Mancetnya jakarta!

“Waduh! Mancetnya” (dlm BM : Aduh! jamenya). Itulah istilah yang biasa diungkapkan ketika berada di Pulau Jawa. Baru 2 hari saya pulang dari Jakarta, banyak perkara dan pengalaman baru dapat ditimba. Suasananya amat berbeza dari Kuala Lumpur. Perkara yang sangat menarik perhatian saya ialahangkut tentang kegigihan masyarakat kepulauan Jawa itu mencari sesuap rezeki. Memandangkan tuntutan hidup dan kemiskinan serta kepadatan penduduk yang terlampau, gaya hidup penduduk Jakarta amat berbeza dari Malaysia. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan menuju ke tempat penginapan saya, kiri kanan jalan banyak toko-toko, warung-warung atau kedai-kedai runcit yang diusahakan oleh penduduk Indonesia. Di samping itu, jalan-jalan dipenuhi mereka yang menolak kereta sorong beroda yang dipenuhi barangan. Tujuan mereka hanya satu, untuk menjadi pedagang (dlm BM : penjaja). Ada yang menjual sayur, bakso, batagor, murtabak manis (apam balik), barangan plastik, tampal kasut atau selipar dan lain-lain lagi.

Ketika saya ingin ke PGC (Pusat Grosil Cililitan) dengan menaiki angkut (kenderaan seperti van dengan tambang 2000 rupiah) lebih banyak lagi suasana yang bole dilihat. Semasa angkut berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba pemuda yang membawa gitar masuk ke dalam angkut lalu menyayikan lagu sambil bermuzikkan gitar tersebut. Ia dinamakan pengamen. Selesai sahaja ia menyanyikan lagu, masing2 penumpang angkut memberi sedekah gopek (500 rupiah) kepada si penyanyi tadi. Sama juga keadaannya ketika saya makan bakso bersama keluarga di Kramat Jati, tiba-tiba didatangi pengamen. Saya menghadiahkan 1000 rupiah. Bagi saya, ini lebih baik daripada dia melakukan jenayah seperti mencuri.

Pelajaran yang dapat yang ambil daripada suasana seperti itu ialah kegigihan dan kesungguhan dalam mencari sesuap rezeki. Selama mana kita mempunyai tenaga dan nyawa maka usaha perlu dilakukan. Alangkah ruginya anak-anak muda di Malaysia yang sibuk dengan merempit ditambah sikap malas. Mereka masih leka dengan kekayaan ibu bapa mereka. Bahkan sesetengah itu, leka dengan gaya hidup sekitar mereka. Bukannya kaya sangat, tapi terpengaruh dan suka enjoy. Ini hanya coretan ringkas berkenaan kebaikan yang dapat diambil. Dalam tempoh 4 hari bermula 12-16hb Nov 2008 baru-baru ni sebenarnya banyak yang hendak dikongsi bersama sama ada kebaikan atau keburukan Jakarta. Cukuplah sekadar renungan bersama coretan ini..Sekian….InsyaAllah..ada masa kita ke Jakarta lagi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s