Muhadarah al-Buti

Tertarik dengan perbincangan berkenaan dawabit al-taysir, saya telah melontarkan satu soalan kepada Dr. Muhammad Tawfiq Ramadan al-Buti tentang masalah ini pada hari Selasa 23/12/2008 baru-baru ini. Beliau mengatakan perlu diadakan satu muhadarah khusus berkenaan soalan saya, dan alhamdulillah terjayanya muhadarah khusus bertajuk ”al-Ijtihad al-Muasir fi al-Fiqh al-Islami bayna al-Taysir dan al-Tamyi’” pada hari Jumaat 26hb 12 2008 jam 3.30 ptg. Mungkin saya boleh nyatakan maksud tajuk ini dalam bahasa melayu iaitu ”Ijtihad Semasa dalam Fiqh Islam antara Prinsip Memudahkan dan Mempermudah-mudahkan”. Kebetulan apabila saya membuka blog sahabat saya (http://abuumair1.wordpress.com/2008/12/22/taisir-vs-tasahul/), beliau turut membahaskan permasalahan taysir dan tasahul. Terima kasih kepada Abu Umair kerana tulisan yang ringkas dan padat.

Berbalik kepada Dr. Al-Buti, beliau adalah merupakan Profesor pelawat bagi IKRAB (Institut Kajian Rantau Asia Barat) UKM. Dalam muhadarah semalam, beliau menjelaskan bahawa maslahah merupakan sumber perundangan Islam yang mana sebahagian hukum diketahui melalui maslahah berdasarkan dawabit-dawabit tertentu. Oleh itu kaedah yang dkemukakan ialah “Hukum dibina berasaskan maslahah, apabila bentuk maslahah berubah kerana sesuatu sebab, maka ia menyebabkan perubahan hukum tersebut”.

Namun bagi mereka yang bergelar penuntut ilmu dalam generasi ini, perlu berusaha bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Para ulama salaf meninggalkan tarwah ilmiyyah yang banyak. Apa yang ditekankn, generasi sekarang perlu bermula dengan apa yang telah ditinggalkan oleh para salaf al-soleh, bukan bermula sepertimana mereka mulakan. Dengan kata lain, kita tidak boleh membuang karya-karya mereka lantas terus mengistinbatkan hukum dari al-Qur’an dan Sunnah secara langsung. Sambil mendabik dada “mereka itu (salaf) lelaki, dan kami juga lelaki”. Kita perlu mencontohi dan mengikut kaedah serta cara para salaf soleh gunakan.

Perkara yang berbahaya akhir-akhir ini, ialah muncul fenomena tamyi’ hukum atau mempermudah-mudahkan hukum. Ini menyebabkan hukum tersebut terkeluar daripada kaedah-kaedah umum syariat bahkan menyalahi nas-nas al-Qur’an. Telah ada mereka yang berani menghalalkan riba, menghalalkan daging imprt yang tidak disembelih dengan dakwaan termasuk dalam ayat al-Maidah : 5

Maksudnya : Pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu,

Ada segelintir yang menghalalkan pembelian rumah dengan menggunaka pinjama bank riba, sambil mendakwa Abu Hanifah mengharuskan bermuamalat dengan riba antara muslim dan kafir harbi apabila berada di negara kafir Harbi. Sebahagian mereka mendakwa harus seseorang wanita yang memeluk Islam, kekal bersama suaminya yang masih kafir.

Ini semua merupakan beberapa contoh fatwa-fatwa tasahul atau tamyi’ yang keluar daripada dawabit-dawabit syariat. Fenomena fatwa seperti ini akan membawa bahaya terutama ia akan menyebabkan fatwa menjadi kalah dihadapan keadaan semasa yang bertentangan dengan syariat. Timbul pula istilah-istilah baru seperti Islam aglabiyah dan Islam Aqaliyyah. Atau dengan maksud lain islam untuk golongan majoriti dan islam minorit sedangkan Islam yang diturunkan oleh Allah hanya satu. Maka perkara-perkara seperti ini perlu diambil perhatian oleh semua.

Akhir sekali beliau menutup muhadarah dengan membaca hadis berikut :

Maksudnya : ”Rasulullah s.a.w. datang ke kawasan perkuburan lalu memberi salam : Salam sejahtera kepada kamu negeri kaum mukminin dan kami insyaAllah akan mengikuti kami, lalu nabi berkata aku ingin sekali melihat saudara-saudara ku. Sahabat bertanya : ”Tidakkah kamu saudara-saudaramu wahai Rasulullah. Nabi menjawab ”Kamu adalah sahabatku, saudara-saudaraku ialah mereka yang masih belum datang lagi. Sahabat bertanya : ”Bagaimana kamu mengenali mereka yang datang selepas ini dari umatmu. Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika seorang lelaki mempunya kuda yang ada tompok di dahi dan kakinya berada di kalangan kuda-kuda yang hitam dan gelap, adakah dia akan mengenali kudahnya? Sahabat menjawab ; ”ya wahai Rasulullah. Lantas Nabi berkata lagi ” Sesungguhnya mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan keluar cahaya dari muka dan kaki mereka kerana kesan wuduk. Aku menunggu mereka di kolam haud. Ingatlah akan ada beberapa orang yang dihalau dari kawasan kolam haudku seperti dihalau unta yang sesat. Aku memanggil mereka : Datanglah, lalu dikatakan : Sesunggunya mereka telah mengubah hukum Allah selepas mu, lalu aku berkata : Jauh dan jauhkan lah. (Muslim no. 367)

6 responses to “Muhadarah al-Buti

  1. tahniah jadi panel al ahkam..masukkan fahaman fiqh siyasi sikit pada shbt2 tu..jgn ketinggalan sgt.

  2. salam.ust bole maksud artikel berkaitan maslah al-mursalah dalam blog ust. kalau bole masukkan kan kaedah2 yg diguna dalam usul fiqh.

  3. salam…alhamdulillah,article ni bagus dan bagi manfaat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s