Percaya kepada petanda buruk!

Innalillahi wainna ilaihi rajiun…..Tengahari semalam saya mendapat berita kematian ahli parlimen Bukit Gantang dari seseorang. Sudah sampai ajal beliau pada tengahari semalam. Sebagaimana yang dimaklumkan, beliau merupakan seorang yang sangat baik hati dan peramah serta disukai oleh ramai orang. Namun Allah Taala maha berkuasa menentukan bahawa ajalnya hanya setakat ini sahaja. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat untuk masyarakat selama ini.

Apa yang ingin dikongsi bersama dalam ruangan ini ialah berkenaan panggilan yang saya dapat semalam. Selepas diberitahu berkenaan kematian YB Roslan Shaharum, pemanggil menceritakan kepada saya bahawa sebelum mendapat berita kematian YB, pemanggil itu telah terlanggar kucing jirannya. Kucing tersebut mati serta merta. Lalu dikatakan ini satu petanda buruk yang berlaku.Tiba-tiba dia mendapat berita kematian YB Roslan. Katanya, seolah-olah melanggar kucing pagi tadi satu petanda buruk memberitahu kematian seseorang atau musibah akan berlaku. Apakah benar kenyataan ini?

Suka saya beritahu di sini, memang masyarakat Melayu suka sebut pasal petanda baik atau buruk. Asal ada je kematian, mereka akan katakan bahawa sebelum kematian sudah ada tanda-tanda pelik. Dalam akhbar pun selalu sebut benda-benda macam ini. Contohnya, kalau ada gagak hitam bertenggek di kawasan rumah kita, ia memberi petanda ada orang akan meninggal dunia di kawasan itu. Ini semua satu kepercayaan orang-orang lama. Apakah ia benar atau boleh? Dalam Islam perkara ini dilarang sama sekali. Tidakkah pelik, macam mana boleh ada hubungan kematian seseorang dengan kematian haiwan lain, atau dengan gagak hitam atau sebagainya?. Kepercayaan karut ini perlu dihindarkan dari masyarakat. Perlu dibuang, perlu dihalang, perlu dibanteras. Sampai bilakah masyarakat Islam mahu terpengaruh dengan majal, sial atau khufaraf sebengini. Sabda Nabi s.a.w. :
لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ
Maksudnya : “Tiada jangkitan, sial burung, sial burung hantu, dan sial bulan safar”.

Larangan Nabi dalam hadis ini bertepatan dengan situasi ketika itu. Masyarakat jahiliah mempunyai kepercayaan karut marut yang banyak. Antaranya mereka mendakwa penyakit-penyankit boleh berjangkit tanpa sebab perbuataan Allah Taala. Bermakna seolah-olah mereka menafikan takdir Allah Taala.
Begitu juga dalam masalah sial burung hantu, yang mana mereka mempercayai bila ada burung hantu jatuh di mana-mana rumah, maka akan berlaku kematian disitu. [Sharh Sahih Muslim li al-Nawawi, (7/372)]. Mereka juga mendakwa, apabila tiba bulan safar, berlaku perkara tak baik atau tak elok seeprti akan ada satu penyakit dalam perut yang berbahaya. [Awn al-Ma’bud (8/439)]

Semua ini menunjukkan kaitan antara kematian seseorang dengan sesuatu peristiwa alam lain adalah kepercayaan karut dan ia merupakan khurafat jahiliah dahulu kala.

Sebab itu juga, Nabi s.a.w. dalam peristiwa kematian putera baginda, Ibrahim pernah bersabda :
الشمس والقمر لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته ولكنهما آيتان من آيات الله فإذا رأيتموهما فصلوا
Maksudnya : “Matahari dan bulan tidak gerhana kerana sebab kematian seseorang atau hidupnya ia, akan tetapi ia adalah tanda-tanda kebesaran Allah Taala, maka jika kamu melihatnya solatlah”. [RUJUK : al-Bukhari, 1008, (1/359), Sharh Sahih Muslim (3/308)].

Justeru, marilah sama-sama kita bermuhasabah kembali, meniali semula adat kepercayaan lama orang Melayu dahulu, apa yang perlu dibuang dan apa yang boleh dikekalkan. Mudahan kita tidak lagi percaya kepada perkara karut sebegitu. Wallahualam.

5 responses to “Percaya kepada petanda buruk!

  1. assalamualikum ustaz..
    betul tu us..
    masyarakat melayu hingga kini masih berpegang kepada perkara2 khurafat dan karut.terutama sekali bagi pendapat saya adalah kaum wanita.saya juga pernah menerima panggilan telefon daripada rakan saya yang melangsungkan perkahwinannya,dia memberitahu bahawa barang hantarannya jatuh daripada dulang.lalu dia KHUATIRI AKAN JODOHNYA.
    Ini menunjukkan khurafat masih menjadi pegangan masyarakat kita…maka tugas kita sentiasa membersihkan akidah masyarakat hari ini. Sekian

  2. assalamualaikum ustaz….
    sya nak tanya tentang melanggar kucing..
    apakah tindakan atau langkah2,ataupun doa2 kita setelah kita tidak sengaja melanggar kucing…
    adakah kita perlu berdoa kepada ALLAH supaya dijauhkan dari segala mslh y mna org tua kata petanda buruk.

    • Waalaikumussalam…
      Tersalah melanggar kucing bukanlah satu kesalahan kerana kita tidak sengaja.

      Doa untuk melindungi diri dari segala perkara buruk memang banyak

      Antara doa yang baik ialah doa sebelum bermusafir. Itu doa terbaik

  3. hari2 mimpi buruk,tlg la,pnt da

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s