IDEA ISLAMIC CAPITALISM: betul atau tidak?

Adakah di sana ada istilah Islamic capitalism? Apakah pula prinsip-prinsip asas  system ini? Bilakah ia muncul? Dan apakah di sana ada institusi-institusinya tersendiri yang membangunkan prinsip-prinsip tersebut? Bagaimana pula evolusi institusi ini dan mampukah untuk dimodenisasikan bagi memenuhi keperluan hari ini?Image

Ini antara isu penting perlu diselesaikan kerana Islamic finance yang merupakan tonggak kepada Islamic capitalism moden sedang menghadapi bahaya besar iaitu conventionalization atau pengkonvensionalan.

Mengapa? Kerana Islamic financial engineer mengenalpasti beberapa intrumen conventional kemudian mereka mengubahnya dan menukarkannya menjadi ‘shariah-compliant’. Inilah yang menyebabkan keraguan terhadapa tahap “islamicity” of Islamic finance sekarang.

Post saya kali ini, hanya ingin berkongsi maklumat selepas membaca chapter 1 “Islamic Capitalism and Finance”.

Islamic and conventional

Ringkasnya, Islam dan konvensional sentiasa berbeza kerana asas mereka lagi sudah berbeza.

Menurut Cizakca, Islamic capitalism telah menjadi sebuah sistem ekonomi yang mana dipetik dari sumber al-Quran dan Sunnah. Di sana banyak dalil mengenai Islam telah membina capitalismnya tersendiri. Beberapa dalil yang dilontarkan oleh Cizakca dalam bukunya ialah:

Pertama: Umat islam adalah peniaga dan pedagang

Rasulullah r.a adalah seorang peniaga. Banginda peracya mengenai konsep free market (pasaran bebas) dan menolak untuk campur tangan dalam menetapkan harga.

Menurut sejarah khalifah Abu Bakr r.a  ialah peniaga baju. Kemudian Uthman r.a pengimport bijirin.

Kedua: Pandangan mengenai konsep pasaran (market) dan konsep hisbah

Ada di kalangan ulama Islam di lantik sebagai muhtasib iaitu pegawai rasmi yang mengawal pasaran “control market”.

Begitu juga ada yang mempunyai idea mengenai “concept of free market”. Ibn Khaldun berpendapat bahawa Kerajaan hanya mempunyai minimum level of interference in the economy (tahap minimum dalam campur tangan ekonomi negara).

 

Ketiga: Pandangan terhadap harta

Maqasid Shariah terbahagi kepada lima aspek penting, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan terakhir ialah menjaga  harta. Contoh ulama yang menyebut hal ini ialah al-Ghazali dan al-Shatibi.

Keempat: Konsep accountability (kebertanggungjawapan) dalam Islam

Baik dan buruk amalan seseorang ditulis dalam buku akaun individu tertentu dan akhirnya akan dihisab di hari Akhirat. Maka setiap manusia sama ada seorang pengurus syarikat, peniaga atau pekerja perlu sentiasa mengawasi dirinya kerana dirinya diawasi oleh Allah Taala.

Oleh itu, tidak peliklah bahawa fakta Islam satu agama yang menganggap perniagaan dan perdagangan adalah satu komponen penting, bahkan dalam Islam mementingkan aktiviti ekonomi, pedagang, property rights, free trade dan eknomi pasaran. Berdasarkan hujah-hujah tersebut maka Cizakca merumuskan bahawa Islam telah mendahului Adam Smith dalam menemui konsep capitalism.

Adakah idea tersebut betul atau salah?

Melalui pemahaman saya, asas yang disebut oleh beliau adalah tepat kerana konsep-konsep seperti yang disebutkan juga wujud dalam sistem kapitalis. Maka atas dasar itu beliau menamakan Islamic capitalism. Walaubagaimanapun, kemungkinan jika dilihat maksud capitalism secara terminologinya, maka seolah-olah ia bercanggah.

Mudahnya, capitalism ialah sistem ekonomi berasaskan kepada private ownership (pemilikan khusus) terhadap faktor pengeluaran dan mencipta barangan atau perkhidmatan untuk keuntungan. Berdasarkan kepada terminologi sebegini, jelas menunjukkan bahawa ia sedikit bertentangan dengan Islam. Islam adalah agama wasatiyyah tidak menafikan pemilikan khusus individu, namun tidak menyokong pemilikan yang mutlak. Berbeza dengan capaitalism yang mempertahankan konsep pemilikan mutlak. Sehinggakan membenarkan perbuatan memaksimumkan keuntungan tanpa batasan.

Islam meletakkan semua harta adalah milik Allah Taala secara mutlak, tetapi Allah telah memberi dan menganugerahkannya kepada manusia  sebaga pinjaman maka perlu digunakan pertama untuk mencari keredaan Allah kemudian barulah mencari keuntungan dunia.

Oleh itu, atas dasar ini kemungkinan istilah yang digunakan kurang tepat jika dilihat dari sudut tersebut. Namun begitu, sudah pasti apa yang dimaksudkan beliau hanyalah konsep-konsep asas sistem kapitalisme dengan perbezaan yang ketara antara Islam dan kapitalisme.

Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang melayari blog saya.

One response to “IDEA ISLAMIC CAPITALISM: betul atau tidak?

  1. Ya setuju dengan tuan. Kalaulah boleh terima konsep Islamic Capitalisme, maka bagaimana pula yang menganut Islamic Sosialisme? Huh! Rasa ngeri dengan ghozwatul fikri yg ada pada hari ini….Menjadi cabaran yang besar kepada ahli ilmu yang bergelar pendakwah untuk membetulkan fikrah masyarakat Islam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s