Pilihlah, diri anda golongan mana?

Alhamdulillah, hari ini telah masuk hari kedua Ramadan, sudah lama saya tidak cuba menggagahkan jari untuk mengisi blog ini. tiba bulan Ramadan, mari lah sama-sama bermuhasabah sejauh mana kita dengan Ramadan. Adakah kita gembira menunggu Ramadan atau kita merasa benci?

Sesungguhnya, manusia dalam menghadapi dan menyambut bulan Ramadan, mereka terbahagi kepada dua golongan :

Golongan pertama : Mereka yang gembira dengan kedatangan bulan ini, mereka sangat menungguh-nuggu ketibaannya dan senantiasa berdoa dipanjangkan umur untuk mendapat kelebihan Ramada. Ini kerana mereka telah melatih diri dari dengan berpuasa sebelum datangnya Ramadan. Sebelum ramadan mereka telah berpuasa sunat pada hari Isnin, Khamis dan hari-hari bulan penuh termasuk puasa-puasa sunat lain. Beginilah cara hidup para al-salafussoleh.

Diriwayatkan tentang cerita yang sangat menarik, Ada seorang ulama soleh, yang telah mengjual hambanya kepada seorang saudagar. Manakala tiba bulan Ramadan, hamba yang dijual tadi melihat tuannya yang baru bersiap sedia menyambut Ramadan dengan pelbagai aneka makanan dan minuman. Lantas ia bertanya : “Mengapa kamu berbuat begitu?”. Tuannya menjawab, untuk menyambut Ramadan. Lalu hamba tersebut berkata : “Adakah kamu tidak berpuasa melainkan di dalam bulan Ramadan?. Demi Allah, sesungguhnya aku telah datang dari golongan yang mana setahun bagi sisi mereka seolah-olah semuanya Ramadan, aku tidak memerlukan kepada kamu, kembalikan aku kepada tuanku yang asal”. Lalu ia kembali kepada tuannya yang asal.

Ini adalah golongan pertama, iaitu golongan yang gembira dan bahagia dengan kedatangan Ramadan.

Manakala golongan kedua pula : ialah mereka yang merasa berat dengan kedatangan bulan Ramadan. Seolah-olah tuan rumah yang akan dikunjungi tetamu yang tidak diundang dan dibenci. Apabila masuk bulan Ramadan, mereka membilang hari, menunggu-nunggu berakhirnya bulan Ramadan.

Puncanya ialah kerana mereka terlalu keterlaluan dalam menikmati kelazatan dunia dan hawa nafsu.Mereka juga leka dan mengabaikan kerja-kerja taat hatta ada di kalangan mereka yang cuai dalam hokum hakam fardu yang ditetapkan Allah.

Kadang-kadang ada di kalangan mereka di dalam bulan Ramadan, muncul di masjid dan surau-surau tiap-tiap, namun dalam hati mereka, sangat berat bagi mereka melalui hari-hari bulan Ramadan.

Justeru, tanggungjawab kita kali ini, marilah sama-sama kita menilai diri kita, adakah kita termasuk dalam golongan pertama? Atau adakah kita termasuk dalam golongan kedua.

Maka untuk itu, kita perlu bermuhasabah. Kita perlu memperbetulkan niat kita, mengikhlaskan diri untuk melaksanakan tuntutan ibadat-ibadat yang disyariatkan dalam bulan Ramadan. Marilah kita menjadi golongan pertama, golongan yang gembira dan bahagia dengan kedatangan Ramadan, bulan yang penuh berkat, bulan Al-Qur’an, bulan keampunan, bulan kasih sayang, bulan doa, bulan taubat, bulan kesabaran, dan bulan pembebasan dari api neraka. Bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh segenap kaum muslimin.

Sabda Rasulullah Saw. ketika beliau memberi khabar para sahabatnya dengan kedatangan bulan Ramadhan:
إذا كان أول ليلة من شهر رمضان صفدت الشياطين ومردة الجن وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب وينادي مناد يا باغي الخير أقبل ويا باغي الشر أقصر ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة
“Ketika datang malam pertama dari bulan Ramadhan seluruh syaitan dibelenggu, dan seluruh jin diikat. Semua pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang terbuka. Semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup dan ada penyeru yang bersuara : Wahai pencari kebaikan, majulah dan wahai orang yang mencari kejahatan, berhentilah, sesungguhnya bagi Allah adanya orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Demikian itu berlaki setiap malam.” (Riwayat Tirmizi)

Bagaimana seorang mukmin tidak bergembira dengan dibukanya pintu syurga? Bagaimana seorang mukmin tidak bergembira dengan ditutupnya pintu neraka? Bagaimana orang yang berakal tidak bergembira dengan masa dimana syaitan-syaitan dibelenggu?” Hendaklah kita juga mencontoh para salaf dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar disampaikan ke bulan Ramadhan yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan fadilat.
Sama-sama bermuhasabah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s