Nasihat pulang ke kampung dan bermusafir

Sempena musim perayaan ini, pasti ramai bersedia untuk bermusafir pulang ke kampung. Suka saya kongsi bersama semua para pembaca bagaimana petunjuk Nabi s.a.w. apabila baginda ingin bermusafir, baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali dan membaca doa berikut [Rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim] :

سُبْحَانَ الذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya (jika tidak dengan pertolongan dan izinMu)

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعَثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ،

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya kami memohon dariMu segala kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan kami ini, dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai. Wahai Tuhanku, permudahkanlah perjalananku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut. Wahai Tuhanku, Engkaulah peneman dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan dalam hal keluarga kami. Wahai Tuhanku, aku mohon perlindunganMu dari kesusahan dalam perjalanan ini, dan pandangan yang buruk serta kesudahan yang buruk pada harta dan keluarga”.

Dan apabila baginda pulang dari permusafiran, baginda juga membaca doa di atas dan menambah lagi zikir berikut :

َ آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُون

Maksudnya : “Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari Mu, akur sebagai hambaMu dan kepadaMu sahaja kamu ucap syukur dan puji”.

Doa ini wajar diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim. Cuba perhatikan baik-baik maksud dan makna doa ini. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dalam permusafiran ini. Amin ya Rabb…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s