Daily Archives: Mei 15, 2020

Ubat malas

Kemuliaan ilmu

al-Allamah al-Hafiz Amru bin al-Harith merupakan seorang tokoh yang alim.

Diceritakan bila beliau keluar dari rumahnya, dia melihat orang sedang beratur ingin bertanyakan beliau tentang Quran, Hadis, Fiqh, Syair, Bahasa Arab dan ilmu Hisab. Sebab itu beliau pernah berkata:

الشرف شرفان: شرف العلم وشرف السلطان، وشرف العلم أشرفهما

Ertinya: Kemuliaan ada dua bentuk kemuliaan, iaitu kemuliaan ilmu dan kemuliaan kuasa. Dan kemuliaan ilmu yang paling mulia antara kedua-duanya.

Kata-kata beliau ini menafsirkan lagi apa yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Zumar:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ

Ertinya: Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.

Justeru, dalam kehidupan di dunia ini, jangan berputus asa mencari ilmu, sekalipun kita diuji ketika menuntut ilmu. Ingatlah mulianya seseorang dengan ilmunya, bukan dunianya.