Hijrah Nabi bulan Rabiulawwal

Bilakah Rasulullah s.a.w sampai di bumi Madinah?

Menurut riwayat yang direkodkan oleh al-Bukhari, Ibn Ishaq, al-Hakim dan lain-lain bahawasanya ketika mana sampai berita kepada kaum ansar tentang keluarnya Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Mekah menuju Madinah, mereka keluar menunggu Rasulullah s.a.w. setiap hari di tanah lapang pada awal siang hari. Tatkala panas mula menjadi bersangatan, mereka pulang ke rumah masing-masing. Kemudian apabila tiba hari Isnin 12hb Rabiulawwal tahun ke 14 daripada kebangkitan Rasulullah s.a.w. (iaitu tahun pertama hijrah) bersamaan dengan 23hb September 622M, mereka keluar menunggu ketibaan Rasulullah seperti biasa. Apabila panas mula menyelubungi, mereka pulang semula. Dalam masa itu, seorang lelaki yahudi naik ke atas salah satu benteng Madinah, lantas ia melihat Rasulullah s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya. Lalu ia segera menjerit dengan sekuatnya : “Wahai sekalian Arab, ini datukmu (Rasulullah) yang kamu nanti-nantikan” (Rujuk al-Fath 15/97-99 hadis no 2906, 15/119 hadis no 3925, Ibn Hisyam 2/156-157, al-Mustadrak 3/11).

Berdasarkan kepada ini, apa yang difahami oleh orang awam 1 Muharram adalah peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. adalah tersasar daripada fakta sebenar. Fakta di atas dkuatkan lagi dengan tarikh permulaan hijrah Rasulullah s.a.w. sendiri. Ia bermula apabila kaum musyrikin Mekah mula merancang untuk mrosakkan dakwah Rasulullah s.a.w. Mereka mula bimbang kaum muslimin bertambah kuat apabila seorang demi seorang mula berhijrah ke Madinah. Pada hari Khamis 26 Safar tahun 14 daripada kenabian bersamaan 12hb September 622M (lebih kurang selepas 2 bulan setengah peristiwa perjanjian Aqabah ke-2), pemimpin Quraisy berkumpul di Dar al-Nadwah berbincang tentang perancangan merosakkan rancangan Rasulullah s.a.w. Firman Allah Taala (al-Anfal : 40) :
Maksudnya : “Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik Yang menggagalkan tipu daya”

Al-Qardawi dalam khutbah beliau mengatakan bahawa Umar bin al-Khattab r.a dan orang-orang Islam pada zaman beliau diberi ilham menjadikan permulaan tarikh Islam (tahun hijrah) daripada peristiwa hijrah Nabi s.a.w Walaupun hijrah tidak berlaku pada bulan Muharram, namun Umar dan sahabat-sahabat lain memulakan tahun hijrah daripada Muharram, iaitu daripada awal Muharram.
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6690&version=1&template_id=104&parent_id=15

Mudah-mudahan dengan sedikit fakta yang dikongsi bersama ini, dapat menambahkan lagi ilmu dan maklumat baru bagi kita umat Islam. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s