Majlis Fatwa Eropah tentang tawarruq

Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang diketuai Dr. Yusof al-Qaradawi, baru-baru ini membincangkan topik tawarruq yang diamalkan di institusi kewangan Islam hari ini. Beberapa Majmak Fiqhiyyah telah mengeluarkan banyak resolusi penting tentang isu tawarruq. Terbaru, resolusi Majmak al-Fiqh al-Islami Antarabangsa yang bernaung di bawah OIC dalam persidangan ke 19 di Sharjah (Emirates) bermula 1 hingga 5 Jamadil Awal 1430H, bersamaan 26-30 April 2009 telah menjadikan asas persepakatan (tawatu’) atau penyusunan (tartib) dalam transaksi yang dijalankan sebagai kata putus untuk mendefinisikan maksud tawarruq munazzam, sama ada persepakatan tersebut berlaku secara dimniyy (dalaman) atau soreh (jelas) ataupun telah menjadi urf dan adat yang diketahui umum. Majmak turut menganggap bahawa kewujudan persepakatan inilah yang menjadikan transaksi ini semata-mata riba.

Demikian juga resolusi al-Majmak al-Fiqh al-Islami yang bernaung di bawah Rabitah al-Alam al-Islami berkenaan isu ini turut menegaskan kepentingan perlu menjadikan barangan (objek jual beli) dalam transaksi ini sebagai matlamat utama supaya ia jauh daripada riba.

Majlis Fatwa memutuskan agar diambil kira kesemua resolusi berkenaan dan menyeru semua Lembaga Pengawasan Syariah di institusi kewangan Islam Eropah dan luar eropah agar beramal dengan resolusi ini. Ini kerana betapa pentingnya mewujudkan satu gambaran yang sahih dalam perlaksanaan kewangan Islam terutamanya dalam masa kini yang mana kekuatan kewangan di Negara Eropah menghala ke arah kewangan Islam dan mereka cuba memahami matlamat serta kemungkinan pengaplikasiannya di Negara-negara Eropah.

Sumber :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7053&version=1&template_id=238&parent_id=237

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s