Jerebu: ujian dari Allah, harapan kepada Allah dan kembali kepada Allah.

Mukaddimah: Jerebu satu ujian
Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” [al-Rum: 41]

Minggu ini seluruh Negara mengalami situasi ancaman jerebu sehingga tahap yang boleh menjejaskan kesihatan orang awam. Bacaan IPU atau indeks pencemaran udara menunjukkan beberapa tempat di seluruh Negara mengalami tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan merbahaya. Muar diisytiharkan darurat, malahan beberapa sekolah di sekitar KL, Lembah Kelang dan Kuantan juga ditutup akibat jerebu yang melanda.

Memahami jerebu sebagai satu ujian dan hukuman Allah sangat penting supaya orang-orang Islam dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran dan mendapat keampunan dari Allah Taala. Ayat 41 dalam surah al-Rum menunjukkan punca jerebu yang berlaku adalah kerana sebab perbuatan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri yang rakus dalam mengaut keuntungan ekonomi. Kerosakan yang timbul ditafsirkan oleh Zayd bin Rafee’ sepertimana dinukilkan oleh Ibn Kathir sebagai:
انقطاع المطر عن البر يعقبه القحط وعن البحر يعني دوابه
Ertinya: “Terhenti hujan di darat yang diikuti kemarau dan tiada hujan dilaut yang menyusahkan kehidupannya”

Harapan kepada Allah
Berbalik kepada jerebu, antara cara atau kaedah moden untuk mengatasi masalah ini ialah melalui cloud seeding atau pembenihan hujan. Namun aktiviti pembenihan hujan bergantung kepada awan yang sesuai dan cuaca. Sedah tentu, hujan yang cuba dicipta ini tidak sama dengan hujan yang datang dengan arahan Allah azzawajalla.
Malah, hujan merupakan antara lima perkara yang termasuk dalam ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh Allah azzawajalla. Hujan termasuk dalam rezeki yang dikurniakan hanya oleh Allah Taala. Selain rezeki, kadang kala hujan boleh datang dalam bentuk azab dan hukuman Allah Taala.
Meskipun manusia cuba menggunakan cara moden untuk membenihkan hujan, ia tetap menjadi rahsia Allah Taala yang hanya mampu mencipta hujan sebenar. Maka manusia tiada harapan kecuali hanya kepada Allah Taala.

Kembali kepada Allah
Akhirnya, manusia mesti kembali berharap memohon kepada Allah Taala untuk meminta hujan. Justeru, Islam mensyariatkan solat sunat istisqa’ untuk meminta hujan. Solat sunat istisqa’ dilakukan seperti solat sunat hari raya. Ia menjadi manifestasi betapa manusia perlu tadarru’, doa, memohon keampunan dan meminta pertolongaan hanya kepada Allah Taala.
Sebab itu, dalam khutbah solat istisqa’, khatib perlu memperingatkan manusia supaya bertaubat dan kembali kepada Allah Taala. Mengingatkan manusia punca kepada kemarau adalah kerana maksiat yang berleluasa dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Justeru, manusia perlu bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
FIrman Allah Taala (Surah Noh 10-11):
Maksudnya: “”Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu”.
Ini menunjukkan bahawa memohon keampunan daripada Allah menjadi syarat penting untuk mendapar rahmat Allah. Oleh itu, sebelum solat sunat istisqa dilakukan, setiap muslim hendaklah beristighfar, bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Taala.
Kesimpulannya, ujian Allah Taala datang dalam pelbagai bentuk, kadang kala hanya menimpa kepada individu dan kadang kala kepada seluruh manusia umum. Namun yang penting ialah kembali kepada Allah Taala.
Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s