Hukum bekerja di bank konvensional sebagai penyelia mesin ATM?

Isu bekerja di bank konvesional atau bank riba ini, saya boleh bahagikan kepada dua pendapat :

Pertama, pendapat yang mengharamkan secara mutlak. Bahkan mereka mengharamkan kerja di bank riba sama ada sebagai pengawal atau pemandu kereta. Hujahnya ialah kerana bila seseorang sudah bekerja di situ maka seolah-olahnya ia reda dengan riba tersebut. Reda dengan sesuatu perkara haram akan menjadikannya berdosa.
Rujuk : http://www.islamqa.com/ar/ref/21113

Pendapat kedua, menjelaskan bahawa isu ini perlu diperincikan :
Sekiranya, kerja di bank ribawi tidak melibatkan secara lansung aktiviti riba dan tidak membantu secara langsung kepada aktiviti tersebut maka ianya harus dan tidak mengapa.
Manakala, sekiranya kerja di bank ribawi tersebut secara langsung terlibat dengan aktiviti riba dan membantu aktiviti tersebut, maka ia haram. Firman Allah Taala (al-Maidah 2) :
وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثم وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Namun, awas! menguzurkan diri dengan menyatakan terpaksa bekerja di situ bagi tujuan mengumpul harta untuk berpindah kepada kerja lain yang harus, adalah satu helah yang tidak dibolehkan.
Rujuk : http://www.aliftaa.jo/index.php/ar/fatwa/show/id/467
Wallahualam.

4 responses to “Hukum bekerja di bank konvensional sebagai penyelia mesin ATM?

  1. saya bekerja dia salah sebuah bank islam dan akan berpindah ke bank kon vensional.sebabnya adalah kerana tidak sependapat dengan orang atas (management) dan dengan keadaan di tempat kerja sekarang (security).apakah pandangan anda ? saya hingga hari ini masih tertanya2 dengan keputusan saya ini.Ishtikarah dah buat tapi tak sure samada tanda2 yang ditunjuk kan itu, adalah untuk keputusan yg betul

    • Pada pandangan saya, berbeza pandangan tidak boleh menjadi sebab keharusan berpindah dari bank islam ke konvensional. Ini kerana perbezaan pendapat adalah lumrah dalam kehidupan. Justeru, nasihat saya, teruslah kekal bersama perbankan Islam

  2. pengalaman bekerja dalam industri perbankan islam suatu ketika dulu dan meninggalkan kerja tersebut adalah amat merugikan dalam usaha mencari rezeki yang halal dan berkat.Bersabar dalam menjalani kehidupan sebagai pekerja yang amanah terhadap tanggungjawab yang diamanahkan,pemikiran dan sikap individu perlu berubah mengikut situasi dan bukan sebaliknya.Ini betul-betul mencabar kewibawaan seorang pekerja Islam dalam industri perbankan Islam.Kalau nak ikut kesesuaian baiklah kita bekerja sendiri jadi kuli dan tokeh.

  3. Saya pernah berkhidmat selama 10 thn di bank konvensional. Saya mengambil keputusan berhenti dah berkerja di syarikat lain ( bukan bank ).
    Saya rasa macam ada keajaiban,,,di mana, fikiran saya lebih tenang berkerja di tempat baru. Sedangkan masa di bank, fikiran saya sentiasa berserabut walaupon ada duit. Wallahualam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s