Ramadhan, doa dan covid

Assalamualaikum wrt..

Sangat lama tidak menjenguk blog ini, tiba2 malam ke-4 Ramadhan tahun 1441 ni, rasa teringat kepada blog yang sudah lama ditinggalkan. Kebetulan malam ni tidak dapat lelapkan mata. Hari ini sudah lebih sebulan negara kita berada dalam situasi melawan penularan wabak Covid-19. PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan telah masuk ke FASA-4 menandakan PKP bakal memasuki tempoh 2 bulan. Siapa sangka Ramadhan kali ini berbeza dari tahun-tahun lalu. Tiada terawih secara beramai2 di masjid seperti biasa. Bahkan tiada solat Jumaat kerana ditangguhkan bagi mengawal penularan wabak ini.

Selepas berbuka tadi, sempat merakam audio tazkirah ringkas bagi memenuhi permintaan sahabat lama utk disiarkan dalam whatsapp komuniti beliau. Saya pilih topik doa, kerana sangat sesuai dengan keadaan musim covid sekarang, kita sangat berhajat kepada doa.

Doa secara ringkasnya ialah seseorang memohon daripada Allah SWT untuk mendapatkan sebarang manfaat dan menolak sebarang mudarat. Tetapi hakikat sebenar doa ialah satu bentuk penzahiran kebergantungan manusia kepada Allah, satu manifestasi kehinaan manusia dan ubudiyyah mereka kepada Allah. Itulah hakikat doa.

Berbetulan dengan bulan mulia, bulan Ramadhan, bulan doa, maka kita sepatutnya bersama-sama berdoa kepada Allah memohon keampunan daripadaNya di samping memohon agar Allah SWT bebaskan negara tercinta dan seluruh dunia daripada wabak Covid -19.

Doa sangat sinonim dengan bulan Ramadhan. Dalam konteks ayat puasa, apabila Allah menyebut perintah berpuasa, datang ayat cuba menarik perhatian manusia khususnya orang yang berpuasa dengan firmanNya:

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون) (البقرة:186)،

Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaku berdoa meminta daripadaku, maka sesungguhnya aku adalah hampir memperkenankan doa orang yang berdoa, apabila dia berdoa kepadaku. Maka sahutlah seruanku dan berimanlah kepadaKu, mudah-mudahan mendapat petunjuk.

Ayat yang menusuk ke dalam jiwa orang yang berpuasa, membawa erti redha dan taqarrub kepada Allah, percaya dan yakin kepadaNya. Inilah barangkali antara rahsia mengapa Allah SWT membawa ayat doa selepas ayat puasa. Menunjukkan doa sangat relevan pada musim Ramadhan, sementelah kita diuji dengan ujian bala wabak Covid.

Rebutlah peluang berdoa, kerana doa ini satu ketaatan dan kita menjunjung suruhanNya. FirmanNya:

وقال ربكم ادعوني أستجب لكم

Dan tuhanmu berkata; berdoalah kepadaku nescara aku akan memperkenankan untukmu.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua daripada bahaya dan bala bencana yang tidak tertangguh. Ameen ya Rabb

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s