Kisah pengembala biri-biri

Dalam Siyar A’lam al-Nubala’, al-Zahabi rahimahullah menukilkan riwayat, bahawa Abdullah bin Dinar menceritakan: “Aku pernah keluar bersama Ibn Umar menuju Mekah. Lalu kami berehat di tengah jalan dan tiba-tiba terserempak seorang pengembala biri-biri menuruni bukit. Ibn Umar bertanya: Adakah kamu pengembala? Di menjawab: Ya. Ibn Umar berkata lagi: Jualkan kepada aku seekor biri-birimu. Dia lantas menjawab: Aku seorang hamba abdi. Ibn Umar mengujinya sambil berkata: Katakan kepada tuanmu bahawa biri-biri itu dimakan serigala. Lalu hamba abdi itu menjawab:

gembala

Maka di mana Allah azzawajalla?

Lalu Ibn Umar berkata sambil terkedu: Di mana Allah, dan dia terus menangis lalu membeli hamba abdi ini dan membebaskannya.

Kisah ini mengajar kepada kita tentang banyak perkara, ia mengajar tentang muraqabah, amanah, kemuliaan manusia di sisi Allah.

Hamba abdi tersebut seorang yang mengamalkan muraqabah iaitu merasa diri sentiasa diawasi Allah Taala. Hamba tersebut seorang yang sangat beramanah dan bertanggungjawab. Ini membuktikan manusia yang dianggap hina kerana seorang hamba abdi, namun dia mulia di sisi Allah kerana mempunyai sikap amanah.

Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s