Jual beli baucer buku, riba ke?

Jual beli baucer buku boleh berlaku riba ke?

Antara inisiatif kerajaan untuk memberi kemudahan demi menggalakkan masyarakat (terutama pelajar) membaca ialah pemberian baucer buku. Walaubagaimanapun, segelintir penerima baucer merasakan bahawa mereka lebih memerlukan kepada duit, bukan baucer buku.

Lantas mereka menjual baucer buku tersebut kepada syarikat atau kedai buku. Sebahagian kedai buku cuba mengambil kesempatan dengan membelinya dengan harta diskaun. Katakan baucer bernilai RM250, pemiliknya baucer akan menjualnya dengan harga RM200. Justeru, dia akan memperolehi RM200 cash, sedangkan kedai buku akan mendapat RM250 pada masa akan datang setelah menukarnya atau menebusnya dengan kerajaan.

Adakah ini riba?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah takyif fiqhi baucer. Apakah kedudukan baucer dari segi fiqh?

Baucer boleh dianggap sebagai pemberian oleh kerajaan kepada pelajar untuk membeli buku. Terdapat beberapa pendapat pakar kewangan Islam semasa dalam memberi takyif.

Pendapat pertama: Dr Azman berpendapat baucer buku adalah alat tukar berperanan seperti matawang. (http://drazman.net/2014/03/hukum-menukar-baucer-buku-dengan-wang-tunai-secara-diskaun/).  Walapun ia berperanan seperti wang, namun baucer ini sebenarnya bukan matawang kerana tidak mempunyai legal tender dan tiada intrinsic value. Ia sangat berbeza dengan matawang kerana matawang boleh digunakan utk membeli apa sahaja barang, tetapi baucer hanya beberapa barangan di kedai tertentu (kedai buku sahaja)

Pendapat Kedua: Dr Zaharuddin berpendapat baucer buku itu memegang ‘hak untuk memiliki buku, majalah dan alat tulis pada nilai harga yang tercatat di atas baucer’ (http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1027-bolehkah-jual-baucer-buku-untuk-dapat-tunai.html). Beliau cuba juga menyamakan baucer dengan hutang yag disekuritikan.

Pendapat ketiga: Baucer boleh dianggap seperti jaminan (daman) kerajaan untuk membayar pembelian barangan spt buku di kedai-kedai terpilih sahaja. Jaminan tersebut hanya bernilai RM50 jika baucer itu bernilai RM50. Baucer itu mengambil hukum surat jaminan. Ini bermakna adakah boleh seseorang menjual surat jaminan?

Pada pendapat saya, dalam konteks ketiga2 takyif di atas memberi implikasi yang sama, meskipun saya lebih melihat takyif jaminan (daman) lebih hampir.

Oleh itu, jual beli baucer dengan harga diskaun adalah riba kerana baucer tersebut adalah jaminan bayaran ole kerajaan dan ia seolah-olah komitmen kerajaan yang akan membayar. Bayaran tersebut ialah dengan duit pada masa hadapan.

Oleh kerana itu, apabila baucer dijual, ia mesti mematuhi hukum akad sarf dalam Syariah. Dua syarat pertukaran duit dengan duit (sekiranya duit sama jenis iaitu matawang yg sama):

  1. Tamathul (sama nilai) – utk mengelakkan riba al-fadl sebab ada pertambahan
  2. Taqabud (serah terima dalam satu majlis) – utk mengelakkan riba al-nasiah’ sebab ada kelewatan

Dalam konteks jual beli baucer, tidak wujud tamathul, dan tidak wujud taqabud sama ada hukmi atau hakiki. Justeru, berlaku dua jenis riba di sini.

Maka, perbuatan ini hendaklah ditinggalkan kerana ia riba. Malahan ia sebenarnya termasuk dalam kesalahan tidak mengikut hasrat pemerintah. Dalam konteks pemberian baucer, hasrat pemerintah ini bukanlah suatu yang maksiat.

Benarlah sabda Nabi saw:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال يأتي على الناس زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه أمن الحلال أم من الحرام

Daripada Abi Hurairah daripada Nabi saw bersabda: Akan datang satu zaman kepada manusia di mana seseorang tidak peduli sama ada dia mengambil harta halal atau haram (semua diambil). (alBukhari 1954)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s