Disengat dua kali dari satu lubang

Seorang wartawan menerumah seorang CEO yang berjaya dalam hidupnya. Wartawan bertanya : “Apakah rahsia kejayaan tuan?”. Jawabnya : “Dua perkataan”. Apakah dia? balas wartawan. Beliau menjawab : “Right decission”. Wartawan bertanya lagi : “Bagaimana tuan membuat right decission”?. Jawabnya : “Satu perkataan”. Wartawan bertanya lagi : “Apakah dia?”. Beliau terus menjawab : “Experience”. Wartawan belum berpuas hati dan terus bertanya : “Bagaimana tuan mendapat experience?”. Jawabnya : “Dua perkataan”. Apakah dia? Balas wartawan. Maka beliau menjawab selamba : “Wrong decission”. Wartawan tersebut terus termenung……..Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah di atas?

Kisah tadi hanya rekaan semata-mata, penulis membacanya daripada satu makalah. Kisahnya ringkas tapi boleh membuat kita tersenyum dan termenung. Memang benar, kadang-kala kita membuat keputusan yang salah, tetapi sebagai orang yang beriman kepada qadak dan qadar, kita tidak boleh menyalahkan takdir sekiranya sesuatu yang buruk menimpa kita dek kerana keputusan yang telah dipilih oleh kita sendiri. Kisah di atas mengingatkan saya dengan satu hadis Nabi s.a.w. yang direkodkan dalam Sahih al-Bukhari :
لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين
Ertinya : “Orang muknim tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang”.

Hadis dan kisah di atas mengajar kita bahawa setiap orang beriman, perlu sentiasa peka dan tidak alpa sehingga boleh mengulangi kesalahan yang sama. Orang mukmin seharuskan bijak dan pandai membuat keputusan yang kedua sekiranya keputusan pertama tersasar.

Justeru, seorang mukmin harus menjadi insan yang peka dan sentiasa menggunakan akal yang dikurniakan Allah Taala dalam melakukan apa jua tindakan. Sama-sama direnungkan, moga diberi keberkatan…

2 responses to “Disengat dua kali dari satu lubang

  1. slm..pertamanya sy baru je sudah membaca artikel di atas..ape y boleh sy katakan di sini adalah suatu pendekatan dan penceritaan y sgt menarik…kalau boleh di masa akn datang boleh lah diselitkan lg cerita y bermanfaat seperti ini k…sy menyokong seratus-peratus…so keep it work..chaiy0o chaiyooo…

  2. terima kasih…..artikel yg sguh baik….mengurangkan dukacita…T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s