namun perbuatan kita kadang-kala mengundang ketidakikhlasan. Jika riya’, maka dibimbangi merobohkan amalan baik kita.

Para al-salaf sangat takut soal ikhlas. Muhammad bin Ziyad pernah menceritakan bahawa dia pernah melihat Abu Umamah al-Bahiliyy radiyallahu anhu  ketika datang ke masjid dan mendapati seorang lelaki sedang sujud dalam keadaan teresak-esak menangis. Lantas dia terus berkata kepada lelaki berkenaan:

أنت أنت! لو كان في بيتك

Maksudnya: “Kamu ni, kamu ni, alangkah baik kalau kamu dirumahmu sendiri”

Sebab itu, menyembunyikan amalan adalah sangat-sangat dituntut kerana dibimbangi hati kita digoda oleh Syaitan. Jangan sangka syaitan tidak seronok dengan solat kita, dan amalan soleh kita. Syaitan boleh jadi lebih suka kita beribadat dalam keadaan menunjuk-nunjuk.

Al-Harith bin Qays berkata: “Jika kamu di dalam solatmu, maka Syaitan akan berkata kepada mu: “Sesungguhnya kamu menunjuk-nunjuk, maka panjangkan lagi solatmu”. Gesaan Syaitan supaya orang yang solat, akan leka dan menjadi riya dengan solatnya.

Jangan sangkat kita semua ini aman dan selamat daripada riya’. Kita bimbang termasuk dalam kata-kata Abdah bin Abi Lubabah:

أقرب الناس إلى الرياء آمنهم منه

Maksudnya: “Manusia yang paling hampir dengan riya’ ialah orang yang merasa paling aman daripada riya’.

Sebab itu kita sentiasa perlu berhati-hati dalam gerak laku kita. Jangan sampai amal ibadat yang disangka banyak, tetapi sebenarnya kosong tiada di sisi Allah SWT.

Ya Rabb! Kurniakanlah kami keikhlasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s