Selsema H1N1 ke B4B1?

Kuarantinkan mereka yang kena selsema babi ?

Nak kata apa? H1N1 ke B4B1? Hehehe..itulah gurauan rakan-rakan kami. Maksud B4B1 itu BABI…sebabnya punca virus H1N1 ialah babi. Kalau tak silap, sempat saya tengok Buletin tengahari tadi, pemberita tv3 dah mula sebut selsema babi. Mungkin dah akur dengan kebenaran punca wabak tahap pandemik itu ialah babi. Sebenarnya saya tak berminat nak ulas soal nama tu…sama ada selsema babi atau H1N1. Namun bagi saya, mudah nak sebut selsema babi. Lagipun ini secara tidak langsung mengurangkan dan merugikan kerja-kerja berkaitan babi. Betul tak?

Berikutan itu penularan berleluasa di negara hari ini, Kerajaan telah mengambil tindakan mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1). Sehingga hari artikel ini ditulis, bilangan sekolah yang ditutup mencapai tahap empat buah sekolah manakala tiga lagi sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelas masing-masing.

Sebenarnya, Islam menggariskan langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam negara kita antara langkah pencegahan yang diputuskan oleh Kerajaan juga ialah mengarahkan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan berada di rumah dan mengelak bergaul dengan orang awam sepanjang tempoh kuarantin. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan menghadiri kelas tuisyen, melawat tempat awam, menghadiri majlis keramaian serta mesti mengurangkan pergaulan dengan anggota keluarga yang lain.

Maqasid syariah dan kuarantin

Berdasarkan maqasid al-shariah, langkah kuarantin kesihatan ini bertepatan dengan maqasid syariah iaitu maqasid hifz al-nafs iaitu matlamat memelihara nyawa dan jiwa raga dalam Islam. Tidak cukup sekadar itu, atas dasar kesihatan umum, pihak kerajaan berhak menghalang mana-mana individu daripada memasuki negara-negara yang berisiko tinggi dilanda wabak tersebut. Bahkan pemerintah berhak menghalang warganera negara terbabit daripada memasuki negara ini sama ada ia telah dijangkiti wabak tersebut ataupun tidak.

Beberapa hadis memperjelaskan prinsip kuarantin dakam Islam seperti kisah Umar al-Khattab ketika berlaku penularan wabak taun.

Al-Bukhari dan Muslim merekodkan kisah tersebut ketika mana Umar al-Khattab keluar ke negeri Syam. Tatkala beliau sampai ke tempat yang hampir dengan Syam iaitu Sargh (berhampiran dengan Yarmouk, Umar bertemu dengan beberapa orang pemimpin tentera. Mereka ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan sahabat-sahabatnya. Lantas mereka memberitahu Umar al-Khattab tentang wabak berkenaan yang melanda negeri Syam.

Kemudian Umar telah berkata : “Panggillah untukku orang-orang muhajirin terawal”. Kemudian Umar meminta nasihat daripada mereka dan menceritakan kepada mereka tentang wabak yang menular di Syam. Orang-orang muhajirin itu berselisih pendapat. Setengah mereka berkata kepada Umar : “Engkau telah keluar kerana sesuatu urusan, maka kami berpandangan tidak perlu lagi kamu berpatah balik”. Manakala sebahagian yang lain pula berkata : “Bersama-samamu masih ada sebahagian manusia iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Kami berpendapat kamu tidak patut masuk ke dalam wabak ini”. Umar al-Khattab menjawab : “Tinggalkan aku”.

Kemudian beliau memanggil golongan Ansar untuk meminta nasihat dan pandangan. Apa yang berlaku sama sepertimana orang-orang Muhajirin. Mereka berselisih pendapat jua.

Akhirnya, Umar berkata lagi : “Panggilkan untukku sesiapa dari kalangan orang orang-orang tua Quraisy yang berada di sini yang terdiri dari kalangan ahli Islam zaman fathu Mekah”. Lalu mereka dipanggil mengadap dan dua orang pun tidak berselisih pendapat. Mereka berkata : “Kami berpendapat kamu hendaklah kembali semula kepada orang ramai, dan jangan kamu pergi ke tempat wabak ini”. Selepas itu Umar pun menyeru di hadapan khalayak manusia : “Sesungguhnya aku telah berada di atas belakang tunggangan (bersiap untuk bermusafir keluar dari kawasan itu), maka ikutlah aku”.

Lantaran itu, gabenor Syam ketika itu Abu Ubaidah bertanya kepada Umar : “Adakah engkau mahu lari daripada takdir Allah?”. Umar menjawab : “Alangkah baik kalau orang lain bertanya demikian wahai Aba Ubaidah, Ya kami lari daripada takdir Allah kepada takdir Allah yang lain. Apa pandanganmu, jika kamu mempunyai seekor unta yang singgah ke satu lembah yang mempunyai dua tebing, salah satunya subur dan tebing yang lain kering kontang. Tidakkah jika engkau memeliharanya di kawasan subur, maka sesungguhnya engkau memeliharanya dengan takdir Allah dan sebaliknya jika engkau memeliharanya di kawasan kering, sesungguhnya engkau memeliharanya dengan takdir Allah?.

Kemudian, datang pula Abdul Rahman bin Auf yang mana sebelum ini ia tidak ada di situ ketika perbincangan tersebut kerana ada hal lain. Lantas beliau terus berkata : ‘Sesungguhnya aku mempunyai ilmu tentang hal ini, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila kamu mendengar tentang wabak ini di sesebuah negeri, maka janganlah kamu masuk ke dalamnya. Dan apabila ia melanda sesebuah negeri sedangkan kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar kerana melarikan diri daripadanya”. Kemudian Umar al-Khattab mengucapkan pujian kepada Allah Taala dan beredar daripada tempat itu…….

InsyaAllah…artikel ini akan saya kupas dengan lebih panjang dan para pelayar blog ini boleh membacanya dalam Majalah SOLUSI terbitan Telaga Biru….
Wallahualam..

2 responses to “Selsema H1N1 ke B4B1?

  1. Salam ziarah. Blog yang menarik.

    View Profile: Rantong™

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s