Tiga isi ucapan al-Qaradawi

Pagi tadi saya sempat menonton siaran langsung Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan Fadilatu al-Sheikh Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi selepas beliau dikurniakan anugerah tokoh Maal Hijrah daripada Malaysia. Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan 3 perkara utama ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita , wajar diambil perhatian:

Perkara pertama ialah Al-Qur’an yang merupakan mukjizat yang berkekalan sepanjang zaman. Kitab suci yang mengandungi hokum hakam dan menjadi pegangan hidup kita sebagai umat Islam. Kitab yang dijaga dan dipelihara oleh Allah taala daripada diseleweng. Umat Islam wajib berpegang dgn al-Quran dan menjadikannya kitab hidayat. Beramal dengan hukumnya dan berakhlak dengan akhlak al-Quran.

Perkara kedua ialah risalah Islam yang di bawa oleh Nabi s.a.w. merupakan risalah yang membawa rahmat kepada sekalian Alam.Firman Allah Taala :
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Maksudnya : Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada sekelian alam.
Rahmat yang berkekalan sepanjang zaman, sepatutnya dihargai oleh umat Islam. Kerana itu segala hukum hakam Islam tidak memberatkan dan membebankan manusia
.

Perkara ketiga ialah ummah ini sendiri, yang merupakan umah terbaik sekiranya berpegang teguh dengan apa yang ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat. Umat yang terbaik yang sentiasa dibantu dan ditolong oleh Allah Taala yang disifatkan sebagai “ummah mansurah”.
Inilah ketiga-tiga perkara utama yang disentuh oleh beliau dalam ucapan ringkas pagi tadi. Justeru, marilah sama-sama kita memahami dan menghayat peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung di dunia dan akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s