Terlajak perahu boleh diundur….terlajak kata….

Rentetan daripada isu perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini, banyak sekali komentar-komentar pro and contra mengenai kewajaran Bersih. Ada antara yang berhujah menerima atau menolak kewajaran perhimpunan dengan bahasa ilmiah yang sangat baik, Dan tidak kurang juga yang menggunakan bahasa-bahasa yang kesat lagi menyakitkan telinga masing-masing.

Namun paling mengejutkan ialah apa yang dipaparkan dalam akhbar hari ini apabila muncul kembali peluru berbahaya boleh menembusi diri sendiri iaitu peluru takfir atau tuduh kafir kepada seseorang.

Perkelahian atau pebezaan pendapat adalah menjadi lumrah kehidupan, apatah lagi perbezaan fahaman politik. Malangnya, perbalahan dalam politik apabila melibat mereka yang jahil mengenai agama, khususnya dalam hal akidah akan menjerumuskan mereka sendiri ke dalam dosa dan lebih parah boleh menghampirkan mereka kepada kufur, nauzubillah..

Isu takfir atau menuduh seseorang kafir tidak boleh dipandang dengan sebelah mata. Nabi saw telah bersabda:

أيما رجل قال لأخيه يا كافر فقد باء بها أحدهما إن كان كما قال ، وإلا رجعت عليه

Ertinya: “Mana-mana orang yang berkata kepada saudaranya wahai si kafir, maka sesungguhnya tuduhan itu akan kembali kepada salah seorang sekiranya betul apa yang dikatakan, namun sekiranya tidak betul, ia akan kembali kepada dirinya sendiri (si penuduh)”.

Hadis ini jelas memberi amaran yang sangat keras betapa tindakan menuduh seseorang sebagai kafir mengundang bahaya kepada iman seseorang.

Inilah bahayanya lidah yang tidak bertulang, sangat pantas melontarkan kata-kata. Orang-orang tua berpesan, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Maka buruklah padah kepada mereka yang suka menggunakan kata-kata kesat untuk menuduh seseorang.

Secara umumnya, selain mengkafirkan seseorang yang sudah pasti besar bahayanya, begitu juga isu menuduh dan melabel golongan yang tidak sependirian atau sefahaman dengan tuduhan-tuduhan liar. Tuduhan sebagai sesat, pembawa bid’ah, khawarij dan sebagainya makin menjadi-menjadi. Daripada tuduhan seperti ini lah yang akhirnya membawa kepada tuduhan yang lebih besar iaitu kafir atau murtad dan sebagainya.

Justeru, umat Islam mestilah berhati-hati dalam berinteraksi dengan perselisihan pandangan. Ingatlah, bahawa perselisihan tidak menafikan perpaduan umat.

Wallahualam…

May 8, 2012

One response to “Terlajak perahu boleh diundur….terlajak kata….

  1. Pingback: Terlajak Perahu Boleh DiUndur, Terlajak Kata-kata....Syarih.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s