Daily Archives: Mei 14, 2020

Kesungguhan Nabi Tika Sepuluh Terakhir Ramadhan

Dalam Sahih al-Bukhari, ada bab khusus iaitu:

باب العمل في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya: Bab Amalan pada 10 terakhir daripada bulan Ramadhan.

Beliau membawakan satu hadis yang dilaporkan oleh Aishah r.a, yang berkata:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله

Ertinya: Nabi SAW apabila masuk 10 (terakhir Ramadhan) baginda mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.

3 perkara yang dinyatakan dalam hadis ini iaitu:

  1. Mengikat kain – yang disebut al-Khattabi bahawa menunjukkan keseriusan Nabi dalam beribadat
  2. Ihya’ malam – iaitu menghidupkannya dengan amal ketaatan
  3. Mengejutkan keluarganya iaitu isteri baginda untuk turut sama beribada

Jika Nabi saw seorang yang maksum bersungguh-sungguh, maka bagaimanakah kita sebagai umat baginda saw. Marilah kita berusaha mencontohi baginda Nabi saw.