رحم الله أخانا الأستاذ وان محمد سليمي

اللهم اغفر لأخينا وان محمد وان سليمي بن وان سولوغ وارحمه رحمة واسعة……
Ucapan yang mampu saya hadiahkan buat sahabat karibku, Ustaz Wan Mohd Salimi Wan Sulong yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada petang semalam 8 Jun 2009.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Pemergian beliau dalam usia yang cukup muda, 30 tahun merupakan satu kehilangan besar buat kami.

Seorang yang dikenali dengan kepetahan berpidato ibarat Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Ketika kami menuntut bersama-sama di bumi SMAASZA, masih lagi saya teringat kalam-kalam kuliah subuh beliau yang disampaikan di surau Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Batu Buruk. Kuliah surah al-Kahfi yang disampaikan pada setiap pagi sabtu dalam usia yang muda menunjukkan kematangan dan keilmuan beliau. Saya merasa sedih atas pemergian beliau, masih juga segar dalam ingatan saat-saaat menuntut ilmu bersama, kerana beliau merupakan rakan “semotor” dengan saya menimba ilmu ketika itu di sekitar Terengganu. Banyak suka duka di kongsi bersama…
Saya amat berbangga mempunyai seorang sahabat seperti beliau. Ketika masa remaja sudah boleh menyampaikan kuliah di surau-surau dan masjid. Pernah menyampaikan kuliah di Surau ayahandaku Surau Haji Nik Abdul Ghani Kg Seberang Baroh.
Kembalinya beliau ke rahmatullah diibaratkan hilangnya satu permata bagi kami terutamanya bagi bumi Terengganu. Kami doakan kesejahteraan dan keampunan buat beliau. Mudah-mudahan Allah Taala menempatkan beliau di kalangan orang-orang soleh…..ALLAHUMMAGHFIR LAHU…

11 responses to “رحم الله أخانا الأستاذ وان محمد سليمي

  1. suatu kehilangan yang cukup besar bagi kita antara sahabt2 kenangan bersama beliau masih lagi mengimbau kenangan mesra.cukup banyak kenangan ana bersama beliau ketika dikaherah ketika sama digree kenangan yang paling tak dapat di lupakan ketika di iskandariah susah senang kami hadapi bersama.ikhlas ana katakan ana tak mampu menahan air mata mengalir ketika menunaikan solat jenazah beliau samapai sekarang kekadang air mata ini mengalir..ya Allah rahmatilah sahabatku ini tempatkanlah disisi mereka yang dikasihimu amiin…..

    • ana juga amat sebak, dan sampai hari ini masih terngiang-ngiang mengingatkan beliau…
      Beliau seorang yang sangat baik dan tidak pernah menyakitkan hati orang…
      Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau…..
      Rahimahullah

  2. takziah buat keluarga abg salimi,Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau…..
    mudah2an abg2 thanawi teruskan perjuangan beliau dlm menyebarkan ilmu
    ALLAHUMMAGHFIR LAHU

  3. Salam..

    Moga semua diberi kekuatan utuk terus bangkit meneruskan perjuangan.

    Siiru ala barakatillah..

  4. salam ziarah, tahniah blog yang banyak manfaat..
    ana nak bantu ustaz didalam mencari sumber rujukan ilmiah..
    kini perpustakaan hanya dihujung jari.. kami sediakan untuk ustaz ..
    ustaz mampu memilikinya.. untuk keterangan lanjut sila lawati blog ana..

  5. MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU

    Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
    Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress. com

  6. Salam perkenalan……terima kasih kerana menyadiakan ruang untuk menambahkan ilmu. Saya akan terus membaca dan cuba memahami tulisan tuan…semoga diberkati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s