Ubat kepada malas menurut Islam

Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

56 responses to “Ubat kepada malas menurut Islam

  1. Malas adalah penyakit batin dan ia lebih merbahaya daripada sakit kanser , stroke, jantung.

  2. betul tu ustaz ain, malas macam ana sapa ke sudoh tangguh nak wat master…

  3. Pingback: Motivasi: Betul atau tidak, anda tentukan.. « Dari Mata Turun ke Hati

  4. hanya diri sendiri yg dapat membantu atasi sifat malas.. sama2 lah kita usaha supaya dpt hindarkan diri drp sifat malas..amin

  5. Saya berusaha & berdoa kepada Allah SWT semoga saya & kita semua tidak malas dalam hidup, bahkan tidak menjadi munafik kepada-Nya.

  6. nak share dgn kawan2 okay…

  7. malas boleh menghancurkan hidup

  8. terima kasih…..saya mahu copy boleh x?..

  9. jazakallahu kairan…….

  10. salam, sedikit nak bagitau je.. ayat surah annisa’ tu bukan 140.. tapi 142.. 🙂 semoga take note.. terima kasih..

  11. trima ksih..sya nk kongsi dgan family & friends bleh??

  12. mohon untuk saya share dengan teman2 saya ya….

  13. saya malas dlam segala hal…..dah jauh menyimpang……masih x berdaya nk melawan……………

  14. alhamdulillah..cik mohon share ye 🙂

  15. saya masih berusaha hilangkan malas yang sering wat saya menyimpang jauh dari landasan yang sepatutunya….mudah-mudahan ini dapat membantu…

  16. saya malas n rasa tak seronok la hidup ni… mcm mana nak buat….kalau sapa2 nak nasihat emailkAN LA KAT SAYA

    • Same la sy pun..tgh fikir ni mcm mne nk buat..sbb matawang kot.entah la..doa pun malas..smua malas..sy lgi truk kot dri anda..saya rasa la.,sy nk mula dgn solat yg sempurna..munkin sbb sbyg sy sblum ni tk sempurna kot..tu pasal Allah dtgkn sy sifat malas ni..focus dgn pnuh tertib dalam solat.(khusyuk)doa pun munkin kne khusyuk jgk😭😌😆

  17. nasihat berguna, syukurrr

  18. Terima kasih atas post yang diberi…
    ”SHARING IS CARING'”

  19. saya salah seorg yang dah hancur hidup sebab sifat malas.sy dapat kerja kerajaan.gaji pn ok.tp sebab sifat malas sy kuat tidur dan jd malas berfikir.akibatnya sgt dahsyat.sy jd mcm org bodoh.x bersemangat dan xde keyakinan diri lansung.nak mengadap org pn malu dan takut.keja pun jadi x tentu hala.kawan2 satu pejabat dan bos pn dah benci dgn sy.sy pn dah jd x selesa dgn keja dan slalu ponteng.akibatnya saya bakal dibuang kerja.sgt menyedihkan.jgn jd mcm sy.masa depan sy dah gelap…..

    • samalah kita..tapi awak kat gomen mungkin susah la nak kena tendang…tapi saya diswasta..baru beberapa bulan tukar kerja dan rasa tak serasi..pastu terus jadi malas serba serbi..nak mandi pun malas…tak tau buat kerja dan rasa jadi bodoh je…anak ada ..skolah rendah lg…sedih

  20. Terima kasih.. ini persoalan yang penting.

  21. Suatu solusi sederhana tapi membangun motivasi kuat untuk terus bekerja keras dan jauh dari malas.

  22. lawan malas dengan kekuatan minda kamu.. pasti berjaya saya dah cuba ni. caranya bercakap atau berbisik dengan diri kamu apabila kamu rasa kamu dah jd malas,, 1) “saya rajin saya yg berjaya”, 2) “saya dah malas kenapa nie, tak bole jadi macan nie”, 3) saya perlu rajin sebab org tua dah tua saya perlu rajin utk membalas jasa mereka”, mesti jadi rajin dengan minda coba fikirkan sesuatu yg penting yg mendorong kamu jd rajin…… dalam 7 hr ,3 hr saya rajin hantar surat bila hr ke 4 saya x perasan saya dah kurang buat kerja… malam hr ke 4 tu saya ketuk kepala dgn perlahan dan cakap saya dah malas dan esok saya perbetulkan kemalasan itu… begitulah hidup saya selama 6 tahun bekerja. ni berguna coz siapa lg yg buat diri ini rajin selain kita sendiri… perlahan-lahan lah kita nasihatkan diri sendiri dan org lain dengan cara yg paling baik untuk melawan malas. sekian…

  23. Pingback: Doa Hindari Sifat Malas

  24. Salam…minta kebenaran untuk copy n paste di Fbook saya..terima kasih

  25. Salam…saya pernah merasai kesemua sifat..saya akui memang susah mahu buang sifat malas ini…

  26. Mcm mana tuh. Pegang buku je dah menguap. Lagi lagi buku sejarah. Dah tahun ni nak spm.

  27. aku selalu meminta-minta darimu Ya Allah…ampuniku Ya Allah…….sedangkan solatku tidak menentu…thank’s…for this blog…akanku tahidkan hatiku…Amin

  28. Assalamualaikum. Saya x pandai nak baca tanpa baris.. Boleh share doa nabi yang ada baris? Doa yang ketetapan dalam membuat kerja dan keazaman atas hidayah

  29. assalam. tolong postkan artickle ni ke email saya boleh.. hrp xmyusashkan. trima ksh

  30. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

    salam saya ingin memperbetulkan sedikit ayat al-quran di dalam surah an-nisa’ diatas ialah ayat 142 bukan 140 mohon diperbetulkan…

  31. Saya malas dalam nak menguruskan diri. Tetapi alhamdulillah ibadat x lah terasa malas sngat sbab dah terbiasa dari kecil dan mndapat ilmu. Bagaimana jika situasi begini?

  32. norzawani binti abdul rahim

    Bagaimana dengan malas untuk bekerja,makan minum dan segalanye isteri yang tanggung… bagaimana dengan isteri, adakah isteri juga berdosa? dah puas nasihat, tetapi di marah pula… beribadat pun sama… harap beri panduan…

  33. Artikel ini memng bagus.. tapi mampukah artikel ni bole ubah cara hidup sye untk kali ni.. dh bnyk kali sye brdoa tpi sye tetp malas. Sye bimbng dgn pelajarn sye lebih2 lgi ini melibtkan masa depn sye. tahun ni sye pt3, Sye menghrapkn doa kamu semua.. tq

  34. kenpa ya.bila istri saya bekerja saya pulak jadi malas.adooiii

  35. اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن

    AsSalam, saya rasa petikan hadith ni ada tersalah eja sikit, sikit je InsyaAllah x ganggu akidah atau sebagainya..

    Saya perasan ada huruf ‘ra’ pada penghujung baris ayat ni ..huruf ‘ha’ tu sambung dgn ‘mim’..

    Sikit je, atau mungkin saya yang tersilap..

Tinggalkan komen