Antara jari dan tasbih?

Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.

Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.

Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.

Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.

Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.

Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).

Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.

Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.

9 responses to “Antara jari dan tasbih?

  1. 0oo…baru faham,dulu saya tak berapa suka orang pakai tasbih sebab zaman nabi tak guna,tapi saya tak pula tegur atau menasihati supaya jangan pakai tasbih walaupun seorang..hehe..

    • Hmm jangan pula selepas membaca artikel diatas terus nak tegur orang guna tasbih ye, try wat research dulu. jangan taklid buta tuli…

      Cuba dikaji dahulu apakah Buddha itu satu agama pada awal kelahirannya yang dibawa oleh Sidrautha Gutama…Apa pandangan Ulama ttg sidrautha gutama..Antara Islam, Buddha dan Hindu.. Yang manakah Agama yang mula bertapak dibumi.. Fikir2kanlah..

      Kalau betol tasbih itu bukan tiada pada zaman Sahabat. Bagaimana pula hadis Al-Musalsal bi Munawalah As-Sibhah.

      Al-Musalsal bi Munawalah As-Sibhah

      Faqir ila Rabbihi Al-Jalil, Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi Al-Azhari berkata:

      “Al-Allamah Al-Faqih Al-Muhaddith As-Sheikh As-Sayyid Ibrahim bin As-Sayyid ‘Abdullah Aal Khalifah Al-Hasani As-Syafi’e telah mengkhabarkan kepada kami lalu beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau lalu berkata:

      “Al-Allamah Al-Musnid As-Sheikh Muhammad Yasiin bin Muhammad Isa Al-Fadani Al-Makki telah mengkhabarkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Fadani) lalu berkata:

      “As-Sheikh Muhammad ‘Abid bin Husien Al-Maliki telah mengkhabarkan kepada saya sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Muhammad ‘Abid) lalu berkata:

      “Ayahndaku As-Sheikh Husein bin Ibrahim Al-Azhari Al-Maliki telah mengkhabarkan kepada saya sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Husein) lalu berkata:

      “Sheikhku Uthman bin Hasan Ad-Dimyathi telah mengkhabarkan kepada saya sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Ad-Dimyathi) lalu berkata:

      “As-Sheikh Muhammad Al-Amir Al-Kabir telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Amir Al-Kabir) lalu berkata:

      “As-Sheikh Syihabuddin Ahmad Al-Jauhari Al-Kabir telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Jauhari) lalu berkata:

      “As-Sheikh ‘Abdullah bin Salim Al-Bashri telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Bashri) lalu berkata:

      “As-Sheikh Muhammad bin ‘Ala’uddin Al-Babili telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Babili) lalu berkata:

      “Sheikh Abu An-Naja Salim bin Muhammad As-Sanhuri telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (As-Sanhuri) lalu berkata:

      “As-Sheikh Najmuddin Muhammd bin Ahmad bin ‘Ali Al-Ghaithi telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Ghaithi) lalu berkata:

      “Sheikhul Islam Al-Qodhi Zakaria Al-Anshori telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Anshori) lalu berkata:

      “Amirul Mu’minin fi Al-Hadith Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Hafiz Al-Imam Abu Al-Fadhl Ibn Hajar Al-Asqollani telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Asqollani) lalu berkata:

      “Al-Qodhi As-Sheikh Majduddin Abu Thohir Muhammad bin Ya’qub bin Muhammad Al-Fairuzabadi telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu Thohir) lalu berkata:

      “As-Sheikh Jamaluddin Yusuf bin Muhammad bin Mas’ud As-Surramarri telah mengkhabarkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Yusuf) lalu berkata:

      As-Sheikh Taqiyuddin Abu At-Thana’ Mahmud bin ‘Ali telah mengkhabarkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu At-Thana’) lalu berkata:

      “As-Sheikh Majduddin ‘Abdul Shomad bin Abi Al-Jaish Al-Muqri’ telah mengkhabarkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Al-Muqri’) lalu berkata:

      “Ayahndaku As-Sheikh Abu Al-Jaish telah mengkhabarkan kepadaku sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu Al-Jaish) lalu berkata:

      “As-Sheikh Abu Al-Fadhl Muhammad bin Nasiruddin telah meriwayatkan kepadaku sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu Al-Fadhl) lalu berkata:

      “As-Sheikh Abu Muhammad ‘Abdullah bin Ahmad As-Samarqandi telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (As-Samarqandi) lalu berkata:

      “As-Sheikh Abu Bakr Muhammad bin ‘Ali As-Salami Al-Haddad telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (As-Salami) lalu berkata:

      “As-Sheikh Abu An-Nasr ‘Abdul Wahhab bin ‘Abdullah bin ‘Umar telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu An-Nasr) lalu berkata:

      “As-Sheikh Abu Al-Hasan ‘Ali bin Al-Hasan bin Al-Qasim As-Sufi telah meriwayatkan kepada kami sambil beliau menyerahkan kepada saya sibhahnya yang mana saya melihat sibhah tersebut di tangannya. Beliau (Abu Al-Hasan) lalu berkata:

      “Aku telah mendengar Abu Al-Hasan Al-Maliki (meriwayatkannya) dan aku melihat di di tangannya ada sibhah. Lalu aku bertanya kepadanya: “Wahai Ustazku, Engkau sampai tahap sekarang inipun masih dengan sibhah?” Maka beliau (Al-Maliki) berkata:

      “Begitu juga aku melihat guruku Al-Imam Al-Junaid bin Muhammad Al-Baghdadi r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya: “Wahai Ustazku, Engkau sampai tahap sekarang inipun masih dengan sibhah?” Maka beliau (Al-Junaid) berkata:

      “Begitu juga aku melihat guruku Al-Imam As-Sirri As-Saqathi r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya: “Wahai Ustazku, Engkau sampai tahap sekarang inipun masih dengan sibhah?” Maka beliau (As-Saqathi) berkata:

      “Begitu juga aku melihat guruku Al-Imam Abu Mahfuz Ma’ruf bin Fairuz Al-Karkhi r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya soalan yang kamu tanya kepada saya tersebut lalu beliau (Al-Karkhi) berkata:

      “Begitu juga aku melihat guruku Al-Imam Basyr bin Al-Harith Al-Hafi r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya soalan yang kamu tanya kepada saya tersebut lalu beliau (Al-Hafi) berkata:

      “Aku melihat guruku Al-Imam Umar Al-Makki Al-Harithi r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya soalan yang kamu tanya kepada saya tersebut lalu beliau (Al-Harithi) berkata:

      “Aku melihat guruku Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri r.a. yang mana di di tangannya ada sibhah lalu aku bertanya kepadanya:

      “Wahai guruku. Dengan keagungan kedudukanmu dan baiknya ibadahmu, namun sehingga kini kamu masih lagi menggunakan sibhah?”

      Lalu Imam Al-Hasan Al-Bashri r.a. (seorang tabi’in yang hidup di zaman para sahabat r.a.) berkata:

      “Sesungguhnya benda inilah (sibhah atau biji tasbih) yang kami gunakan pada awal tarbiah kami, maka kami tidak akan meninggalkannya pada penghujungnya (iaitu setelah selesai tarbiah sekalipun). Sesungguhnya aku suka untuk berzikir dan mengingati Allah dengan hatiku, lisanku dan tanganku.”

      Imam Al-Qadhi ‘Iyadh meriwayatkannya dalam masyikhatnya dan Imam Al-Qadhi Abu Bakr bin Al-‘Arabi meriwayatkannya dalam kitab Al-Musalsalat.

      Imam Abu at-Thayyib berkata: Abu Al-Abbas Al-Radddi berkata: “Ini jelas menunjukkan bahawasanya sibhah (penggunaan biji tasbih) ada di zaman sahabat kerana permulaan Imam Al-Hasan Al-Bashri adalah pada zaman para sahabat r.a.. Ini kerana beliau lahir pada tahun dua tahun terakhir khilafah Saidina ‘Umar, kemudian pernah melihat Saidina Uthman r.a., Saidina ‘Ali r.a., Saidina Tolhah r.a… Beliau juga meriwayatkan daripada ramai sahabat r.a..”

      Perkataan (Khabar) Musalsal Bi Munawalah As-Sibhah ini diriwayatkan dalam kitab Ittihaf Al-Ikhwan (no 13), Al-Imdad (no 158), Hasr As-Syarid (no 1208), Ad-Dalil Al-Musyir (no 22), Sadd Al-Arib (m/s 186), Al-Fawa’id Al-Jalilah (no 14), Al-Maslak Al-Jali oleh Sheikh Muhammad Ali Al-Maliki (no 13), Al-Manahil Al-Musalsalah (no 9) dan Al-Ayaat Al-Mufasholat oleh Sheikhna Al-Langkati (no 7).

      • Terima kasih di atas segala maklumat, untuk makluman saudara, apa yang ana tulis ini setakat maklumat yang sampai. Dan ini pendapat yang ana cenderungi..Ana tidak hentam sesiapa..Apa pun yang ana hanya jelaskan, yang mana lebih baik? Antara jari atau tasbih?

      • Salam..

        Kaedah beristidlal mestilah menggunakan dalil yang sahih.

        Hadis Musalsal Tasbih ni, Imam Sakhawi dah kumpul jalur-jalur sanadnya. Dan membuat kesimpulan:

        “Riwayat hadis ini madarnya ialah pada Abu al-Hasan al-Sufi, dan beliau telah ditohmah dengan memalsukan hadis.

        Dan riwayat Umar al-Makkiy daripada Hasan Basri pula adalah mu’dholah”.

        jadi hikayat kononnya daripada Hasan Basri ini adalah tidak sahih.

        Wallahu A’lam.

      • Terima kasih atas maklumat Sheikhuna Abu Umair..

  2. Pingback: Antara jari dan tasbih? « Works To Learn

  3. Assalamualaikum . ” Wahai sekalian wanita ” itu dari hadis mana sebenarnya ?

  4. Pada ribut antara jari dan tasbih “sibhah”, masing2 telah punya argumen di sampaikan, bagai anak kecil yang ribut soal2 sepele, kalo yg menghukumi “bid’ah” silahkan pake jari saja gak usah pake tasbih…. “gitu aja kok repot”
    ‘Wadzkurrisma Robbik Fatabattal ilaihi tabdila’ apa makna “Tabattal” di ayat itu. apalah arti pake atau tidak “tasbih” itu bila saat berdzikir hati dan pikirannya tidak ikut serta hadir alias menerawang tak menentu….. “Kaburo maqtan ‘indallohi an taqulu ma la taf’aluun”…….. mari priksa diri
    Wassalam…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s