al-Sabiqun al-Awwalun

Soalan :

Adakah benar orang yang awal memeluk Islam dari kalangan fakir miskin dan hamba abdi?

Jawapan :

Dakwah Nabi s.a.w. melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah dakwah secara sirr (sembunyi). Dakwah Nabi s.a.w. pada tahap ini bergerak di kalangan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan baginda seperti isteri-isteri baginda, anak-anak, hamba dan sahabat-sahabat rapat. Antara mereka yang awal menerima dakwah atau awal memeluk Islam ialah :

  1. Khadijah binti Khuwailid
  2. Ali bin Abi Talib
  3. Zaid bin Harithah
  4. Abu Bakar al-Siddiq
  5. Uthman bin Affan
  6. al-Zubair bin al-Awwam
  7. Talhah bin Ubaidillah
  8. Saad bin Abi Waqqas
  9. Abd Rahman bin Auf
  10. Uthaman bin Maz’un
  11. Abu Ubaidah bin al-Jarrah
  12. Abu Salamah bin Abd al-Asad
  13. al-Arqam bin Abi al-Arqam
  14. Bilal bin Rabah
  15. Suhaib bin Sinan
  16. Ammar bin Yasir
  17. Yasir
  18. Sumayyah binti Khabat
  19. Waraqah bin Naufal

Jelas antara nama-nama yang disebutkan mereka adalah kalangan orang yang terpilih dan mulia. Apa yang disebutkan tentang kebanyakan mereka yang awal memeluk Islam ialah kalangan fakir miskin, orang-orang lemah (dua’fa’) dan hamba abdi yang ingin mencari kemerdekaan adalah kurang tepat.

Pendapat yang tepat ialah mereka yang menanggung penyeksaan yang banyak kerana memeluk Islam ialah golongan hamba abdi. Mereka diseksa di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, cerita mereka tersebar sedangkan golongan lain dilindungi oleh kabilah mereka. Ada kalangan mereka juga hanya diseksa dalam lingkungan kabilah mereka. Oleh sebab itu, cerita mereka kurang tersebar dan tidak disebutkan. (Salih Ahmad al-Shami, Min Ma’in al-Sirah, al-Maktab al-Islami, Beirut, hlm 35-36).

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya : “Mereka yang awal menzahirkan Islam tujuh orang iaitu : Rasulullah s.a.w, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayyah, Suhaib, Bilal dan al-Miqdad. Adapun Rasulullah s.a.w., Allah Taala melindunginya melalui bapa saudaranya, adapun Abu Bakar, Allah melindunginya melalui kaumnya, manakala yang lain diseksa oleh orang musyrikin dengan dipakaikan baju besi dan dijemur di tengah terik matahari..”

Ibn Hajar (Fath al-Bari 1/35-36) menjelaskan makna kalimah “الضعفاء” dan “ألشرفاء” yang disebut dalam hadis Hiraql dengan Abu Sufyan. “الضعفاء” ialah pengikut para rasul biasanya orang yang merendah diri (ahl al-istikanah) bukan orang yang sombong (ahl al-istikbar) dan sentiasa menentang secara melampau serta hasad seperti Abu Jahal dan pengikutnya. Makna lafaz “الشرفاء” atau al-sharaf ialah yang seerti dengan takabbur. Dan ini adalah tafsir yang sepatutnya kita fahami berkenaan perkataan al-dua’afa’ dan al-shurafa’.

Begitu juga, bilangan yang awal memeluk Islam ialah 67 orang dan hanya 13 orang adalah golongon fakir miskin, mustad’afin, hamba abdi, dan orang ajam. Mereka hanya sekadar 1/5 daripada jumlah kesemua al-sabiqun al-awwalun. Maka mereka bukan golongan terbanyak atau kebanyakan dari kumpulan al-sabiqun al-awwalun. (Dr. Mahdi Rizqullah Ahmad, al-Sirah al-Nabawiyyah fi Daw’ al-Masadir al-Asliyyah, hlm 161)

2 responses to “al-Sabiqun al-Awwalun

  1. Syeikh, bagaimana nak memahami Syiir dengan baik?

  2. Soalan ini sepatutnya di ajukan kepada orang yang lebih mahir. Bukan pada ana, walaumacam mana pun, pandanga ana untuk memahami syiir (syiir Arab) sudah semestinya perlu ada :
    1) kekuatan bahasa Arab, ini paling asas
    2) Memahami ilmu balaghah kerana kebiasaannya sesetengah syiir mempunyai bentuk ayat-ayat balaghah
    3) Memahami ilmu arud kerana sesetengah keadaan ada perkataan dibuang huruf atau ditambah untuk menjaga wazan syiir atau bahr syiir tersebut.
    Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s