Maulid Nabi datang lagi

Tahun ini 1434 sambutan maulidrrasul datang lagi. Orang Melayu masih kekal menyambut tarikh 12 Rabiulawal sebagai hari kelahiran Nabi. Mereka masih menyambutnya meskipun mungkin antara isu yang perlu sentiasa diperingatkan kepada masyarakat, adakah benar tarikh 12 Rabiulawal ialah hari kelahiran baginda s.a.w?

Kedua, jika benar 12 Rabiul awal ialah tarikh keramat kelahiran Rasulullah saw, maka adakah umat Islam dituntut menyambutnya?

Ketiga, orang Islam perlu memahami erti menyambut kelahiran dan bezanya dengan memperingati kelahiran baginda saw.
Tiga isu ini lah yang perlu dikupas oleh para penceramah supaya masyarakat Islam sentiasa sedar dan berada dalam situasi cara beragama yang betul dan konsisten dengan pentunjuk Nabi s.a.w

Benarkah tarikh 12 rabiulawal?
Mengenai hari kelahiran baginda s.a.w, telah sabit dalam hadis sahih bahawa baginda lahir pada hari isnin. Sabda Nabi sa.w. dalam hadis sahih Muslim
عن أبي قتادة الأنصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم الاثنين فقال : ( فيه ولدتُ ، وفيه أُنزل عليَّ ).
Daripada Abi Qatadah al-Ansari katanya bahawa Nabi s.a.w ditanya mengenai puasa hari isnin maka baginda menjawab: “Pada hari isnin, aku dilahirkan dan padanya di turunkan wahyu kepadaku”.
Namun, mengenai tarikh sebenar, tiada satu pandangan yang tepat tentang berapakah tarikh sebenar Nabi saw dilahirkan.
Ahli sejarah dan tarikh berselisih pandangan. Cuma ada pandangan yang dinisbahkan kepada majoriti ia adalah 12 Rabiulawwal. Malahan Sheikh Safiyyurrahman al-Mubarakfuri memlilih pandangan ia berlaku pada 9 Rabiulawal pada tahun Gajah iaitu 40 tahun selepas kerajaan Kisra Anusyarwan bersamaan 20 atau 22 April 571 Mashini.
Jadi ia satu tarikh yang tidak disepakati.

Adakah dituntut menyambut kelahiran baginda?
Jika dituntut, tarikhnya sudah berbeza pandangan, adakah perlu disambut 9 atau 12 atau tarikh lain?
Namun berdasarkan kepada nas-nas Syarak Quran, hadis dan amalan para sahabat, tiada satu bukti yang menunjukkan bahawa kita dituntut “menyambut” hari kelahiran baginda s.a.w Sekiranya menyambut maulid adalah satu cara berugama, sudah tentu Allah Taala akan menjelaskannya dalam al-Quran dan diperintahkan sendiri oleh baginda saw erta dipraktikkan oleh para sahabat r.anhum.
Jika sambutan ini dianggap sebahagian dari agama, maka ia mestilah terhenti di atas kewujudan bukti dan dalil. Apabila tiada dalil, maka ia tidak boleh dilakukan kerana agama itu bukan sesuatu yang boleh direkacipta. Kaedah menyebut:
الأصل في العبادة التوقف
Hukum asal bagi ibadah ialah mesti dihentikan (sehingga ada dalil mengharuskannya)
Namun sekiranya ia berasal dari adat, adakah ia bercanggah dengan agama atau tidak?
Jika adat sekalipun, dari satu sudut ia masih berkaitan dengan soal agama iaitu kelahiran Rasulullah saw. Justeru, perbuatan yang dilakukan seolah-olah mengaitkan dengan hal agama.

Menyambut Vs Memperingati
Menyambut sebenarnya dianggap sebahagian dari soal agama, kerana kita biasanya menyambut atau ihtifal atau celebrate sesuatu perayaan. Apabila kita menyatakan sambutan maulid, maka seolah-olah ia suatu perayaan. Perayaan adalah diterjemahkan ke dalam bahasa arab sebagai eid. Eid adalah sebahagian dari agama. Untuk menyambut apa jua perayaan mesti ada sandaran dari nas-nas syarak\
Namun, memperingati Rasulullah, kelahiran baginda, kisah baginda, perjuangan baginda, petunjuk baginda adalah dituntut. Bukan setakat pada bulan Rabiulawal sahaja, malahan setiap masa dan detik yang berlalu.
Lebih penting dari itu, kita wajib melaksanakan segala ajaran dan sunnah Rasulullah saw sepertimana yang dituntut. Kesemua ini adalah tuntutan syarak yang tidak boleh disangkal lagi. Inilah yang menjadi kayu ukur keimanan seseorang terhadap Rasulullah saw.

Betulkan yang salah
Justeru, menjadi tugas umat Islam hari ini memperbetulkan persepsi yang salah supaya kita menjadi ummah yang berilmu. Umat yang dipuji oleh Allah Taala: “Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu)”.

5 responses to “Maulid Nabi datang lagi

  1. Tuan,
    Saya ini baru mau mengenal agama…kalau nak kata kenal Nabi s.a.w hanya kenal pd namanya…itu pun kerana di ajar di sekolah2…nah setakat itu saja…org lain kenal saya juga kenal…mcm saya kenal artis2…saya kenal sbb ramai kenal mereka…begitulah saya mengenal Nabi saw. Namun kuasa Allah….saya di ajak rakan2 utk pergi ikut program Cinta Rasul…apa itu?…saya cuba. Nah!!…disana ada nyanyi2an yg kwn2 kata itu bukan nyanyian itu salawat…Qasidah…Burdah!!…Hati saya begitu tersentuh dgn lantunan yg dikatakan Qasidah itu…saya bertanya…acara apa ini??…kwn2 menunjukan wajah simpati…dik!…skrg ini kita berada dlm bulan maulid…..bulan maulid?…apa tu?…Bulan maulid itu bulan kelahiran Baginda Rasulullah saw…majlis ini di adakan sempena dgn bulan kelahiran Baginda…oooohhh…kena buat mcm ni ke utk raikan Nabi?…tidak ini bkn tuntutan…tapi ini salah satu cara utk kita ingat kpd Baginda s.a.w. Ini juga salah satu cara utk kenalkan Nabi s.a.w kpd org yg tidak kenal Baginda!!…Macam saya?…saya ikuti terus program itu..saya baca lirik Burdah itu satu persatu dlm Melayunya sambil mendengar ia di lantunkan oleh satu suara yg sgt gemersik…kata kwn2 itu suaranya Syeikh Seggaf…saya tidak kenal “penyanyi” itu…tapi suaranya benar2 menghantar saya ke satu daerah yg sgt indah…dan saya merasakan saya merindui sesuatu…tapi saya tak tau apa yg saya rindukan!!…”nyanyian” itu di hentikan buat sementara utk memberi laluan kpd seorg Ustaz memberi ceramah. Saya ikuti terus ceramah Ustaz tersebut yg tutur katanya loghat Indonesia…sangat bagus Ustaz ini…wajahnya saja sudah menyejukan hati…kawan2 mengenalinya…saya jadi malu sbb taka da ustaz yg saya kenal. Kawan2 memanggilnya Habib…saya keliru kenapa Habib bknnya Ustaz. Kata kwn saya Ustaz itu berpendidikan Yaman dan keturunannya dari Rasulullah s.a.w…maka sbb itu dia mendpt gelaran Habib….oooo..!!!…patutlah dia mirip org Arab…yg paling pasti Habib itu sgt menyejukan hati…sgt halus dan sgt beradab….dlm ceramahnya itu Habib tersebut mengenalkann saya kpd satu susuk tubuh yg tak pernah saya ambil peduli utk mengenalinya….Habib membawa saya jauh mengembara berjumpa dgn tuan punya susuk tubuh tersbt. Satu persatu di kenalkan peribadi “orang” itu….sgt detail…sesekali Habib bersuara sebak….saya juga sebak…saya tak henti2 berterimakaseh kpd Tuhan kerana telah membawa saya ked lm majlis ini…saya telah di perkenalkan kpd Junjungan Mulia Rasulullah saw dlm majlis Maulid ini…Majlis Cinta Rasul!!….semenjak dari hari itu saya ikuti terus ceramah2nya Tuan Habib tersebut di YouTube…sampai satu saat saya suarakan kpd kwn2…saya ingin mengikuti majlis ilmu Tuan Habib secaara langsung…bagaimana caranya. Kwn2 mengucap syukur….sejak dari hari itu hidup saya berubah 180 degree….setiap Jumaat mlm Sabtu saya pastikan saya tidak ketinggalan mengikuti Majlis Ta’limnya Tuan Habib di salah satu Masjid di Setiawangsa. Apa yg menariknya di masjid itu rupa2nya Majlis Maulid di adakan setiap Jumaat pertama setiap bulan….Majlis Maulid di adakan setiap bulan di situ!!!…tidak keterlaluan kalau saya katakan Majlis Maulid itu lah yg telah menjadi penyebab turunnya Hidayah Allah buat saya…sehingga saya berusaha keras utk mengikut segala sunnah Baginda Nabi saw. Setiap hari saya akan usahakan utk bersalawat ke atas Baginda sebanyak mungkin. Saya teringat pesan Habib tersebut…lahirkan kerinduan kpd Baginda dgn membanyakan salawat…saya berdoa mudah2an Allah ubat rindu saya dgn mempertemukan saya dgn Junjungan Mulia Baginda Nabi saw.
    Tuan,
    Membaca article Tuan ini…amat tidak sanggup utk saya bersetuju mengatakan adalah salah mera’ikan Maulid Baginda saw….sedang disitu…di majlis itu….penuh dgn salawatnya…zikirnya…bacaan al Qurannya…penyampaian ilmunya. Saya sedar saya bukan sesiapa namun…apakah Tuan tidak buleh mengambil saya utk menjadi contoh “kembali” kepada Allah melalui Majlis Maulid ini….apakah Tuan tergamak menafikan adanya hati2 yg tersentuh lalu ingin “berdamping” terus dgn Baginda Nabi saw melalui majlis Maulid ini?…apakah salah di mata Tuan kalau ada satu umat…hanya satu umat saja yg benar2 telah bertaubat dari segala dosa2nya hanya dgn mengikuti Majlis Maulid ini…
    Tuan,
    Berdosakah saya kerana telah byk kali mengikuti majlis2 Maulid ini?. Apakah saya akan di campakan ke Neraka Jahim kerana memperbanyakan salawat…memperbanyakan zikrullah…mengisi dada yg kosong dgn ilmu melalui Majlis2 spt ini?…berdosakah saya Tuan?…
    Tuan,
    Demi Allah tidak tergamak rasanya utk megatakan bahawa Majlis Maulid ini….yg telah merubah hidup saya….yg telah membawa saya kembali kpd Allah….yg telah mendekatkan saya kpd satu susuk tubuh yg sangat mulia…yg memberi saya ilmu…..demi Allah tidak tergamak utk saya katakan ianya salah disisi agama!!….tolonglah saya….jelaskanlah…apakah saya berdosa??….apakah saya akan dicampakkan ke Naraka kerana kesalahan2 itu??….

    saya

  2. Assalamualaikum,
    Pertamanya, sykur kepada Allah kerana Puan Jamilah mendapat kesedaran. Ingatlah hidayat itu datang daripada Allah Taala dan apa yang berlaku kepada kita adalah sebab-sebab yang membawa kita kepada hidayat Allah Taala tersebut. Ada orang telah menjalani pelbagai sebab-sebab hidayat, namun tidak mendapat hidayat Allah.
    Kedua, isu dosa dan pahala adalah terpulang kepada Allah Taala, cuma dalam agama, Allah Taala gariskan, perkara yang salah akan mendatangkan dosa dan perkara baik akan mendatangkan pahala.
    Ketiga, ukuran sesuatu itu baik atau salah adalah mesti merujuk kepada agama, bukan semata-mata akal manusia. Jika akal manusia semata-mata, sudah pasti kita boleh mengatakan solat subuh 4 rakaat lebih baik sebab kita merasa kuat selepas berehat semalaman untuk melakukannya. Namun ia salah sebab syarak menetapkan bahawa solat subuh mesti 2 rakaat.
    Keempat, saya telah sebutkan dalam post ringkas saya tentang bezakan antara istilah memperingati dan menyambut. Dua istilah itu sangat berbeza, menyambut tidak dituntut, tetapi mengingati Rasulullah s.a.w adalah dituntut. Ini kerana kasih kepada Allah dan RasulNya dalah tanda kemanisan iman seseorang. Sebagaimana kita kasih kepada seseorang, maka kita akan mengingatinya, begitulah juga kasih kita kepada Rasulullah s,a,w.
    Kelima, mendapat hidayat kerana sebab menghadiri majlis dan mendengar qasidah dalam majlis tersebut tidak menjustifikasikan majlis tersebut. Sangkaan sebegini sangat bahaya kerana dibimbangi disalahgunakan orang. Katakan, ada majlis maksiat, namun bercampur aduk dengan bacaa Quran, dan kita menghadiri majlis tersebut, dan terpesona dengan bacaan Quran dan lalu mendapat hidayah dan kembali kepada Allah. Adakah boleh kita katakan bahawa majlis tersebut disyariatkan???? Sama sekali tidak.
    Akhir sekali, hidayat datang dari Allah, maka bersyukurlah dan sama-sama kita berusaha untuk menambahkan ilmu, dan yang pastinya, tiada manusia yang maksum sama ada alim ulama, atau orang biasa kecuali Rasulullah s.a.w.
    Wallahualam

  3. Perkara ini diperselisihkan ulama. Tak mengapalah kalau al baruhi kalau nak berpegang dgn manhajnya. Tahniah pada saudari Jamilah kerana cinta Rasul. Banyak lagi perkara2 lain yang boleh difokuskan dalam masyarakat Islam di Malaysia ini. Fokus dalam dakwah Islamiyyah ialah menyeru umat yang belum menjawab seruan la ilaha illallah kepada memeluk Islam. Fokus dakwah islahiyyah pula ialah mengajak umat Islam yang beramal dgn Islam secara separuh-separuh kepada beramal secara keseluruhannya. Kumpulan Habaib (habib-habib) melakukan dakwah cinta Rasul itu merupakan suatu Amar Ma’aruf. Al Baruhi pula mengupas isu Maulid Nabi ini secara separa ilmiyyah sudah dikira baik tapi jangan sampai menyesatkan orang ramai yang menyertai majlis maulid Rasul kerana ia bukannya munkar secara Ijma’….berlapang dadalah pada perkara furu’ dan bersepakatlah pada perkara usul. wallahu a’lam. p/s: Nabi saw pernah ditanya seorang sahabat, kenapa baginda berpuasa pada hari Isnin? Baginda menjawab “hanyasanya aku dilahirkan pada hari tersebut.” Itu cara Nabi menyatakan kesyukuran atas nikmat dilahirkan ke dunia. Kitab Latoif al Ma’arif ibn rajab sangat menarik utk kupasan tajuk Maulid Nabi saw.

    Al faqir iallah,
    Ibn Abbas an Najjar
    wallahu a’lam.

    • Terima kasih atas komen saudara Ibn Abbas an Najjar, komen dan komentar yang diberikan sangat baik.
      Manhaj berlapang dada dalam menerima khilaf ulama ialah manhaj para al-salafussoleh dan para alim ulama seterusnya.
      Kerana itu saya menulis “post” ini sebagai meluahkan pandangan yang difahami setakat ilmu yang ada. Bukan bermakna saya menyesatkan sesiapa.
      Sekiranya dalam artikel post saya ini, ada perkataan yang saya menyesatkan sesiapa, mungkin ia kesalahan dari saya sendiri.
      Tetapi jika tiada perkataan saya menyesatkan sesiapa, mungkin ini kesilapan orang yang membacanya.
      Wallahualam

  4. Terimakaseh Ibnu Abbas an Najjar. Membaca tulisan tuan sgt melapangkan dada yg sebelumnya begitu sempit…berkecamuk….bersarang berbagai persoalan….apakah hukum keatas ini semua??….saya yg baru di perkenalkan kpd Baginda Rasul s.a.w tiba2 di henyak rasa Berdosa!!…begitulah mungkin adat org baru mula mengenal CINTA…ada saja yg cemburu..!!…walau apa pun ini tidak akan mematah semangat utk terus memburu CINTA Sang Khaliq juga CINTA Sang Nabi…mudah2an jalan2 di bentang luas oleh Rabbul Jalal utk hambanya mudah berlari mengejar CINTA Nya.
    Tuan albaruhiyy…mungkin saja ilmu tuan begitu tinggi utk saya menangkapi maksud tuan…sehingga setiap kali saya cuba memahami…dada saya semakin sempit…mohon doanya mudah2an satu saat nanti saya mampu menggapaii taraf ilmunya tuan. Terasa kerdil saya setiap kali membaca tulisan tuan….wahai!!…sungguh saya tidak layak!!.
    Kepada kedua2 tuan Ibn Abbas an Najjar dan Tuan al baruhiyy…Jazakallahu khaira.

    Saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s