Daily Archives: November 2, 2018

Bolehkan puji kepada non muslim?

Puji kepada non muslim

Adakah salah memuji atau melontarkan pujian kepada seseorang non muslim? Sehari dua ini, saya kerapa mendengar dan paling ketara membaca status seseorang dalam FB yang memuji rakannya, atau pemimpinnya yang bukan beragama Islam. Ramai juga bertanyakan soalan dan tidak kurang menasihati orang ramai agar jangan terlampau memuji lalu cuba membacakan beberapa hadis Nabi (yang pada saya kurang tepat dari segi istidlal dalam bab tersebut).

Kena faham konteks pujian

Pada saya, beberapa status FB, Insta atau mana-mana akaun media social (medsos) terbahagi kepada dua:

  1. Pujian berbentuk sindiran
  2. Pujian yang sebenar

Ada segilintir hanya memuji secara sindiran. Dengan kata lain, maksud mereka bukan utk memuji, tetapi menyindir golongan tertentu yang terlampau taajub dan taasub dengan non muslim tersebut. Ada juga pujian itu datang dari lubuk jiwa yang sebenar. Dan inilah yang saya ingin fokuskan perbincangan dalam huraian ringkas entry kali ini.

Pada hemat saya, pujian ini ada kaitan dengan prinsip al-wala’ dan al-bara’ dalam Islam. Islam secara umumnya tidak menghalang seseorang memuji seseorang yang lain sama ada muslim atau non muslim. Kalau lah Islam membenarkan seseorang lelaki muslim mengahwini wanita nasrani, bagaimana pula boleh mengharamkan pujian kepada isterinya?

Dari segi perincian isu, pujian sebenarnya boleh berlaku dengan sebab sifat dan sikap seseorang dan boleh jadi kepada seseorang individu atau benda.

Puji Harus Vs Puji Haram

Jika pujian kerana sebab sifat, maka setiap sifat yang baik dari segi Syarak, seseorang tidak dilarang memujinya. Malahan wajar dipuji tanpa melihat kepada siapakah yang melakukannya. Seballiknya, setiap sifat/sikap keji, maka haram seseorang menyetujuinya dan memujinya tanpa melihat siapa yang melakukannya.

Dengan kata lain, jika sifat keji dilakukan oleh seorang lebai, maka kita diharamkan memuji sifat tersebut atau menyetujuinya. Jika sifat keji dilakukan oleh seorang non Muslim, kita wajar memuji kebaikannya dan menyetujui kebaikannya. Ini jelas dalam kes pujian Nabi dalam persitiwa hilf al-fudul. Sebuah perjanjian zaman jahiliyyah antara golongan kuffar, namun dek kerana tujuan hilf fudul ialah utk menyelamatkan golongan dalam kesusahan dan membantu mereka yang dizalimi, maka amalan ini harus dipuji.

Nabi saw juga pernah memuji Labid:

.
أصدق كلمة قالها الشاعر كلمة لبيد: ألا كل شيء ما خلا الله باطل

Sebenar-benar kalimah yg disebut oleh penyair ialah kalimah Labid: Ingatlah setiap sesuatu selain Allah maka ia batil

Labid mengemukakan syair ini ketika zaman Jahiliah. Maka tidak menjadi satu halangan utk Nabi memujinya walaupun kata-kata baik itu datang dari orang kafir.

 

Walaubagaimanapun, pujian kepada individu kafir atau non muslim kerana sebab kekufurannya, maka ini adalah suatu yang diharamkan. Malahan boleh menjatuhkan seseorang kepada kekufuran dengan ittifaq.

Namun, jika ia puji kerana sebab dunia, ini perlu dilihat dari sudut pencetus atau sebab yang mendorong kepada pujian. Jika tanpa sebab syari’ie dan ia mengundang fitnah dan menggambarkan muwalat secara mutlak kepada mereka, maka ini diharamkan. Dengan kata lain, pujian jangan sampai terlampau membesarkan mereka sehingga menimbulkan fitnah kepada agama, maka ia adalah suatu yang diharamkan di sisi agama.

Adapun pujian dengan sebab tertentu, atau faktor syarie atau dengan kata lain, tidak mengundang fitnah, maka tidak mengapa. Dalil yang menyokong hal ini ialah kisah Nabi saw bersabda kepada sahabat ketika meminta mereka berhijrah ke Habsyah:

لو خرجتم إلى أرض الحبشة فإن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد، وهي أرض صدق حتى يجعل الله لكم فرجاً مما أنتم فيه

Alangkah baik jika kamu keluar ke Habsyay kerana di sana ada raja yang tiada seseorang dizalimi di sisinya. Ia adalah bumi benar sehingga Allah membuka kejayaan kepada kamu

 

Oleh itu, nasihat saya, puji tidak mengapa, tapi puji kepada kebaikan sifat dan sikapnya dengan syarat jangan membandingkan dengan orang Islam yang akhirnya menimbulkan fitnah kepada agama sendiri.

DNAR,

NOVEMBER, 2018

Advertisements