Taubat dan tanda-tandanya.

Shaqiq al-Balkhiyy berkata:

علامة التوبة البكاء على ما سلف، والخوف من الوقوع في الذنب، وهُجران إخوان السوء، وملازمة الأخيار

Ertinya;  Tanda-tanda taubat ialah menangis atas perkara lalu, bimbang terjebak dalam dosa, meninggalkan rakan jahat dan melazimi orang-orang baik.

Menangis adalah satu perkara yang menunjukkan hati sangat sedih dengan perbuatan lalu. Menangis sebagai tanda penyesalan.

Bimbang terjebak ke dalam dosa menunjukkan perlu ada azam yang teguh untuk tidak mengulangi dosa. Azam itu satu syarat taubat.

Menjauhi rakan taulan yang jahat dan melazimi orang-orang baik pula membantu seseorang yang bertaubat untuk menambah amal yang baik.

Ini tanda-tanda taubat yang diterima oleh Allah SWT.

Kalau dibaca karya biografi ulama, banyak kisah-kisah para salafussoleh tentang taubat yang boleh memberi motivasi kepada kita. Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari kesalahan dan dosa. Manusia wajib bertaubat kepada Allah SWT. Allah SWT Maha Pengampun, kalaulah orang yang melakukan syirik bertaubat pun diterima Allah, maka lebih aula taubat orang yang berdosa juga diterima Allah.

Dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’, al-Zahabi menceritakan kisah Fudayl bin Iyad, seorang penyamun yang bertaubat kepada Allah SWT selepas mendengar satu ayat al-Quran ketika memanjat dinding rumah untuk mengintai seorang gadis. Iaitu ayat:

ألم يأن للذين آمنوا أن تخشع قلوبهم لذكر الله

Maksudnya: Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah

Sebaik mendengar ayat tersebut, hati Fudayl terus berubah dan berkata: Ya Tuhanku, sekarang tiba masanya. Beliau terus pulang dan akhirnya bertaubat kepada Allah. Beliau menjadi tokoh ulama terkenal.

Al-Zahabi berkata selepas membawa kisah ini: “Syirik lebih besar dari menyamun. Ramai yang telah bertaubat daripada syirik, dan mereka menjadi orang-orang baik umat ini. Maka ubun-ubun manusia pada tangan Allah, Dia boleh menyesatkan sesiapa dan memberi petunjuk kepada sesiapa.

Ini menunjukkan bahawa kita perlu sentiasa meminta daripada Allah SWT agar memelihara hati kita dan meneguhkan hati kita atas agama ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s