urusan daging akikah

Semenjak dua menjak ini ramai bertanya pada saya berkenaan ibadat akikah. Soalan paling popular ialah berkaitan adakah daging akikah boleh diagihkan mentah, bukan dimasak sepertimana biasa dilakukan oleh kita selama ini? Isu kedua ialah berkenaan pemberian daging akikah kepada orang kafir. Harus ke atau haram?
Akikah merupakan sunnah yang disyariatkan berdasarkan kepada hadis-hadis sahih daripada Rasulullah s.a.w. Sunat dilakukan untuk bayi yang baru lahir pada hari ketujuh kelahirannya. Sunat dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seeokor untuk bayi perempuan. Rasulullah s.a.w. pernah melaksanakan ibadat akikah untuk Hasan dan Husain, kedua-dua cucu baginda s.a.w. Berkenaan isu pertama, iaitu proses agihan daging, sebenarnya seseorang itu harus mengagihkannya dalam keadaan mentah kepada rakan dan saudara mara serta orang miskin. Jika dia mahu, dia boleh memasak daging tersebut lalu dijemput jiran tetangga, sahabat, sanak saudara dan orang-orang miskin menjamu selera. Dalam mazhab al-Shafie sendiri pun dijelaskan oleh al-Shirazi : “Dan disunatkan memasak dagingnya (akikah) masakan manis agar mengambil tafa’ul (mudah-mudahan) supaya akhlaknya juga manis”. (al-Muhazzab bi sharh al-Nawawi). Namun pandangan memasak dengan rasa manis ini dikatakan lemah kerana tidak ada dalil yang menyuruh atau menggalakkan masak dengan rasa manis. Permasalahan tafa’ul tidak boleh diperluaskan sangat sebagaimana disebutkan oleh al-Uthaimin. (Sharh al-Mumti’ 7/499). Tuan punya akikah dan keluarganya juga boleh memakan daging tersebut. Paling baik, ia makan 1/3 daging tersebut dan mensedekahkan 1/3 yang lain.
Isu kedua juga banyak ditanya. Adakah orang bukan Islam boleh makan daging akikah. Dengan kata lain, boleh atau tidak kita hadiahkan daging tersebut kepada jiran non muslim?. Asalnya daging korban atau akikah adalah untuk sedekah yang mana diniatkan pahala. Maka pemberiannya perlu diberikan kepada orang-orang yang berhak.. Dalam hadis ada menyebut bahawa elok dibahagikan daging-daging tersebut kepada tiga bahagian. Bahagian pertama dimakan oleh tuan punya akikah dan keluarganya. Bahagian kedua dihadiahkan kepada tetangga dan sahabat handai. Manakala yang ketiga hendaklah disedekahkan kepada orang miskin dan memerlukan.
MenurutIbnJebreen(http://www.ibnjebreen.com/ftawa.php?view=vmasal&subid=3868&parent=786) boleh diberikan atau dihadiahkan kepada orang bukan Islam jika ada maslahah dakwah. Di mana diharapkan mereka jinak kepada Islam berdasarkan qiyas kepada asnaf muallaf yang mana diberi zakat sekalipun mereka non muslim.
Sesetengah ulama berhujahkan dengan ayat 8 surah al-Mumtahanah di mana orang kafir boleh disedekahkan atau dihadiahkan daging akikah selama mana tidak memberi mudarat kepada orang Islam.
Maksud firman Allah : “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil”.
Maknanya, Allah tidak melarang kita berbuat baik kepada mereka. Antara berbuat baik ialah memberi sedekah kepada mereka. (al-Uthaimiyn, Liqa’ al-Bab al-Maftuh 17/35).

Namun, jika pemberian itu bukan untuk tujuan menjinakkan hati mereka, atau bukan tujuan maslahah dakwah, non muslim tiada hak untuk diberikan sedekah. Mudah-mudahan Allah Taala memberi kita petunjuka dan hidayahNya. Wallahualam.

7 responses to “urusan daging akikah

  1. Berkenaan cara buat akikah. Katalah hari ini kita buat (sembelih kambing) dirumah. Esoknya pula kita buat dimasjid. Bolehkah cara begini?

  2. Assalamualaikum, Adalah sunnah melakukan pada hari ke-7 seperti artikel di atas, tp wujudkah sunnah melakukannya pada hari gandaan 7 seperti 14, 21,28… jika tidak sempat pada hari ke-7? Terima kasih.

  3. saya nk tanya..kami adik beradik nk buat ibadah akikah,pd masa yg sama adik nk kawen…so kitaorg ingt nk beli 1 ekor untuk kenduri dan 1 lg untuk akikah…persoalannya sekarang..boleh tak daging akikah ngn kenduri tu di campur dan di jamu kpd tetamu2 yg hadir….ada sesetengh org ckp boleh ada setengah pihak cakap tak boleh….plzzz

  4. Pingback: Ibadat Akikah & Hukum Agihan Daging Akikah | Raza's Site

  5. Boleh tak daging aqiqah yg dimasak diberi makan kpada anak yg diaqiqahkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s