Hukum mangsa beragama Islam tragedi MH 370

Selepas Sidang Akhbar yang disiarkan secara langsung pada 24 Mac 2014 mengenai kes kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, ramai yang menafsirkan bahawa pesawat telah terhempas dan kesemua telah meninggal dunia. Padahal kenyataan akhbar hanya menggunakan istilah

berakhir di Lautan Hindi.

It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean

Justeru, pentafsiran bahawa kesemua penumpang dan anak kapal telah mati adalah tidak bertepatan dengan kenyataan akhbar tersebut.

Pada pandangan saya dalam kes ini, Syariah tidak menganggap mereka mati lagi sekali tiada bukti yang jelas dan nyata menunjukkan hal demikian. Ia masih dibincangkan di bawah bab al-mafqud atau orang yang hilang.

Para sarjana Islam berbeza pandangan tentang hukum mafqud. Namun pandangan tersebut berasaskan kepada ijtihad mereka dan tiada nas khusus dalam kes mafqud terutamanya berkaitan tempoh masa yang perlu ditunggu sebelum memutuskan kematian mereka.

Tahniah diucapakn kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana tepat pada masanya mengeluarkan statement dalam isu atau hal ini kerana ramai bertanya tentang hukum hakam agama seperti solat jenazah ke atas mangsa yang beragama Islam.

Dalam utusan online dinyatakan:

MH370 : Majlis fatwa putuskan tak perlu sembahyang jenazah ghaib sekarang
PUTRAJAYA 25 Mac – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan tidak memerlukan solat jenazah ghaib ke atas penumpang pesawat MH370 yang beragama Islam buat masa sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, ini kerana pihak berkuasa yang mencari dan menyelamat masih belum menjumpai mayat atau cebisan mangsa pesawat MH370. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140325/dn_50/MH370-Majlis-fatwa-putuskan-tak-perlu-sembahyang-jenazah-ghaib-sekarang#ixzz2wzCMzYI9
© Utusan Melayu (M) Bhd

Namun begitu, berapa lama kah perlu ditunggu bagi menentukan mangsa nahas pesawat tersebut sekiranya ia dianggap hukum mafqud (hilang)?

Satu resolusi telah dikeluarkan oleh Majmak al-Fiqhi al-Islami yang bernaung dibawah Rabitah al-Alam al-Islami. Resolusi ini diputuskan dalam persidangan ke 21 yang berlangsung di Mekkah pada 24-28 Muharram1434 bersamaan 8-12 Disember 2012.

Mafqud didefinisikan sebagai orang yang terputus beritanya dan tidak diketahui hidup atau mati. Menghukumkan mafqud sebagai hidup atau mati mempunyai implikasi dari sudut hak keluarga serta hartanya. Berdasarkan kepada perbincangan persidangan memutuskan bahawa isu ini ialah isu ijtihadiyyah yang tiada nas khusus. Ada athar sahih daripada sebahagian para sahabat sahaja yang diriwayatkan.

Justeru, merujuk kepada amalan maqasid Syariah umum iaitu memelihara lima daruriyyat, kaedah raf’u al-haraj, daf’u al-darar dan ihtiyat dalam kes perkahwinan dan keturunan, Majmak telah memutuskan perkara berikut:
– Mafqud tersebut hendaklah ditunggu dan tidak diputuskan ia sebagai mati sehingga dipastikan keadaannya sama ada mati atau hidup
Penentuan tempoh menunggu diserahkan kepada Kadi (Hakim) dalam skop tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada empat tahun daripada tarikh hilang. Dalam hal ini, hendaklah digunakan segala kaedah moden untuk mencari dan menghubunginya. Serta diambil kira segala keadaan dan dihukumkan berdasarkan sangkaan kuatnya
– Selepas selesai tempoh yang ditetapkan oleh Kadi, maka dihukumkan sebagai wafat oleh Kadi dan dibahagian hartanya, isteri hendaklah beriddah dan segala implikasi kematian berlaku mengikut Syarak.
– Bagi seorang isteri, jika merasakan ada mudarat dengan tempoh penantian suami yang hilang, hendaklah beliau mengadu kepada Kadi untuk pemisahan (tafriq) antara mereka berdua kerana sebab darar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan Syarat dalam kes ini.

Kesimpulannya, dalam kes MH 370, keputusan tempoh masa kembali kepada hakim mahkamah syariah berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dan ijtihad mereka.
Wallahualam.
Di bawah ialah teks penuh daripada website Majmak al-Fiqhi al-Islami
http://ar.themwl.org/node/46

بسم الله الرحمن الرحيم
القرار الثاني
مدة انتظار المفقود
الحمـد لله, والصـلاة والسـلام على رسـول الله, نبينـا محمـد, وعـلى آله وأصحابه؛ وبعد:
فإن المجمع الفقهي الإسلامي برابطة العالم الإسلامي في دورته الحادية والعشرين المنعقدة بمكة المكرمة في المدة من 24-28 محرم 1434هـ التي يوافقها 8-12/12/2012م نظر في مدة انتظار «المفقود».
وهو: «الذي انقطع خبره فلا تعلم عنه حياة ولا موت».
وتترتب على القول بحياته أو مماته آثار تتعلق بأسرته, وأمواله.
وبعد الاطلاع على البحوث المقدمة في هذا الموضوع والمناقشات التي دارت حوله تبين للمجلس أن هذه المسألة اجتهادية لم يرد فيها نص خاص بها في الكتاب والسنة, وقد صحت فيها بعض الآثار عن الصحابة الكرام رضوان الله عليهم
وبناءً على ذلك, وإعمالاً للمقاصد العامة للشريعة الإسلامية التي تحفظ الدين والنفس والعرض والنسب والمال, وقاعدة رفع الحرج, ودفع الضرر, والاحتياط في الأبضاع والأنساب؛ قرر المجمع ما يأتي:
أولاً: ينتظر في المفقود, فلا يحكم بموته حتى يثبت ما يؤكد حاله من موت أو حياة.
ويترك تحديد المدة التي تنتظر للمفقود للقاضي بحيث لا تقل عن سنة ولا تزيد على أربع سنوات من تاريخ فقده؛ ويستعين في ذلك بالوسائل المعاصرة في البحث والاتصال, ويراعي ظروف كل حالة وملابساتها, ويحكم بما يغلب على ظنه فيها.
ثانياً: بعد انتهاء المدة التي يقررها القاضي يحكم بوفاة المفقود, وتقسم أمواله, وتعتد زوجته, وتترتب آثار الوفاة المقررة شرعاً.
ثالثاً: للزوجة إذا تضررت من مدة انتظار زوجها المفقود أن ترفع أمرها للقاضي, للتفريق بينها وبين زوجها المفقود للضرر. وفق الشروط الشرعية لهذا النوع من التفريق.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s