Benar dan Amanah dalam perniagaan

Amat sukar pada zaman ini untuk mencari orang yang bercakap BENAR dan AMANAH. Zaman makin canggih, dunia makin mencabar, pelbagai teknologi moden dan baru muncul dan berkembang. Adanya internet yang membolehkan manusia mengetahui hal dunia hanya dengan satu klik pada tetikus PCnya sahaja. Dengan kemudahan internet, manusia mampu menjalankan aktiviti jual beli walaupun penjual dan pembeli berada dalam jarak yang jauh. Namun, hati-hatilah kerana bila menggunakan internet apabila membuat sebarang transaksi kerana anda mungkin tertipu.

Kebetulan malam ni, saya menyampaikan kuliah Fiqh Muamalat di surau berhampiran rumah kediaman di sini. Hadis yang dibaca pada malam ni ialah riwayat Hakim bin Hizam yang menyentuh soal benar dan jelas dalam aktiviti jual beli. Nabi s.a.w melarang penipuan dan penyembunyian dalam aktiviti jual beli. Benarlah sabda Nabi s.a.w. :
البيعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما
Maksudnya : “Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar selagi mereka berdua belum berpisah (dari majlis akad), Jika kedua-duanya berkata benar dan menerangkan (hal-hal berkaitan barangan dan harga), pasti akan diberkati pada aktiviti jualbeli mereka. Jika sekiranya kedua-duanya menipu dan menyembunyikan, pasti akan dihapuskan keberkatan jualbeli mereka”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Hadis ini benar-benar menjelaskan kepada kita, amalan berkata benar dan amanah dalam jual beli membawa keberkatan kepada penjual dan pembeli. Inilah yang perlu dijadikan amalan hidup setiap para peniaga Islam. Sebagai seorang penggiat ekonomi muslim, wajib ia bersifat amanah dan benar. Apakah berkat? Berkat ialah terhasilnya pertambahan kebaikan. Itulah keberkatan. Itulah yang harus menjadi matlamat yang dicari oleh kita orang Islam.

Sama-sama kita ambil iktibar dari coretan ringkas ini. Wallahu’alam bissowab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s