Mata Wang Dinar Perlu dikembalikan? Pandangan dari sudut sejarah

Pengenalan
Penyokong mata wang dinar (dinarists) berhujah bahawa penggunaan mata wang dinar boleh menyelesaikan masalah ekonomi zaman moden. Bahkan, mereka juga berhujah bahawa penggunaan mata wang dinar adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah benar ia satu sunnah? Maka perlu dihidupkan?
Apa yang perlu dilontarkan ialah, sekiranya (andaian semata-mata) Rasulullah s.a.w diberi pilihan untuk menggunakan wang fiat (kertas), adakah baginda mahu menggunakannya?

Bayangkan sekiranya baginda s.a.w mempunyai dua pilihan, antara menggunakan dinar atau dirham dengan satu lagi pilihan iaitu menggunakan wang kertas. Manakah yang menjadi pilihan baginda s.a.w.?

Pengharaman kadar faedah
Oleh kerana baginda s.a.w merupakan pentafsir kepada kandunagn peringan Al-Quran, maka sewajarnya kita kembali kepada hujah al-Quran.
Melihat kepada al-Quran, di sana tiada satu peruntukan khusus sebagai perintah untuk menggunakan mata wang ini atau itu. Tetapi apa yang dijelaskan dalam al-Quran perintah khusus mengenai pengharaman Riba. Dengan kata lain, pengharaman kadar faedah. Bermakna dalam Islam, kadar faedah hendaklah kosong peratus (0%) rate of interest).

Maka, antara dua jenis matawang dinar dan wang kertas, yang manakah mampu mencapai kosong peratus kadar faedah? Menurut perspektif sejarah, pada tahun 1999 Japanese Interbank Interest Rate pernah ditetapkan pada kadar 0% walaupun menggunakan wang kertas. Begitu juga pada tahun 2010, apabila London Interbank Offered Rate menurunkan kadar interest ke tahap 0.46563%.
Ini menunjukkan bahawa kadar faedah mampu 0% mampy dicapai dengan wang kertas.

Persoalannya, bagaimana pula dengan wang dinar? Ini meninmbulkan sedikit keraguan kerana seperti kita maklum, bahawa wang dinar (emas sebagai contoh) mempunyai dua nilai. Pertama ialah nilai muka (fiat value) iaitu nilai yang tertulis di atas wang tersebut yang ditentukan oleh Negara berkenaan (diisytiharkan sebagai legal tender).
Kedua nilai intrinsic (intrinsic value) iaitu nilai logam yang terkandung di dalam wang tersebut. Nilai ini bergantung kepada pasaran global atau dengan kata lain, “supply and demand”.

Maka berdasarkan keadaan ini, wang dinar agak sukar untuk mencapai 0% kadar faedah kerana ia mempunyai nilai intrinsic yang biasanya ditentukan oleh pasaran global. Sekiranya penawaran emas tidak meningkat, sudah tetntu harganya akan meningkat.
Sedangkan dengan wang kertas, kadar faedah 0% pernah dicapai.

Pandangan Fuqaha’
Menurut al-Shaybani dan Ibn Taimiah, di sana tiada arahan perlu menggunakan emas atau perak sebagai matawang. Fakta ini kemudian disokong oleh padannagn Imam Ahmad yang berpendapat bahawa dibenarkan menjadikan apa jua benda sebagai mata wang yang diterima secara umum oleh sesetengah populasi. Maka ringkasnya, para ulama terkemukan menerima apa jua jenis mata wang.

Hujah dinarist dan inflasi
Apa yang ingin di bawa di sini ialah hujah dinarist. Antaranya ialah hujah Ahmad Kamal Mydin Meera yang menegaskan bahawa dengan penggunaan dinar ia boleh menghalang money creation (penciptaan wang) dan secara automatik menghalang inflasi. Namun begitu apabila kita melihat kepada sejarah, (massive inflation) inflasi yang teruk pernah berlaku di Eropah dari tahun 1440 -1760.

Kemudian, Umar Vadillo juga pernah berhujah bahawa selama 1400 tahun, harga seekor ayam iakah 1 dirham dan hari ini harganya masih sama iaitu 1 dirham. Dari manakah fakta Vadillo? Sedangkan menurut kajian sejarah antara tahun 1400-1600 masih berlaku inflasi yang teruk. Sebagai contoh di Strasbourg, Perancis harga rye (bijirin) adalah 100 pada kurun ke 15 dan meningkat kepada 350 pada kurun ke 17 walaupun mereka menggunakan wang emas. Harga daging mencecah antara 100 hingga 250.
Jika fakta ini ditolak kerana bukan Negara Islam, maka mari kita melihat empayar Uthmaniyyah. Fakta dalam arkib Turki menunjukkan bahawa meningkat lebih kurang 80 hingga 100% antara tahun 1489-90.

Fluktuasi dan Gresham’s Law
Tambahan pula, money supply juga sentiasa menghadapi turun naik kerana dua faktor. Petama ialah peluang untuk menemui logam emas atau perak baru dan juga kedua faktor debasement. Dengan itu menggunakan matawang emas atau perak masih tidak menghalang inflasi.
Biasanya debasement berlaku kerana dua sebab. Pertama ialah peperangan apabila kerajaan perlu menyediakan bala tentera yang ramai dan mereka perlu dibayar dengan tunai. Oleh itu, kerajaan terpaksa menempa duit syiling baru yang biasanya dengan menggunakan logam selain emas dan perak yang lebih rendah nilainya dari emas. Pada tahun 1585, ketika peperangan panjang antara Iran dan Uthmaniyyah, Kerajaan Uthmaniyyah mahu menggandakan penawaran wang (money supply).
Kedua ialah kerana sebab seigniorage iaitu kerajaan terpaksa meningkatkan lagi money supply untuk menampung perbelanjaannya.

Akibatnya, apabila orang awam menyedari bahawa mata wang yang baru mengandungi logam yang nilai intrinsiknya rendah daripada nilai muka, maka mereka akan mengambil mata wang lama dan menyoroknya. Mereka cuba mencairkan wang lama untuk dijual. Di sinilah wujudnya Gresham’s Law yang menyebut “bad money drives out the good money”.

Macro gharar
Gharar sebagaimana difahami oleh Ibn Taimiah ialah transaksi yang membawa kepada satu pihak memakan harta secara batil “eat wealth for nothing”. Dalam konteks dinar emas atau dirham perak, ia boleh berlaku kerana sebagaimana yang diketahui, Negara pengeluar utama emas ialah bukan Negara Islam. Hanya Indonesia sahaja sebuah Negara Islam yang mewakili 6.6 % pengeluaran emas. Manakala bakinya ialah South Africa, China, US dan Russia kesemuanya bukan Negara Islam. Mereka boleh menjadi speculator yang akan bermain dengan harga emas, akhirnya mereka tidak akan memudaratkan Negara mereka tetapi boleh memudaratkan Negara Islam yang menggunakan system dinar emas.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dirumuskan bahawa penggunaan dinar emas bukanlah boleh didakwa sebagai mata wang sunnah. Bahkan ia tidak mampu untuk mengelakkan inflasi dan tidak mampu mengawal money supply.

2 responses to “Mata Wang Dinar Perlu dikembalikan? Pandangan dari sudut sejarah

  1. Wonderful beat ! I would like to apprentice while you amend your website, how can i subscribe for
    a blog web site? The account aided me a acceptable deal.
    I had been tiny bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept

  2. penerangan yg cukup baik. saya mendapat penecerahan yg lebih baik. hujah 1 dirham seekor ayam sama seperti hari ini adalah hujah pelik dinarist. cuba tanya mereka semula, jika kita simpan satu dirham dan seekor ayam, dirham tidak akan berkembang dan akan tetap bernilai satu dirham. akan tetapi ayam boleh berkembang biak hingga beribu ribu selepas 1400 tahun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s