Apa dia haji shubrumah?

“Fi shubrumah? (ada upah haji?)” tanya rakan sekelas saya berbangsa Afrika satu ketika dulu. Al-Maklumlah student dari Malaysia tika itu terkenal dengan ada badal atau upah haji yang nilainya tinggi. Shubrumah ialah nama orang yang diambil dari kisah pada zaman Nabi s.a.w. Nabi pernah mendengar seorang lelaki berkata : “Labbaika an Shubrumah” (berniat haji untuk shubrumah) Lantas Nabi bertanya : Siapakah shubrumah? Jawabnya : Saudaraku atau kerabatku. Kemudian Nabi bertanya : “Apakah engkau pernah menunaikan haji untukmu? Jawabnya : Tidak. Lalu Nabi menjawab :
حج عن نفسك، ثم حج عن شبرمة
Ertinya : Tunaikan haji untuk dirimu dahulu kemudian baru buat haji untuk shubrumah.

Inilah hadis yang menjadi asas kepada penamaan shubrumah untuk maksud badal atau upah haji.

Menunaikan haji untuk orang lain?
Apakah kita boleh mengambil upah atau tidak untuk melakukan haji bagi orang lain?. Isu menunaikan haji untuk orang lain ada beberapa bentuk dan kategori. Menurut Dr Salih Khalid al-Muwaini’, masalah menunaikan haji untuk orang lain empat beberapa kategori :

Pertama : Menunaikan haji untuk orang yang mampu.
Ibn Munzir berkata :
أجمع أهل العلم على أن من عليه حجة الإسلام وهو قادر على أن يحج لا يجزئ عنه أن يحج غيره عنه. أهـ
“Ijmak ulama bahawa barangsiapa yang wajib ke atasnya haji Islam sedangkan ia masih mampu untuk mengerjakannya, maka tidak memadai orang lain menunaikan haji untuknya”.
Namun sekiranya haji tersebut ialah haji sunat sedangkan ia masih mampu pergi sendiri, majoriti fuqaha’ mengatakan tidak harus bagi orang lain membuatkan haji sunat untuknya. Mazhab Hanafi dan Hanbali dalam satu riwayat mengharuskan.

Kedua : Menunaikan haji untuk orang tersangat tua dan juga untuk orang sakit yang tiada harapan sembuh.
Majoriti fuqaha berkata sesiapa yang pada awalnya mampu mengerjakan haji namun kemudian ditimpa sakit atau sudah terlalu tua, maka wajib ke atasnya meminta digantikan dengan orang lain.
Mazhab Maliki berpendapat, tiada seseorang boleh menunaikan haji untuk orang lain melainkan untuk orang yang sudah mati sahaja, iaitu dalam kes haji Islam (haji wajib).
Pendapat lebih kuat ialah pendapat jumhur atau majoriti kerana berdasarkan hadis dalam sahihain bahawa seorang wanita dari Khath’am datang berjumpa Nabi dan bertanya :
يا رسول الله إن فريضة الله على عباده أدركت أبي شيخاً كبيراً لا يثبت على الراحلة، أفأحج عنه
Ertinya : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kewajibpan haji ke atas hamba-hambanya terkena kepada bapaku yang tersangat tua dan tidak mampu menaiki kenderaan, apakah boleh aku menunaikan haji sebagai gantinya?” Sabda Nabi s.a.w. : Ya, dan demikian itu berlaku pada peristiwa haji perpisahan (hajjatul wida’)

Ketiga : Menunaikan haji untuk orang sakit yan ada harapan sembuh.
Kes ketiga ini mengikut pendapat lebih kuat, tidak disyariatkan untuk menggantikannya dengan orang lain bagi menunaikan haji wajib. Jika ada orang buat juga, maka ia tidak memadai.

Keempat : Menunaikan haji untuk orang yang sudah mati dan ia masih belum menunaikan haji ketika hidup.
Sekiranya ketika hidup dia seorang yang mampu pergi ke haji namun ia tidak pergi, para ulama berkata wajib ke atas warisnya mengeluarkan harta pusaka untuk diberikan kepada sesiapa yang boleh menunaikan haji untuknya. Sama ada ia tidak sempat menunaikan haji kerana cuai atau tanpa cuai, juga sama ada ia telah mewasiatkan atau tidak. Ini berdasarkan hadis al-Bukhari bahawa seorang wanita dari Juhainah datang bertemu dengan Nabi dan berkata : “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk pergi haji namun ia tidak sempat pergi sehingga meninggal dunia, apakah boleh aku menunaikan untuknya?
Jawab Nabi, Ya, pergilah haji untuknya, apakah pandanganmu sekiranya atas ibumu ada hutang, adakah kamu akan membayar hutang tersebut?
Tunaikanlah hutang Allah, maka Allah lebih berhak untuk kamu sempurnakan.
Begitu juga jika si mati ialah orang yang fakir dan memang ketika hidup ia tidak mampu pergi haji dan mati dalam keadaan begitu, disyariatkan juga waris menunaikan haji untuknya namun ia tidak menjadi kewajipan ke atas para waris.

Fatwa berkenaan upah haji

Fatwa al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth wa al-ifta’ Kerajaan Arab Saudi

1. Fatwa no 1823 :
Soalan : Apabila seseorang lelaki memberi kepada yang lain satu kadar duit supaya ia menunaikan haji untuk si mati. Kemudian, ia pergi menunaikan haji, namun duit tersebut kurang atau menjadi lebih, apakah hukumnya? Saya juga ingin bertanya tentang pahala jika ia melakukan terbaik untuk si fulan?

Jawapan : Orang islam terikat di atas syaratnya/janjinya (المسلمون على شروطهم). Sekiranya ada persyaratan antara si pengupah dan yang mengambil upah bahawa orang yang mengambil upah mesti memulangkan semula duit yang lebih (dalam kes lebih) atau si pengupah mesti membayar semula duit yang kurang (dalam kes kurang), maka setiap pihak mesti tunaikan komitmennya. Manakala kalaulah tiada syarat antara keduanya, harus bagi orang itu mengambil wang lebih atau menyempurnakan duit yang kurang. Adapun berkenaan pahala, maka ia akan dapat pahala insya Allah sekiranya ia mengambil harta (duit/upah) dengan niat yang baik dan melaksanakan kewajipan.

2. Fatwa no 5228
Soalan : Suami saya meninggal dunia, dan saya ingin mewakilkan seseorang menunaikan haji untuknya tahun ini. Adakah harus bagi orang yang menunaikan haji untuknya mengambil upah dengan sebab kepenatannya tidak termasuk duit untuk pengangkutan, makan minum atau pun tidak boleh ia ambil?

Jawapan : Harus bagi orang yang diwakilkan buat haji untuk orang lain mengambil duit upah melaksanakan haji tersebut. Sekalipun ia lebih banyak daripada perbelanjaan pengangkutan dan makan minum serta sebagainya daripada keperluan menunaikan haji. Disyariatkan baginya berniat untuk kebaikan dan menunaikan apa yang dipermudahkan Allah untuknya beribadat di tanah haram yang mulia. Dan janganlah ia hanya berniat untuk mendapat upah semata-mata.

Berdasarkan kepada ini, dinasihatkan kepada mereka yang mengambil upah haji, janganlah menjadikan niat utama dalam hal ini semata-mata untuk mendapatkan duit. Tidak harus bagi seseorang melakukan amalan akhirat semata-mata untuk mendapat habuan dunia. Firman Allah Taala :
من كان يريد الحياة الدنيا وزينتها نُوفِّ إليهم أعمالهم فيها وهم فيها لا يبخسون أولئك الذين ليس لهم في الآخرة إلا النار وحبط ما صنعوا فيها وباطل ما كانوا يعملون .
Oleh itu, seseorang itu mesti berhati-hati dan berwaspada di mana ia tidak boleh menjadikan niat asasi ialah mendapatkan duit. Dibimbangi amalannya tidak diterima Allah Taala.
Marilah kita doakan semoga haji kita diterima ALlah Taala…..menjadi haji mabrur..Ameen
haji mabrur

6 responses to “Apa dia haji shubrumah?

  1. Sebenarnya agensi umrah dan haji dari Malaysia telah melakukan salah besar apabila menawar harga semurah RM1400 untuk badal haji. Mereka yang tinggal di Mekah pun tak sanggup dengan harga tu..tasrih haji dan belanja sepanjang haji manalah cukup dengan harga tu..Siapa sebenarnya yang menerima duit tu untuk haji badal..Badal haji dari Patani pun 5-6K..dari negara-negara lain pun serupa.

    • Wallahualaum, setakat yang ana tahu, kalau 6 tahun lepas 1400 untuk warga Mekah sudah memadai dan lebih dari mencukupi…biasanya pelajar dari Madinah akan ambil sekitar 2500 hingga 3000..Sekarang ana tak tahu rate biasa…tapi apa yang penting ia mencukupi untuk ibadat tersebut. Wallahualam

  2. Syukran ustaz atas perkongsian tentang badal haji..
    Erm.. boleh ke bagi seseorang pembuat haji tu untuk menunaikan bagi dua atau tiga orang sekaligus, ataupun bagi seseorang penganti haji itu hanya untuk seorang sahaja..
    Barakallah fik..

    • sama-sama..
      dia boleh tunaikan haji untuk seorang bagi satu ibadat haji,,tahun hadapan dia boleh buat untuk orang lain pula..
      maknanya dalam setahun, dia hanya boleh buat untuk seorang sahaja
      Wallahualam

  3. Salam ya ali baba.. ari ni ana ada terbaca dalam paper upah haji sebelum ni RM2500 .. Namun kerajaan Malaysia akan pertimbangkan harga tersebut bertepatan dengan pembaharuan dan kemodenan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi..
    wallahualam.. Sedakar perkongsian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s