Perakaunan Islam Vs Perakaunan Konvensional

Keperluan kepada perakaunan Islam?
Sejak berkembangnya sistem kewangan Islam, maka ilmu peraukanan Islam juga mula berkembang. Cumanya kesedaran mengenai peri penting perakaunan Islam agak lambat jika hendak dibandingkan perkembangan institusi kewangan Islam itu sendiri.
Tuntutan terhadap perakaunan Islam berakar umbi daripada perbezaan yang wujud kewangan Islam dan konvensional. Terdapat perbezaan epistimologi yang ketara antara kedua-dua sistem tersebut. Malahan di sana terhadap beberapa keperluan teknikal dalam institusi kewangan Islam yang berbeza dari konvensional.
Seperti dimaklumi, perakaunan ialah bahasa kewangan, maka bahasa yang paling baik untuk menerangkan informasi yang dikehendaki oleh institusi kewangan ialah perakaunan Islam.
Tahukah anda apakah perakaunan Islam?
Perakaunan Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses perakaunan yang menyediakan informasi tepat (tidak terbatas kepada data kewangan sahaja) kepada pihak berkepentingan sesebuah entiti, bagi membolehkan mereka memastikan entiti itu beroperasi dalam lingkungan Shariah dan dapat mencapai objektif sosio-ekonomi.

Tuntutan epistemologi
“Demand” atau permintaan terhadap perakaunan Islam adalah berpunca dari beberapa sebab tuntutan epistemologi yang perlu dipenuhi oleh institusi kewangan Islam sebagai obligasi agama. Ia boleh dibahagikan kepada faktor pendorong (push factors) dan faktor penarik (pull factors)
Antara faktor pendorong:
1) Objektif menyediakan informasi dalam institusi kewangan Islam berbeza dari konvensional. Objektifnya ialah akautabiliti (kebertanggungjawaban) mengikut Islam menjadi tonggak utama di samping sebagai kegunaan membuat keputusan. Ini bermakna, transaksi mesti patuh kepada Syariah kerana institusi bertanggungjawab untuk mematuhi syariah.
2) Jenis peristiwa dan transaksi yang dikenalpasti dalam perakauanan Islam berbeza dari konvensional. Ia tidak terbatas kepada “monetary” kewangan sahaja, malahan mencakupi non-monetary seperti berkaitan sosio ekonomi, agama di samping hal ehwal ekonomi dan transaksi biasa.
3) Cara peristiwa dan transaksi ini diklasifikasikan juga berbeza. Iaitu sama ada peristiwa yang direkodkan dibebankan dengan zakat atau adakah terlibat dengan aktiviti haram, adakah transaksi berisiko atau tidak dan sebagainya.
4) Siapakah informasi ini dikomunikasikan. Dalam Islam, pengguna informasinya termasuk pelbagai lapisan seperti benifisiari zakat, depositor dan sebagainya
5) Bagaimana cara informasi dikomunikasikan. Di sana ada pernyataaan informasi sampingan (seperti sumber zakat dan tabung qard termasuk juga dari sudut tanggungjawab korporat sosial dan pembangunan sumber manusia.
Antara contoh faktor penarik:
1) Perkembangan institusi kewangan Islam yang laju
2) Pembangunan dan perkembangan komuniti Islam sedunia
3) Islamisasi ilmu pengetahuan terutama dalam bidang kewangan dan ekonomi
Kegagalan institusi kewangan Islam menggunakan prinsip perkauanan Islam boleh menyebabkan institusi tersebut mengikut cara dan kaedah kapitalis barat yang biasanya berasaskan kepada prinsip dan nilai yang berbeza dari Islam seperti:
1) Mengutamakan pengumpulan kekayaan dan keuntungan yang sekaligus boleh merosakan alam sekitar seperti isu pemanasan global, kesan rumah hijau, bencana nuklear dan seumpamanya
2) Sikap pentingkan diri sendiri yang tidak terkawal
3) Harta mesti disimpan suci dan tidak terbatas
4) Pengunaan tanpa nilai murni dan pembaziran
5) Persaingan tidak sihat, keputusan yang menyeleweng dan salah peruntukan sumber-sumber, tujuan yang tidak selari

Tuntuan teknikal
Sebagaimana diketahui, asas dalam kewangan Islam ialah kontrak yang menganuerahkan hak dan obligasi agama ke atas seseorang mengikut Shariah. Kontrak-kontrak yang spesifik ini menimbulkan perbezaan teknikal.
Perbezaan teknikal yang utama ialah pengharam riba, gharar, perjudian dan unsur kezaliman dalam transaksi. Selain itu, termasuk juga:
1) Isu pengiktiran hasil pendapatan berkaitan kontrak dalam Islam, seperti fi dari pinjaman, rebate dan sebagainya.
2) Isu shirkah atau pelaburan perkongsian
3) Isu PER dan IRR dalam persembahan penyata kewangan berkaitan deposit pelaburan berasaskan mudarabah.
Dan banyak lagi isu-isu berkaitan kontrak.

One response to “Perakaunan Islam Vs Perakaunan Konvensional

  1. Reblogged this on Tok Keriau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s