Buat sikit..Pahala banyak..

Kehebatan ikhlas..
Satu lagi kisah menarik yang amat sesuai dijadikan pedoman dalam hal peri penting ketulusan hati dan keikhlasannya. Kisah seorang lelaki (satu riwayat menyebut seorang wanita pelacur Bani Israel). Tatkala dia bermusafir dalam satu perjalanan jauh sehingga tersangat dahaga, lalu ia terjumpa sebuah perigi. Lantas ia turun ke dalam perigi itu untuk membasahkan tengkuknya. Selepas ia meminum air perigi dengan puasnya, ia pun keluar dari perigi, tiba-tiba ada seekor anjing sedang menjelirkan lidahnya menjilar pasir dek kerana terlalu haus. Lelaki tadi berkata : “Sesungguhnya anjing ini sangat dahaga seperti aku tadi”. Dia terus turun semula ke dalam perigi dan menceduk air dengan khufnya (kasutnya) lalu memanjat semula perigi itu sambil memegang khuf berisi air dengan mulutnya. Lalu anjing tadi meminum air tersebut dan Allah berterima kasih kepadanya dan mengampunkan dosanya. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Inilah dia kehebatan ikhlas, apabila digandingkan dengan semua amalan ikhlas menjadikan amalan tersebut amalan yang ajaib. Dengan sebab ikhlas, Allah memberi pahala berlipat ganda walaupun amalannya sedikit sahaja. Sebaliknya, jika riya’, Allah Taala tidak akan memberi apa-apa ganjaran walaupun beramal dengan amalan yang banyak. Sebab itu, dikatakan, mungkin derma RM 1 lebih baik daripada RM 1000. Puncanya apa? Puncanya ialah ikhlas kepada Allah Taala.

Hari ini selepas mendengar berita berkenaan Pemilihan UMNO di PWTC, mungkin ada yang kecewa dan ada yang gembira. Mereka yang gembira ialah yang memenangi pertandingan dan kegembiraan itu turut dirasai oleh penyokong-penyokong dan pengundi-pengundinya. Sebaliknya, rasa kecewa pasti akan terpalit jua dalam diri orang yang kalah dan pengundi-pengundi mereka. Sekadar ingin menasihati kepada diri sendiri dan semua, dikala inilah perlunya kepada keihklasan kepada Allah Taala. Ikhlas dalam tugasan yang bakal dipikul, ikhlas dalam ideologi yang dibawa, ikhlas dalam beban yang akan ditanggung. Buatlah kerja dengan penuh ikhlas, maka Allah Taaa akan mengiranya di akhirat kelak. Namun, jika kerja yang banyak, tugas yang berat sering disiapkan, tapi tiada keikhlasan, maka padahnya sangat buruk.

Jangan asyik dengan cakap kosong, tapi yang penuh hanya perut. Biarlah perut kosong tapi cakapnya berisi. Setiap manusia sama ada rakyat dan pemimpin perlu menjadikan ikhlas dalam bekerja dan beramal satu prinsip hidup. Ingatlah, tidak rugi kalau ikhlas….hebatnya ikhlas…..Wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s