Maqasid berpaling ketika lafaz hay alatayn

Soalan: Apakah tujuan disyariatkan memalingkan wajah atau kepada ketika melafazkan hayya alassolat dan hayya alal falah? Saya difaham ia bertujuan untuk menguatkan dan menyaringkan lagi suara? Macamana pula sekiranya pada zaman sekarang sudah ada mikrofon dan speaker? Mohon pencerahan

Jawapan:
Sebelum menjawab isu ini, saya ingin membawa dalil seperti yang direkodkan oleh Muslim:
فجعلت أتتيع فاه ها هنا وهاهنا يقول يمينا وشمالا حي على الصلاة وحي الفلاح
Bermaksud: “Maka aku mengikuti mulutnya ke sini dan ke sana iaitu ke kanan dan ke kiri bagi hayya alassolah dan hayya alalfalah”
Hadis ini menjadi dalil sunnah iltifat (berpaling) ke kanan dan ke kiri. Menurut al-Nawawi ini adalah padangan Jumhur ulama.
Dari sudut maqasid atau illah kenapa disyariatkan perbuatan itu, syarak tidak menjelaskan secara nas illahnya. Namun para ulama mengistinbat bahawa tujuannya sama ada dua:
i. Untuk menjadikan suara lebih nyaring
ii. Untuk menjadi tanda atau alam muezzin kepada mereka yang berada jauh terutamanya apabila azan dilakukan di atas menara.
Cuma isunya, adakah masih relevan pada masa sekarang sedangkan kita sudah mempunyai mikrofon?
Di sini, kita mesti asaskan masalah ini kepada isu adakah sunnah ini dianggap sebagai sunnah mutlaqah atau sunnah mu’allalah (yang mempunya illah).
Sekiranya melihat kepada pendekatan maqasidi atau yang berkata bahawa sunnah mu’allalah, maka hari ini perbuatan ini sudah tidak perlu dilakukan lagi.
Walaubagaimanapun, sekiranya kita berkata bahawa illah tidak wujud di sini, maka kita perlu lakukan meskipun tanpa mengetahui hikmahnya.
Namun begitu, illah yang dimaksudkan dalam kalam para ulama hanyalah illah ijtihadiyyah. Iaitu bukan dinaskan secara jelas dalam Quran dan hadis. Oleh itu selama mana illah masih boleh diterima, adalah lebih baik dilakukan sunnah ini juga sekalipun kita telah menggunakan mikrofon. Ini kerana illah tersebut illah ijtihadiyyah dan di sana ada shubhah sunnah tersebut adalah sunnah mahdah atau mutlaqah.
Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s