Israel terroris sebenar

Serangan ganas zionis ke atas Gaza telah masuk minggu kedua. Seperti yang dilaporkan semalam, sabtu 3/1/09 angka kematian umat Islam Palestin mencecah 434 orang. Angka umat Islam yang cedera meningkat seramai 2280 orang. Dalam serangan semalam, seramai 10 orang terkorban. Antaranya ialah 3 orang kanak-kanak yang merupakan satu keluarga. Di tambah lagi dengan kematian 2 orang kanak-kanak lain, seorang lelaki dan seorang wanita. palestin1

Serangan-demi serangan ini menunjukkan keangkuhan dan kesombongan pihak zionis. Tetapi Amerika masih tidak menggelarkan zionis sebagai pengganas. Bahkan lebih teruk berita pagi ini (harian Metro), Bush memberi keizinan seluas-luasnya kepada zionis untuk menakluk Semenanjung Gaza. Ini menunjukkan keakraban antara Amerika dan Israel. Slogan keamanan dan hak asasi manusia yang selama ini dialungkan hanya tempelan sahaja. Mudah-mudahan kita semua berdoa agar bumi Palestin dan umat Islam di sana mendapat perlindungan daripada Allah Taala.

Di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya sokongan padu terhadap rakyat Palestin yang ditunjukkan oleh badan-badan bukan kerajaan. Bermacam resolusi dan memorendum dikeluarkan, begitu juga demonstrasi bagi menunjukkan kemarahan dan belas kasihan umat Islam Malaysia kepada rakyat Palestin. Saya amat tertarik dengan kenyataan PPIM yang meminta semua umat Islam memboikot 3 produk yang ada hubungkait dengan Israel. Masalah pemboikotan produk yahudi ini sudah lama dibincangkan. Apakah boikot ini berhasil atau tidak? (Boleh rujuk web muslimconsumer)

Kebetulan saya mendengar salah seorang orang kuat PPIM ditemubual melalui telefon dalam radio, beliau menceritakan bahawa kuasa kepenggunaan yang ada pada setiap orang mampu melemahkan kuasa ekonomi Yahudi. Sekaligus ini akan memberi kesan kepada mereka. Contoh kuasa biokot yang diberitahu seperti yang pernah berlaku di Thailand, di mana sebuah kilang produk minuman terpaksa ditutup kerana diboikot oleh pengguna. Pendapat saya, kita berilah sumbangan sedaya mampu. Justeru, marilah sama-sama kita memberi sumbangan untuk membantu rakyat Palestin dan menghancurkan rejim zionis dengan apa cara sekalipun. Mudah-mudahan Allah Taala memberi ganjaran atas apa yang diusahakan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s