Tag Archives: islamic

Tiga dimensi Kewangan Islam

Kewangan Islam masih baru jika hendak dibandingkan dengan system konvensional. Bahkan di Malaysia, kewangan Islam masih dibayangi dengan system konvensional. Ini kerana Malaysia mengamalkan system dual-banking.
Apabila kita menyebut kewangan Islam atau “Islamic finance” apakah yang difahamai oleh kita. Dalam satu artikel yang ditulis Teruskan membaca

Advertisements

Islam dan konvensional sama?

“Sama saja, Islamic atau konvensional, yang beza akad je” kata-kata seorang staff sebuah bank di Cheras. Dalam hati saya rasa nak membalas balik dengan sindiran pedas, “sama ke kalau kita kawin atau tak kawin, semuanya dapat anak”? atau “sama ke kalau kita makan ayam disembelih dengan ayam yang ditembak?

Beginilah kelemahan kerani-kerani bank di tanahair kita. Saya maksudkan kerani yang beragama Islam. Pengalaman semalam ketika saya berurusan dengan mereka untuk mendapat pembiayaan kereta membuatkan saya terfikir sekali lagi betapa lemahnya pemahaman dan pemikiran masyarakat Islam berkenaan perbankan Islam. Tanggapan mereka, bank Islam atau bukan Islam adalah sama sahaja. Apakah kita boleh menyamakan antara Islam dan kufur? Adakah sama antara riba dan jual beli? Orang yang menyamakan antara riba dan jual beli telah disifatkan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah : 275. Firman Allah s.w.t :

 

Maksudnya : “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”.

 

            Tanggapan dan sikap masyarakat perlu diperbetulkan dari sekarang. Bagaimana kita mahu memajukan perbankan Islam kalau orang Islam sendiri yang mengatakan sama antara perbankan Islam dengan konvensional. Mereka tidak mengutamakan perbankan Islam. Sudah 2 minggu saya menanti kelulusan pihak bank untuk meluluskan pembiayaan bagi pembelian kereta. Tiba-tiba semalam, mereka tersalah meluluskan pembiayaan konvensional. Bila saya kata saya nak kepada Islamic, jawapan yang terkeluar dari mulut seorang staff yang muslim, “sama saja, Islamic atau konvensional”.

 

Di sinilah kita dapat meihat antara perkara yang menghambat usaha memajukan perbankan Islam. Pemahaman masyarakat terutamakan pegawai perbankan (bankers) amat cetek dan tidak dapat membezakan antara Islam dan konvensional. Ini kemungkinan kerana permulaan sistem perbankan Islam terbina dalam kerangka besar sistem ekonomi dan kewangan konvensional yang telah lama diamalkan di Malaysia. Perbankan konvensional sudah bertapak kukuh dan diterima dengan meluas di kalangan rakyat termasuk umat Islam. Di samping wujud kesan daripada penjajahan dan faktor-faktor lain, pegangan umat Islam terhadap agamanya masih longgar dan pemikiran majoriti mereka terhadap halal haram terbatas dalam soal makanan dan minuman sahaja.

 

Mudah-mudahan umat Islam diberi pendedahan yang meluas berkenaan perbankan Islam. Dan yang paling utama perlu ditekankan aspek rohani, iaitu kecenderungan kepada mengamalkan setiap ajaran Islam. Bukan hanya melihat aspek keuntungan atau wang ringgit.