Peluang terakhir Ramadan, natijahnya dan Hari Raya

Masa begitu cepat berlalu, kita sedang berada di penghujung Ramadan. Tinggal lagi 4 hari sebelum Ramadan menutup tirainya. Amatlah mulia sesiapa yang mendapat keuntungan bulan ini. Sebaliknya, amatlah malang sesiapa yang mendapat kerugiaan dalam bulan ini. Nabi sifatkan Ramadan sebagai:
غنم يغنمه المؤمن
Ertinya : “Keuntungan yang diperolehi oleh mukmin”.

Dalam tempoh 4 hari berbaki ini, seorang mukmin mestilah bertungkus lumus merebut dan mengejar peluang bonus-bonus fadilat Ramadan. Antaranya sudah tentu ialah lailatul qadar. Analogi yang boleh kita bandingkan ialah seperti seorang lelaki yang datang ke sebuah bank pada akhir waktunya. Pihak bank berkata bahawa dia mendapat hadiah iaitu dapat mengambil semua duit-duit yang ada di dalam bank. Masa hanya tinggal 15 minit sahaja lagi sebelum bank menutup pintunya. Bayangkan! apa yang akan dilakukan oleh lelaki tersebut?? Mungkin ia mengutip dan mengumpul sebanyak-banyak mungkin duit yang ada.

Begitulah juga Ramadan, hampir menutup pintunya dan ditambah ada pula 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Rebutlah dan kutiplah kelebihannya sebelum ditutup pintu Ramadan.

Kesan Ramadan

Ramada pasti mempunyai kesan dan hikmah kepada diri kita. al-Quran menjelaskan bahawa seseorang itu akan mendapat natijah yang baik dari puasa dalam bulan Ramadan. Apakah penjelasan al-Quran? Ia termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 185 :
لعلكم تتقون
Maksudnya : “Supaya kamu bertakwa”
لعل ialah huruf menunjukkan kepada illah dan hikmah. Justeru, inilah hasil yang ingin diperolehi dari puasa Ramadan. Takwa yang menjadi dakwah pada Nabi alaihimussolatuwassalam. Firman Allah dalam surah al-Nisa’ 131 :

ولله ما في السموات وما في الأرض ولقد وصينا الذين أوتوا الكتاب من قبلكم وإياكم ان التقوا الله
Ertinya : “Dan bagi Allah sahaja yang memiliki apa di langit2 dan bumi. Dan sesungguhnya kami telah memerintahkan orang-orang yang diberikan kitab terdahulu dari kamu dan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah”.

Lihat al-Quran dengan uslubnya yang sangat mendalam menjelaskan mengenai takwa. Allah menyatakan bahawa bagi Allah sahaja kerajaan langit dan bumi. Ertinya, kalau tiada orang bertakwa atau ada orang bertakwa, ALlah tetap berkuasa.
Mengikut kaedah bahasa Arab, perkata wasaya (وصي) asal kalimah wasiat dalam ayat di atas lebih kurang sama dengan wasola (وصل) yang berbezanya hanya huruf akhir iaitu lam dan ya’. Kedua-dua huruf di depan adalah sama iaitu waw dan sod. Ulama fiqh al-lughah menyebut bahawa mana-mana kalimah yang sama pada kebanyakan hurufnya, memepunyai hubungan dari segi makna.
Maka di sini perkata وصي bermakna wasiat, manakala وصل bermakna hubung/sambung, maka menunjukkan yang memberi wasiat mempunyai hubungan dengan yang diwasiatkan kepadanya.

Maka, Allah yang mewasiatkan (memerintah) sudah tentu mempunyai hubungan sebagai khaliq kepada kita makhluk, dan kekuatan hubungan melalui takwa yang diperolehi oleh kita. Mudah-mudahan kita mendapat takwa

Jangan musnahkan takwa Ramadan pada hari Raya

Satu perkara penting juga perlu diingati semua ialah, hari raya merupakan hari penyempurna ibadat puasa. Justeru, takwa yang digarap pada bulan Ramadan hendaklah dijaga dan disemai walaupun pada hari Raya.

Nasihat saya pada semua masyarakat, pada hari Raya amalkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. yang terlalu banyak. bermula dengan takbir, mandi sunat, solat sunat, memakai baju baru dan lain-lain.

Jauhilah dari larangan ALlah, terutama dalam bab bersuka ria. Jangan memakai pakaian ala yahudi yang mendedahkan aurat. Jangan berhibur melampaui batas melanggar prinsip agama. Jangan hanya tahu makan dan minum sehingga tunggu masuk Ramadan tahun hadapan….dan jangan…dan jangan….

Mudah-mudahan ALlah memberi tawfiq dan inayah kepada kita. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s