Tiga dimensi Kewangan Islam

Kewangan Islam masih baru jika hendak dibandingkan dengan system konvensional. Bahkan di Malaysia, kewangan Islam masih dibayangi dengan system konvensional. Ini kerana Malaysia mengamalkan system dual-banking.
Apabila kita menyebut kewangan Islam atau “Islamic finance” apakah yang difahamai oleh kita. Dalam satu artikel yang ditulis oleh Prof Saiful Azhar Rosly beliau mengupas persoalan apakah definisi kewangan Islam melalui tiga dimensi.

Pertama: Kewangan Islam sebagai satu bidang pengajian. Cuma beliau membawa contoh seperti program yang diperkenalkan oleh INCEIF iaitu CIFP. Bagi saya, persoalannya sejauhmanakah CIFP boleh menghasilkan produk yang benar-benar memahamai kewangan Islam? Sebagaimana beliau nyatakan program CIFP menawarkan modul dalam Shariah, banking, economics, capital market, takaful, accounting dan lain-lain, namun apakah pemberat yang digunakan untuk member keseimbangan dan pengetahun yang cukup dalam semua aspek tersebut? Asas kepada modul dinyatakan ialah Shari’ah. Walaubagaimanapun, istilah Shariah sangat luas. Bukan setakat tahu pandangan ulama dan fiqh perbandingan. Shariah satu disiplin ilmu yang mempunyai peringkat pengajian yang sistematik untuk dihadamkan. Sama juga dengan disiplin ilmu yang lain seperti accounting. Sekiranya orang yang tidak mempunyai asas langsung, terus terjun untuk menguasai bidang ilmu tersebut, maka sudah tentu memakan masa yang agak lama untuk memahaminya melainkan orang yang diberikan kelebihan dan kecerdikan asli dari Allah Taala.
Di peringkat universiti, bidang kewangan Islam menjadi demand para pelajar hari ini. Cuma ada diantara mereka yang tidak tahu di mana mereka akan menemuinya, adakah di Fakulti Syariah, Fiqh dan Usul Fiqh? Atau adakah di Fakulti Ekonomi?

Kedua: Kewangan Islam sebagai satu system kewangan yang menjalankan tugas untuk promote justice (keadilan) dalam pasaran kewangan. Apa yang maksudkan dengan system kewangan ialah satu set peraturan dan perundangan yang mengawalselia aliran dana dari unit lebihan kepada unit kurangan. Melalui Islam, Allah telah menetapkan sebahagian peraturan dengan jelas seperti larangan riba, gharar dan maysir. Manakala sebahagian yang lain diberi peluang kepada manusia untuk menggunakan rationality untuk membentuk undang-undang berasaskan kepada keperluan tabi’e (nature) selama mana tidak bercanggah dengan prinsip asas Syarak. Namun begitu, system kewangan Islam yang pernah menjadi satu system yang diletakkan di bawah system khilafah Islam sekarang menjadi hanya satu system pinggiran atau cabang sahaja. Contoh dekat ialah di Malaysia sendiri, di mana kewujudan system kewangan Islam moden sebenarnya masih dipayungi oleh system konvensional yang lebih lama bertapak di Malaysia.

Ketiga: Kewangan Islam sebagai satu bisnes atau perniagaan. Di mana prinsip syariah diaplikasikan oleh institusi yang membawa label Islam yang menawarkan service kewangan termasuk, bank, legal firm, unit trust, syarikat pengurusan dana, takaful provider dan seumpamanya. Oleh kerana ia sebagai bisnes, maka kewangan Islam sangat terdedah kepada isu “patuh syariah”, ini kerana sesetengah praktikal seperti bay inah dan tawarruq munazzam mendapat kritikan para shariah scholars.

Inilah ketiga-tiga dimensi yang dinyatakan mengenai kewangan Islam. Hakikatnya, kewangan Islam sangat luas dan mencakupi banyak bidang ilmu. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Sekiranya ada cenderung untuk mengkaji dalam bidang Syariah, maka tumpukan aspek Syariah dalam kewangan Islam. Manakala sekiranya anda cenderung dalam bidang banking, tumpukan kajian anda dalam aspek banking dalam kewangan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s